Rabu, 23 Jun 2010

Melayu Berkerat Rotan Berpatah Arang











Persegeran Orang Melayu sudah amat parah. Umpama lembu jantan bertarung dan menunjuk kegagahan masing2, bangsa lain khusyuk memerhati akan kelemahan kita. Bahagian mana yg cedera, bahagian itu akan diserang oleh mereka.

Semalam Wee Kah Siong telah mempersoalkan pemberian biasiswa pada orang Melayu sebagai tidak adil dan bertentangan dgn semangat 1 Malaysia. Kenapa beliau begitu berani mempersoalkan hak orang Melayu sebagai mana tercatat dlm perlembagaan?

Jawapannya mudah, kuasa politik Melayu sudah lemah. Orang Melayu bukan lagi majoriti di bumi Malaysia ini. Melayu sudah berpecah kpd 3 kumpulan kecil iaitu 20% dalam UMNO, 20% dalam Pas dan 20% dalam PKR.


Oleh itu sekiranya timbul sesuatu perbahasan yg bersangkutan kepenting Orang Melayu, suara Melayu menjadi tidak solid lagi. Melayu dlm PKR dan Pas tidak akan menyokong bantahan Melayu dlm UMNO. Akhirnya kepentingan Melayu sudah tidak dpt dipertahankan lagi. Sedikit demi sedikit akan terhakis.

Jadi kita amat berharap, supaya pemimpin2 Melayu jgn menjadi seperti 'lembu laga. Orang lain bersorak gembira, kita yg cedera digelanggang.

Sabtu, 19 Jun 2010

Sampai Bila Kita Nak Bermusuh.
















Apa sudah jadi dengan orang Melayu ? Sanggup diperguna dan diperbodohkan oleh bangsa lain tanpa rasa resah dan bersalah. Fahamkah mereka apa perjuangan parti yg dijulang itu ?. Kepada mereka yang masih tak faham perjuangan, dan tak tahu nak berpolitik, saya nyatakan dasar parti yg mereka sedang julang dan sanjung itu ialah;

-Parti yang hanya menunggu masa untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu
.
-Parti yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu dalam perlembagaan negara.
-Parti yang mendesak menggunakan merit dalam pemberian biasiswa kepada pelajar2 Melayu miskin
-Parti yg meminta supaya melangkah mayat mereka dulu sebelum mahu menengakkan Islam di Malaysia.
-Parti yg memperjuangkan penubuhan sebuah republik Malaysia.
-dan yang paling menyedihkan parti diatas selalu mengambil kesempatan diatas kebodohan kita dan permusuhan sesama kita.

Oleh itu wahai bangsaku Melayu, janganlah kita membutakan mata dan pekakkan telinga semata2 kita berbeza pendapat & ideologi. Mahukah kita menjadi seperti Melayu Singapura?

Rabu, 16 Jun 2010

Tarikh Pilihanraya Umum Merupakan Satu Kejutan

TUMPAT 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan “mengejutkan semua pihak”.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini hari ini, beliau berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semangat 1Malaysia,” kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Di Petik daripada Akhbar Utusan Malaysia

ULASAN SAYA:
Kenyataan Dato' Seri Najib bahawa PRU13, merupakan satu kejutan, memberi petanda awal, ia akan berlaku bila2 masa sahaja mulai sekarang.
Persoalan saya, adakah UMNO Kedah telah benar2 bersedia untuk merampas kembali Kedah? Apakah persiapan selama 2 tahun lalu sudah memadai untuk menarik semula sokongan penggundi kepada BN?
Kalau jawapan 'Ya', maka Tahniah untuk UMNO Kedah, selamat merampas kembali negeri Kedah.
Kalau 'belum', masa masih ada. Kita mesti menggerakkan gelombang besar mulai sekarang sehinggalah PM membubarkan parlimen nanti.

Pada UMNO Pendang pula, saya menyeru ketepikanlah segala persengketaan, mulakan perdamaian dan penyatuan. Kita mesti melangkah sederap dalam menghadapi kesungguhan lawan. Leraikanlah segala dendam, semarakkan perjuangan, InsyaAllah kita akan temui kemanangan.

Khamis, 3 Jun 2010

Mesyuarat Cawangan Hambar

Mesyuarat cawangan UMNO Bahagian Pendang, kali ini hambar. Keluhan demi keluhan terpancur dari mulut ketua2 cawangan akan kehambaran ini. Mereka menambah, kegagalan penyelaras dari bahagian atau pemimpin bahagian hadir untuk menyelaras mesyuarat, menambahkan lagi kesuraman mesyuarat kali ini. Kepada siapa kami hendak meluahkan segala permasalahan cawangan dan UMNO?

Bagi saya mudah, kehambaran mesyuarat kali ini adalah kerana tiada pertandingan di peringkat bahagian mahu pun pusat. Jadi buat apa nak sibuk2 masuk cawangan. Buat habis duit minyak saja. Inil jugalah mentaliti pemimpin yang ada, meminta2 jawatan sebelum dapat, bila dah dapat pandai pula curi2 tulang. Hangat dan sibuk sekiranya ada habuan.

Jelas rasuah dan gula2 politik belum reda dalam politik UMNO

Kadang2 sikap ketua cawangan pun boleh dipertikai juga. Kenapa mereka memilih pemimpin begitu? Kerana kebanyakkan mereka sedia maklum kemampuan orang yang mereka angkat ke atas. Namun masih memilih dan terus memilih orang yang sama.

Oleh itu, wahai ahli UMNO Bahagian Pendang, hayati pandangan orang Melayu seluruh Malaysia bahawa " UMNO perlu berubah jika tidak mahu diubah atau rebah"