Isnin, 28 Februari 2011

Tuisyen Percuma, Bahasa Inggeris Parlimen Pendang

BIRO PENDIDIKAN UMNO BAHAGIAN PENDANG AKAN MELANCARKAN KELAS TUISYEN BAHASA INGGERIS PERCUMA BAGI PARLIMEN PENDANG, PERTENGAHAN MAC 2011 NANTI. SATU KELAS DI DUN SG TIANG DAN SATU LAGI DI DUN TOKAI.

LOKASI TEMPAT UNTUK DIJADIKAN KELAS TUISYEN SEDANG DALAM PERTIMBANGAN.
GURU-GURU YG BERPENGALAMAN AKAN DIBERI KEUTAMAAN UNTUK MENGAJAR KELAS TERSEBUT.

SEKIRANYA ANDA BERMINAT MENGAJAR KELAS TERSEBUT SILA HUBUNGI SAYA, PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN UMNO BAHAGIAN PENDANG.

Selasa, 1 Februari 2011

Mencari Winable Candidate

1. Kayu ukur bagi pencapaian sebuah parti politik adalah menang dalam pilihanraya

2. Tanda aras atau KPI seorang wakil rakyat adalah khidmatnya. Meskipun mustahil memuaskan hati semua orang, namun andai terpilih berulang kali dan menang secara konsisten apabila dicalonkan dalam pilihanraya yang disertai, maka itu sudah membuktikan khidmatnya diterima majoriti pengundi.

3.Ramai yang akur dan bersetuju di antara faktor penting bagi UMNO dan BN menawan kembali Kedah, satu keputusan berani perlu dibuat untuk meletakakan winable candidate(calon yang pasti boleh menang).

4. Istilah winable candidate diulang acapkali oleh PM dalam banyak majlis yang beliau hadiri.

5. Isunya mampukan UMNO/BN Kedah memahami apa itu winable candidate? Terbukakah hati pemimpin UMNO/BN Kedah untuk ketepikan sentimen peribadi, kawan dan kroni semata-mata untuk melaksanakan impian dan maksud PM bagi meletakkan winable candidate di 15 kawasan Parlimen dan 36 DUN di Kedah.

6. Berapa ramai winable candidate yang telah dikenalpasti oleh UMNO/BN Kedah mengikut ukuran paling objektif tanpa prejudis?.

7. Jika telah dikenalpasti, sudahkah dikerah winable candidate ini untuk masuk kawasan berkampung bersama pengundi?

8. Persoalan lainnya apakah UMNO/BN Kedah memahami makna winable candidate dan apakah mereka mempunyai 'political will' untuk melaksanakan apa yang dihajatkan oleh PM.

9.Apa pula ciri-ciri dominan yang perlu ada pada seorang winable candidate?

10.Siapakah ikon atau model bagi seseorang winable candidate untuk beliau jadikan rujukan? Rasullullah s.a.w kah? Saidinia Umar al Khatab kah? Saidina Abu Bakar kah? Saidina Ali Abi Talib kah? Salahuddin Al-Ayubi ka? (bukan DIN dari PAS) ATAU Sultan Muhammad Al Fateh kah?

11. Ataupun winable candidate dalam makna dan pengertian politik Kedah cukup sekadar boleh mereplikasikan(meniru atau mempunyai) sikap dan ciri seperti Azizan Razak (kuat lena), Mahfuz Omar(badut sarkas), Amiruddin Hamzah(mat proposal), Dr Hamdan (adun TUMPANG enter FRAME) ataupun ukurannya seperti Tajuddin Abdullah(Belantik), Syed Sobri(Kuala Nerang), Zaini Jaafar(Bukit Kayu Hitam) dan Ku Rahman Ku Ismail(Guar Cemppedak).

12. Jika winable candidate dalam ukuran politik Kedah merujuk kepada calon yang pandai bercakap tetapi lengai bekerja, kuat mengampu dan pakar menipu, atau yang banyak merancang tapi kerja tak jalan, ataupun pandai bersyarah, baca doa tetapi nasib rakyat dok tang tu jugak.. pandai berjanji gagal ditepati, sibuk memanjang dan sekali sekala saja nampak muka di kawasan, menyombong mengalahkan merak buih.... hidup kaya raya hasil duit rasuah, komsiyen projek, walhal rakyat di kawasan dibiar miskin kedana.... bermakna pengundi di Kedah majoritinya masih lagi bersalutkan fahaman unwinable voters..

13.Maka siapa yang rugi? Tentulah pengundi, keluarga mereka dan nasib masa depan anak cucu mereka...

Hasil Tulisan Sobri Sudin Dari blog Kedah Times