Rabu, 29 Disember 2010

Tahniah Malaysia.....

Akhirnya Malaysia menjadi juara piala suzuki. Tahniah kepada semua pemain, pengurus, jurulatih dan seluruh rakyat Malaysia yang tak henti-henti memberi sokongan & dorongan.
Sekali lagi Tahniah Malaysia

Indonesia 2 Malaysia 1

Selasa, 28 Disember 2010

Akhirnya Kedah Dapat.........

Sudah lama pemain politik menunggu calon2 yang bakal diumumkan mengemudi UMNO Kedah. Akhirnya semalam, S/U Agung secara resminya telah menggumumkan perlantikkan tersebut, setelah dipersetujui oleh Presiden parti. Walau pun ada yg meramalkan tokoh2 tertentu akan menduduki tempat tersebut, namun keputusan sudah Presiden tetapkan. Usah berbalah lagi. tumpukan usaha dan kerja kita utk mengguatkan parti mulai sekarang.

Apa pun saya mengucapkan Tahniah kepada Dato Ahmad Bashah selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang baru dan Dato Mukhris Tun Mahatir selaku Tim Ketua Perhubungan UNMNO Negeri.

Pelantikan ini diharapkan dapat memuaskan hati semua pihak dan menyokong sepenuhnya pilihan Presiden Parti. Harapan saya supaya perlantikan ini akan memantapkan lagi UMNO negeri dan seterusnya SEGERA menyiapkan parti yang bakal menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.

UMNO MENANG KEDAH MENANG
GELOMBANG....................... MERAH.

Rabu, 22 Disember 2010

Tahniah Pelajar Cemerlang PMR 2010

Esok, merupakan hari penuh debaran kepada bekas2 pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia. Keputusan peperiksaan PMR 2010 akan diumum dan dikeluarkan oleh pihak sekolah mulai jam 10.00 pg.

Oleh itu BIRO PENDIDIKAN UMNO BAHAGIAN PENDANG, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ;


TAHNIAH

diatas kejayaan anda semua. Teruskan kejayaan ini untuk peperiksaan yang lebih besar bakal menanti anda semua iaitu SPM pada tahun 2012 nanti.

Selasa, 21 Disember 2010

Mahukah kita menjadi Melayu Singapura


Baca di sini, nilaikanlah, bagaimana orang Melayu sendiri membenarkan diri diperguna dan diperalatkan oleh DAP. Jangan kita semua menyesal kemudian hari, kerana perpatah Melayu sudah memperingatkan 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi' atau jagan sampai 'Nasi menjadi bubur'.






BN MENANG KEDAH MENANG

Khamis, 16 Disember 2010

Selamat Datang Dato' Mukhris

Tarikh 19.12.2010 amat dinanti2kan oleh seluruh warga Pendang, terutama bagi 6 peti undi Dun Sungai Tiang bertempat di Keda Lahar Tunjung. Pada tarikh tersebut kami, warga Pendang akan menyambut kedatangan tokoh muda yang berkeliber ini dengan sambutan meriah. InsyaAllah.

Bagi saya sambutan paling meriah patut diberikan kepada Dato Mukhris, kerana beliau berkarisma dan mempunyai aura yang kuat untuk menarik golongan muda kembali semula kepada UMNO dalam PRU 13 nanti.

Walau diketahui umum, sebagai anak bekas PM, yang paling berjaya dalam sejarah Malaysia setakat ini, namun beliau sentiasa tunduk, merendah diri dan tidak sombong dan angkuh. Tokoh seperti inilah sepatutnya diangkat menjadi contoh kepada golongan muda hari ini.

Tahniah Pendang, T.Kasih Dato Mukhris kerana sudi datang.

BN MENANG KEDAH SENANG.

