Rabu, 30 September 2009

Bagan Pinang 2009: Di Sini Putih Bukan Warna

Saya diminta oleh banyak pihak untuk membuat sedikit ulasan berkenaan calon BN di Bagan Pinang - iaitu Tan Sri Isa Samad. Jawapan saya mudah - saya tiada apa-apa lagi yang hendak dikomen. Rakyat lebih bijak dan tahu siapa yang lebih mereka suka. Mungkin untuk masa hadapan, akhlak pemimpin bukan lagi jadi ukuran untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon UMNO/BN dalam pilihan raya. Sama ada perasuah ke, pelacur ke, perompak ke, penzina ke atau peliwat ke - semua boleh dipilih menjadi pemimpin, akhlak adalah soal kedua, yang penting sekarang ini ialah kuasa - tidak kiralah siapa calon kita itu, sekali pun seorang perompak atau pencuri atau seorang perasuah, tetapi jika rakyat suka, maka pilih sahajalah. Lagi pun nak buat macam mana, kalau dah rakyat sendiri yang mahukan wakil rakyat mereka dalam kalangan perompak, pencuri, perasuah dan peliwat - apa lagi yang boleh kita buat, balun sajelah. Yang penting "akar umbi" happy.


Tanpa disedari, masyarakat kita semakin rosak dan dirosakkan. Dalam keadaan sekarang - untuk berasa kecewa pun dah tiada gunanya. Kata orang, itu kehendak rakyat, kehendak akar umbi - harus diutamakan. Tidak kiralah betul atau pun tidak pilihan akar umbi itu - yang penting, kita ikut sahaja apa-apa yang dikehendaki oleh mereka, kebenaran tolak ke tepi. Doa saya hanya satu - semoga BN menang, atau kita harus belajar semula untuk mengenal diri sendiri. Rupa-rupanya putih bukanlah warna bersih di Bagan Pinang. Nampaknya, kita masih takut terhadap ugutan boikot calon yang dicanag hebat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di Bagan Pinang, sehinggakan kita lebih mengutamakan kuasa daripada kepentingan rakyat keseluruhannya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua ini. Wallahualam. Tahniah Tan Sri!


Dipetik dari blog: Azli Shukri

Ketua Penerangan Bahagian Letak Jawatan.

Sah, perletakan jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pendang berlaku. Surat perletakan jawatan KP sudah diterima oleh Dato' Ketua Bahagian dengan membuat perlantikan KP baru iaitu Penghulu Malek. Perlantikan itu berkuatkuasa mulai 29.hb Sept.2009.
Pada pandangan saya perletakkan jawatan oleh KP lama, satu kehilangan. Walau apa alasan yg diberikan oleh Cg Ramlee untuk mewaajarkan beliau melepas jawatan tersebut, pastinya ada sesuatu yg tidak kena.

