Selasa, 30 Oktober 2012

Undi Bukan Melayu Belum Tentu Membawa Pas Ke Putrajaya



PAS cuma mengharap kemenangan dengan sokongan dari kaum bukan melayu. PAS sedar bahawa majoriti kaum melayu masih kuat menyokong UMNO. PRU12 yang lepas telah membukti kan bahawa orang melayu   masih kuat menyokong UMNO. Ini terbukti apabila UMNO meraih 29.59% undi.


Jika dibanding kan dengan PAS yang hanya meraih 14.05% sahaja. 14.05% yang di perolehi oleh PAS ini sebenarnya bercampur dengan undi dari penyokongnya bukan melayu, Jika di tolak peratus undi dari bukan melayu, mungkin PAS cuma mendapat sokongan kurang dari 10% sahaja.

Sebenarnya selepas PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR sokongan orang melayu terhadap PAS telah merosot dengan drastiknya. Kebanyakan penyokong2 dan ahli2 PAS sebenarnya TIDAK suka  PAS bersengkokol dengan PKR terutamanya DAP yang jelas dan nyata anti Islamnya.

DAP ni bijak, mereka memang tidak pernah bersuara secara lantang dan terbuka menentang PAS dalam misinya untuk mengujudkan negara Islam dan menjalankan hukum Hudud. Dalam pada itu presidennya Karpal Singh telah bersuara dengan jelas dan nyata tentang pendirian DAP yang langsung tidak bersetuju negara Islam di ujudkan apabila Pakatan Rakyat berkuasa.

PKR pimpinan Anwar Ibrahim lagi bijak, parti ni tidak pernah bersuara sama ada ianya menyokong atau pun menentang negara Islam dan hukum Hudud yang di perjuangkan oleh PAS. Akan tetapijika di ikuti ceramah2 yang di sampaikan oleh pemimpin PKR ianya lebih menjurus kepada kecenderungnya kepada negara sekular atau librel demokrasi. Negara Islam dan undang2 Hudud tidak mungkin!

Dalam Pakatan Rakyat cuma PAS saja yang mahukan negara ini menjadi sebuah negara Islam yang menjalankan undang2 Islam, sedangkan PKR dan DAP menolaknya. Jadi jawapannya, PAS pasti akan gagal dalam cita2nya mengujudkan negara Islam.

Isnin, 29 Oktober 2012

Islam Itu Hebat.







1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030. 

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11. 

Makam Nabi Muhammad S.A.W.

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. 

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden

Isnin, 22 Oktober 2012