Selasa, 14 Disember 2010

Multaqa Kepimpinan Remaja Islam Kolej Matrikulasi Teknikal Pendang

Untuk makluman pelajar matrikulasi teknikal Kedah , satu program anjuran bersama Yayasan Pelajaran Mara & Biro Pendidikan Parlimen Pendang akan diadakan seperti ketetapan berikut,

Tarikh : 18.12.2010
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tgh
Tempat : Kolej Matrikulasi Teknikal Pendang.

Program ini akan melibatkan 300 orang pelajar kolej.

Sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi saya (Ku Azizan Ku Baharom/pengerusi biro pendidikan parlimen pendang) di nombor 019 4756120.

Isnin, 13 Disember 2010

Pas Kata....... Kemudiannya..........

PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.
KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.(duduk dan diri pun dah ada)

PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”
KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”
KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mewar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”
KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Selangor dan Kedah.

PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA.. PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam
KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12


Dipetik dari blog, Anak seberang

BN MENANG KEDAH SENANG

Selasa, 7 Disember 2010

Bukan Main-Main ..........

Kenyataan amaran dari 2 bekas veteran politik Malaysia terhadap kemampuan BN dalam PRU 13, amat menakutkan saya. Semalam Ku Li menyatakan bahawa BN akan melalui jalan yg sukar dalam PRU nanti. Jelasnya lagi bahawa BN tidak akan mudah mendapat kemenangan 2/3. Kenyataannya itu berdasarkan PRK di Galas baru2 ini, bahawa kemenangan di sana bukanlah satu usaha yg mudah. UMNO katanya, terpaksa bekerja keras dan bermatia-matian. Sebaliknya penggundi tidak akan begitu mudah memberi undi kepada BN lagi. Kerana rakyat masih meragui kepimpinan PM dapat membersihkan UMNO / BN daripada unsur2 rasuah dan sebagainya

Kenyataan Ku Li hampir senanda dengan apa yang diulaskan oleh Dr Mahathir, berkenaan peluang BN memenangi PRU 13 nanti. Kata Tun BN mungkin mengambil balik 2 buah negeri yang jatuh kepada pembangkang, namun untuk menguasai 2/3 parlimen, agak sukar.

Pengamatan yang begini dari bekas 2 jaguh politik Malaysia, perlu diberi perhatian yang serius oleh semua ahli BN. Maksudnya PRU 13 bukannya satu perkara main-main. Apa juga percaturan dan strategi politik, mestilah mengambil kira menguasai dan mengekalkan Putrajaya dalam pemerintahan BN, Sebagai ahli dan pendukung UMNO, kita tidak mahu melihat Putrajaya yang dibina oleh negarawan ulung kita, dikuasai oleh Pakatan Rakyat yg merosakkan itu.

Kepada ahli2 politik jangan hanya memikirkan soal menjadi calon semata2. Dalam kesuntukan masa ini turunlah kepada rakyat, rancanglah program2 yg diterima oleh dan disukai rakyat. Jangan fikir dengan hanya memberi sepuluh dua rakyat akan terus memilih kita. Politik sekarang bukan politik wang. Anak2 mereka sudah mampu memberi mereka wang. Malaysia sudah mewah & makmur. Tapi rakyat ingin melihat, siapa yang diangkat menjadi pemimpin mereka ? Adakah mereka bersih dan berilmu. Maksudnya orang yg diangkat memimpin mereka, tidak dilihat sebagai ahli politik yang menggunakan parti untuk menggumpul kekayaan dan bersih dari segi pribadi dan penampilan.

Rakyat sudah muak melihat orang yang sama, menjanji bulan bintang diangkat menjadi calon pilihanraya.Tetapi lesap begitu saja kemudiannya. Ingatlah PRU 13 nanti dikuasai golongan muda. Mereka tidak takut mengubah selera. Orang muda mengundi berdasarkan citarasa. Salah percaturan parti binasa.

BN MENANG KEDAH SENANG

Rabu, 1 Disember 2010

Wasiat Raja Raja Melayu, Lupakah Kita ?