Selasa, 29 September 2009

Tidak Perlu Dinasti Di Bagan Pinang

  1. Bahagian Teluk Kemang seolah2 tidak faham maksud 'pemulihan UMNO'. Mereka hanya nampak PRK Bagan Pinang, untuk Negeri Sembilan sahaja. Bukan memberi kesan kepada UMNO seluruh Malaysia. Sebab itulah Bahagian ini mencalonkan hanya Tan Sri Isa, sebagai calon.
  2. Memang benar T.S Isa boleh menang dengan cemerlang disitu, kerana T.S Isa sudah lama menabur jasa disitu. Beliau pernah menjadi MB selama 20 tahun di Negeri Sembilan. Tentulah banyak sumbangan dan jasanya. Seseiapa pun menjadi MB selama itu, sudah tentu besar jasanya kepada negeri. Kecuali Nik Aziz, MB Kelantan.
  3. Saya berasa hairan dgn sikap Bahagian Tlk Kemang, seoalah2 membuat ugutan apabila mencadangkan hanya T.S Isa sebagai calon tunggal sebelum ini. Maksudnya jika bukan T.S Isa kemungkinan BN akan kalah. Namun apabila timbul pelbagai kritikan dan cadangan, terutamanya oleh mantan PM, kini timbul pula ura2 menamakan anak T.S Isa di Bagan Pinang sebagai ganti. Kenapa perlu dinasti dalam UMNO ? Kita akan menghadapi banyak lagi PRU. Tidak perlu tergesa2 menamakan anak T.S Isa.
  4. Pada hemat saya, ketika ini siapa saja calon, mestilah tiada kaitan dengan T.S Isa. Biarlah begitu. Tetapi dalam PRU nanti, elok dipertimbangkan anak T.S Isa sebagai calon. Itu pun sekiranya beliau betul2 layak.
  5. Sepatutnya bahagian mencadangkan bbrp nama kepada Pemimpin Tertinggi. Soal mereka hendak memilih siapa, itu hak mereka. Kerana mereka ada sebab2 tertentu utk memilih calon yg sesuai dan selari dgn kehendak semasa parti. Sebagai ahli parti, elok kita akur dengan pemilihan yg dibuat nanti.
  6. Sebaliknya dalam situasi ini, Bahagin Teluk Kemang, seharusnya lebih fokus kepada perancangan dan strategi bagi memenangkan calon BN, bukan mengugut. Nampak seolah2 sudah ada perpecahan dalam UMNO.
  7. Pembangkang pula sedia menanti untuk 'melondeh dan menelanjang' calon yg disebutkan tadi. Penyokong BN, tidak mahu lagi UMNO bersikap defensif dlm setiap PRK. Sepatutnya dalam PRK, UMNO mengambil peluang menjelaskan dasar2 kerajaan yg menguntungkan rakyat. Bukan lagi membuang masa mempertahankan salah laku silam calon. Cara itu tidak berbaloi dgn wang yg terpaksa dikeluarkan dlm setiap PRK.
  8. Kepada ahli UMNO Bagan Pinang, jgnlah terlalu emosional. PRK Bagan Pinang bukan saja penting utk Negeri Sembilan sahaja, kami di Bahagian Pendang turut menanti dengan penuh debaran, siapakah bakal calon BN disitu ?

Ahad, 27 September 2009

Mahathir: Jika Saya Isa Samad

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.

"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.

Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN - Malaysiakini.

Bagan Pinang 2009. Jembalang Depan Pintu

Perkara yang paling susah dan payah untuk diterima adalah kebenaran! Sekali pun sudah dibentangkan hujah dan dalil yang kukuh, namun demikian, hati manusia sangat tidak gemar mendengar dan menerima kebenaran. Isu berkenaan siapakah calon yang paling layang untuk diletakkan sebagai calon di kerusi Bagan Pinang masih menjadi tanda-tanya dalam kalangan ahli-ahli UMNO. Masih ramai yang keliru apakah yang harus diperjuangkan oleh UMNO pada ketika ini - yakni ketika UMNO dilihat sebagai lemah. Jawapan saya sangat mudah - UMNO pada saat ini perjuangannya hanya satu sahaja, iaitu membuang dan mengorbankan semua ahlinya yang jelas terlihat dengan politik wang dan rasuah - tidak kira seramai mana sekali pun - hatta jika UMNO hanya tinggal seorang sahaja ahlinya yang bersih maka lakukanlah, itu lebih baik.

Percayalah UMNO sama sekali tidak akan rugi menolak dan membuang mana-mana ahlinya yang terbukti terlibat dengan politik wang dan rasuah - hanya dengan cara ini sahajalah UMNO akan kembali seperti asalnya - memperjuangkan agama, bangsa dan negara seikhlas mungkin. Kepada DS Najib dan TS Muhyiddin, janganlah rasa gentar dan bimbang jika jawatan yang tuan berdua sandangkan itu tergugat lantaran kerana bertegas terhadap ahli-ahli UMNO yang melakukan rasuah dan politik wang - yakinlah tiada sesiapa pun yang mampu menjatuhkan tuan berdua selagi Allah tidak mengizinkannya.

UMNO tidak akan rugi apa-apa seandainya pemimpin UMNO yang mengamalkan politik wang seperti Khairy jamaluddin, Tan Sri Isa Samad dan Datuk seri Ali Rustam dikeluarkan daripada UMNO - dan UMNO tidak akan runtuh dan musnah kerana ketiadaan mereka dan para penyokongnya, sebaliknya UMNO akan semakin segar bugar dan kukuh. Malah, jika semua Ketua UMNO Bahagian mengamalkan politik wang dan mereka dipecat serta dikeluarkan daripada UMNO sekali pun, saya tetap yakin UMNO tidak akan hancur. UMNO hanya akan hancur selagi budaya "hulur" dan "salam berisi" menjadi amalan harian ahlinya.

Saya akui, UMNO akan menderita untuk seketika apabila kita mengambil tindakan tegas ke atas ahli-ahli UMNO yang mengamalkan politik wang dan rasuah - UMNO akan dikecam dengan pelbagai tohmahan, umpamanya mengambil tindakan terpilih dan sengaja ingin menjatuhkan "orang-orang tertentu"- tetapi percayalah, penderitaan itu hanyalah bersifat sementara bagi UMNO - yakni sementara menanti ia dipulihkan kembali dengan kehadiran ahli-ahli UMNO yang bersih dan ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara menerajui kepimpinan bahagian masing-masing.

Tahukah kita bahawa di mana kita boleh menemui ahli-ahli UMNO yang ikhlas berjuang? Golongan ini banyak terdapat dalam kalangan ahli jawatankuasa UMNO cawangan - hakikatnya golongan inilah yang banyak buat kerja sewaktu berlaku sesuatau pilihan raya, mereka tidak mengharapkan imbuhan, cuma inginkan penghargaan - namun demikian, yang sering naik mencanak dan menjadi AJK Bahagian adalah golongan yang pandai membodek dan menghulurkan duit - tetapi tidak tahu buat kerja dan berucap. Sedikit demi sedikit golongan yang ikhlas berjuang disisihkan oleh ketua-ketua bahagian. Ketua-ketua bahagian lebih gemar mendampingi golongan yang kuat membodek, mengampu dan mudah dibeli - akibatnya UMNO kehilangan begitu banyak pemimpin pelapis dan ahlinya yang kental dalam perjuangan parti -manakala yang naik menjadi pemimpin adalah dalam kalangan perasuah dan pengamal politik wang. Maka secara tidak langsung terbentuklah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian yang terdiri daripada para perasuah dan pengamal politik wang! Walau pun kita hanya menerima RM20, untuk mengundi si fukan atau si fulan, itu tetap dikira duit rasuah!

Maka, apabila kita bercakap soal transformasi di dalam UMNO, adalah menjadi harapan rakyat dan golongan ahli UMNO yang ikhlas berjuang, untuk melihat tindakan tegas daripada DS Najib dan TS Muhyiddin dalam membersihkan UMNO sebersih yang boleh - malah, kita tidak perlu ada rasa kasihan kepada mereka yang melakukan dosa rasuah dan politik wang - golongan ini adalah musuh dalam selimut untuk UMNO, bahkan inilah musuh NO 1 UMNO yang harus dihapuskan terlebih dahulu - dalam Islam sesiapa yang menghulurkan rasuah dan menerima duit rasuah mereka akan diletakkan di dasar kerak neraka - apakah golongan ini harus dikasihani lagi?

------------------------------------------------------------------------------------------

Soal mereka sudah bertaubat atau pun tidak - itu soal kedua dan merupakan hubungan rahsia mereka dengan Allah SWT- kita tidak tahu sama ada taubat mereka sudah diterima atau pun ditolak oleh Allah - tetapi, dosa rasuah yang telah mereka lakukan itu sudah pun meninggalkan kesan negatif dan fitnah kepada UMNO dan ahli-ahlinya yang ikhlas berjuang, bak kata perpatah - kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan kerana seekor lembu bawa lumpur habis semua lembu terpalit.

Saya tetap berpendirian bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk UMNO membetulkan dirinya. Inilah masanya untuk UMNO menjadi kuat semula. Dan inilah masanya untuk kita humba ke luar para perasuah yang masih bertenggek untuk meraih simpati. Tiada masa yang lebih sesuai - selain inilah masanya. Memang, tindakan ini agak sukar - tetapi percayalah UMNO hanya menderita untuk sekita sahaja dan "sakit"nya hanya sementara - biarlah sekali pun jika para perasuah ini mahu menyertai parti pembangkang - mereka akan tetap gagal dan tewas. Sama ada mahu atau pun tidak - UMNO terpaksa mengorbankan semua pemimpinnya yang jelas terlibat dengan rasuah dan disabitkan kesalahan sebagai pengamal politik wang.