Sedih dan pedih rasanya sesudah mendengar Datin Sri Wan Azizah ingin "membakul sampahkan Ketuanan Melayu" semasa Persidangan PKR baru2 ini. Sedarkah beliau apa yang diperkatakan? Atau beliau hanya membaca teks yang dipaksakan.

Kepada orang2 Melayu, nilailah sendiri perjuangan parti yang makin tersepit ini, relevankah kenyataan Wan Azizah dengan kehidupannya hari ini. Siapa Anwar Ibrahim tanpa Ketuanan Melayu? Mampukah mereka membina kehidupan yang amat mewah hari ini jikalau mereka hanyalah insan biasa yang tiada perlindungan "Ketuanan Melayu"

Oleh itu sebagai ahli UMNO, yang sayangkan bangsa, agama dan tanahair ini. Walau apa keadaan pun, pertahan tetap kita pertahan apa yang sudah di wasiatkan oleh raja2 Melayu.

Hari ini Kita Renungkan Kembali 7Wasiat Raja-Raja Melayu ( Ketika Memperkenankan Watikah Kemerdekaan 1957)

1) Kita Namakan dan Kami Panggil Dia, Bumi Yg Kamu Pijak Dan Langit Yang Kamu Junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( Skang Dikenali Dgn Nama Malaysia)


2)Kami Isytisharkan Dan Kami Simpan Utk Kamu Dan Kami Benarkan Kamu Isytishar Dan Simpan Utk Anak-Anak Cucu Kamu, Selain Gunung-ganang, Tasik dan Hutan Simpan, Tanah SIMPANAN MELAYU Sehingga Nisbah 50%, Selebihnya Kamu Rebutlah Bersama-sama Kaum Lain.


3)Bagi Menjaga Kamu Dan Melindungi Anak Cucu Kamu Serta Harta Hak Milik Kamu, Kami Tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU Selain Untuk Membanteras, Kekacauan Dlm Negara Dan Ancaman Drpd Luar Negara.


4)Kami Kekalkan Dan Kami Jamin Kerajaan Dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU Memerintah Negara Ni.


5)Kami Isytiharkan ISLAM Adalah Agama Persekutuan.


6)Kami Tetapkan Bahasa Kebangsaan Ialah BAHASA MELAYU.


7)Kami Amanahkan dan Kami Pertanggungjawabkan Kepada Raja-Raja MELAYU Untuk Melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN ( Kemudian Ditambah Kedudukan Istimewa Anak2 Negeri Sabah Dan Sarawak)

BN MENANG KEDAH SENANG

Jumaat, 26 November 2010

UMNO Kedah Peruntukan RM 1.5 Juta.

Badan Perhubungan UMNO Kedah meluluskan pemberian peruntukan RM1.5 juta kepada 15 bahagian di negeri itu untuk program kecemerlangan pendidikan dan bantuan kewangan kepada pelajar miskin.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian bantuan itu diutamakan kepada golongan pelajar miskin dan tidak berkemampuan serta yang cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan utama bertujuan membantu pembangunan pendidikan di negeri itu.

Katanya, peruntukan itu adalah untuk sesi persekolahan bermula Januari 2011 dan setiap bahagian akan menerima peruntukan berjumlah RM100,000.

“Pemberian peruntukan ini adalah inisiatif Badan Perhubungan UMNO Kedah dalam usaha membantu meringankan beban ibu bapa setiap kali bermula sesi persekolahan.

“Selain itu, kami merasakan pemberian ini merupakan cara terbaik mendekati masyarakat dan kami juga mahu lihat setiap pelajar cemerlang dalam pelajaran,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas badan itu di sini hari ini.

Program bantuan kewangan pelajar miskin meliputi pemberian uniform dan beg sekolah manakala program kecemerlangan pendidikan pula memberi insentif kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan utama.

Menurut Shafie, program itu akan diteruskan setiap tahun bagi memastikan pembangunan pendidikan di Kedah adalah selaras dengan keperluan rakyat.

Justeru, beliau berharap bantuan diberikan akan membantu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang di setiap peringkat persekolahan.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada ahli badan perhubungan UMNO negeri di atas sumbangan dan usaha dalam memastikan mangsa banjir di Kedah tidak diabaikan.

Ulasan Saya:

Terbukti, UMNO/BN Kedah begitu perihatin akan nasib pelajar. Belum pun sesi persekolahan bermula UMNO sudah pun memikirkan nasib anak-anak, terutamanya golongan miskin. Apakah bantuan yang diperlukan mereka dan sebagainya?

Tapi, kita belum lagi dengar kerajaan Kedah Sejahtera merancang peruntukan dan bantuan utk pelajar miskin di Kedah.

Jadi kepada penggundi di Kedah, lihatlah perbezaan kepimpinan Pas & UMNO. UMNO sentiasa kehadapan dalam soal membantu rakyat dan merancang program untuk rakyat. Sebaliknya Pas sentiasa kedepan dalam memberi alasan pada setiap kegagalan mereka.

BN MENANG KEDAH SENANG


Khamis, 25 November 2010

Selamat Hari Lahir Dato Hj Mukhris


Selamat Hari Lahir, Dato Hj Mukhris Mahathir
Moga2 perjuangan Dato diberkati & dirahmati Allah.

Daripada Pengerusi & AJK Biro Pendidikan Bahagian Pendang.

Isnin, 22 November 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN















SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2010.
KEPADA SEMUA PELAJAR PARLIMEN PENDANG, KAMI MENDOAKAN KEJAYAAN BUAT ANDA SEMUA.


DARIPADA,
PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN & AJK

Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha.


Selamat Menyambut hari raya aidiladha...
Mudah2an semangat korban yang diajarkan kepada kita semua akan dapat menambah nilai keimanan kita kepada Ilahi...


Rabu, 10 November 2010

DAP Sentiasa Menyusahkan, Buat Rakyat Marah

Bila saya membaca komen Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkenaan DAP, ternyata beliau berkata benar. Sebab yang paling nyata, beliau bukan seorang Melayu & Islam.
Kata beliau sejak awal penubuhan DAP, tugasnya hanyalah untuk menimbulkan suasana ketidaktenteraman rakyat, supaya mereka mendapat keuntungan. Itulah sikap DAP. Ideologi & perjuangan mereka tidak akan berubah walaupun berada dalam pakata rakyat. Oleh itu kepada saudara2 kita dalam PAS & PKR, tunggu apa lagi. Berundur sebelum terlambat, bekerjasamalah dengan UMNO, yang jelas perjuangannya UNTUK, Agama, bangsa & Negera.

Lihat petikan di bawah;

Kuala Lumpur 10 Nov. – Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap, DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat.

Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya kepada umno-online.

Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.

“Sebenarnya mereka tahu, apa yang mereka cadangkan tidak boleh dilaksanakan tetapi mereka sengaja mahu menyuarakan sesuatu yang memang bertentangan dengan Perlembagaan dan dasar-dasar negara.

“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.

Terangnya lagi, cadangan DAP yang kononnya mahu melaksanakan bahasa Inggeris kerana mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa pada masa depan hanya satu alasan sahaja.

“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”

Katanya lagi, hal-hal berkaitan bahasa tidak boleh diubah atau dibuat sebarang pindaan sewenang-wenangnya.

“Perlembagaan negara jelas mengiktiraf bahasa rami adalah bahasa Malaysia dan apa-apa pindaan yang hendak dilakukan perlu mendapat kelulusan dua pertiga dari anggota Dewan. Adakah DAP mampu melakukannya?”

Justeru tegasnya, motif sebenar hal berkaitan bahasa ini ditimbulkan adalah untuk memporak-perandakan negara dengan menggunakan kemarahan rakyat sebagai senjatanya.

“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”