Jika mereka masih mahu juga kekal dengan jawatan masing-masing, kita harus melakukan sesuatu, yakni menggugurkan atau menyisihkan mereka, secara bijak dan terancang. UMNO harus segera menunjukkan rasa benci terhadap perlakukan mereka itu - jika tidak, para perasuah akan tetap kekal dan bermaharajalela di dalam UMNO. Kita tidak harus ada rasa takut dan bimbang dengan ugutan para penyokong mereka - percayalah para penyokong mereka pun hanya berani bersorak sahaja - mereka bersorak kerana duit dan bukan untuk parti dan perjuangan yang suci. Sekali pun golongan ini membawa keluar para penyokongnya daripada UMNO, biarkanlah. Lagi pun UMNO tidak memerlukan para penyokong perasuah untuk menguatkan dan mengukuhkan UMNO. UMNO hanya akan kuat melalui ahli-ahlinya yang ikhlasUMNO tidak perlu rasa bersalah dan kehilangan jika terpaksa mengorbankan nama-nama pengamal politik wang seperti Khairy Jamaluddin, Tan Sri Isa Samad, dan Datuk Seri Ali Rustam - janganlah kerana terdapat rasa kasihan, maka kita tidak rela menghukum perbuatan mereka.

Yakinlah, seksa Allah terhadap pengamal rasuah adalah jauh lebih pedih dan menakutkan daripada hukuman yang dijatuhkan oleh UMNO! Golongan yang menyokong para pelaku rasuah juga harus segera disisihkan daripada UMNO, tiada bezanya mereka itu, yang memberi dan yang menerima sama sahaja dosanya. Mereka yang telah terbukti terlibat dengan politik wang harus segera dinasihat agar segera meletakkan jawatan dan berehatlah daripada politik - itu lebih baik untuk mereka, walau sehebat mana pun kerja dan hubungan mereka dengan rakyat. Selagi UMNO tidak mengambil tindakan tegas dalam soal ini, maka mimpi UMNO akan pulih untuk selama-lamanya. UMNO hanya memerlukan ahli-ahlinya yang bersih sahaja, hatta tinggal hanya seorang ahli UMNO sahaja yang bersih, maka itu adalah jauh lebih baik daripada 99 peratus ahlinya yang mengamal rasuah. Maka, fikir-fikirkanlah siapa yang harus kita pilih untuk calon UMNO di Bagan Pinang. Kita bukan menyokong UMNO kerana pemimpinnya, tetapi kita menyokong UMNO kerana keikhlasan dan amanah pemimpinnya! Wallahualam.


Dipetik dari : Azli Shukri


Khamis, 24 September 2009

Keluhan Belia Felda Sg Tiang.

  1. Felda sudah pun mencapai taraf dunia. Tahniah sekali lagi kita ucapakan kepada seluruh warga Felda dimana saja mereka berada. Warga Felda sememangnya sungguh bertuah, kerana PM sendiri memberi perhatian istimewa kepada mereka.
  2. Bila sudah mencapai taraf global, pengurusan di felda, sepatutnya turut mencapai standard yg tinggi. Tetapi perkara ini tidak berlaku di Felda Sungai Tiang.
  3. Warga felda Sungai Tiang amat kecewa dengan pengurusan disitu. Kenapa ?
  4. Setelah saya merisik dan mendengar sendiri keluhan masyarakat setempat baru2 ini, jelas faktor pengurus baru, paling utama menjadi puncanya. Rata2 masyarakat muda meluahkan perasaan tidak puas hati ini, kerana pengurus baru tidak mahu mendengar cadangan golongan belia dan tidak mesra masyarakat. Bagi masyarakat Felda beliau terlalu ego dan meninggi diri. Beliau hanya menerima pandangan dan cadangan daripada pengerusi Belia Felda Sg Tiang sahaja (PBFST). Oleh itu apa saja permintaan oleh Pengerusi PBFST diterima dan diluluskan. Sedangkan beliau bukan mendapat sokongan penuh oleh belia di Sg Tiang. Kerana kemasukan ahli PBFST dikawal dan ditapis oleh Pengerusi. Jumlah keahlian PBFST, hanya 1/4 daripada jumlah belia di Sg Tiang.
  5. Belia disini juga mempertikaikan, bagaimana Pengerusi PBFST boleh dianugerahkan Belia Cemerlang, sedangkan tidak ada satu benda pun boleh ditunjukkan kepada penilai anugerah yg lalu barlaku dalam Felda Sg Tiang. Yg ada cuma fail program, kertas cadangan dan gambar2 projek yg tidak wujud pun dalam felda Sg Tiang.
  6. Dakwa mereka lagi, Pengerusi PBFST hanya menumpang program2 politik yg berlaku di situ sahaja.
  7. Mereka turut mempertikaikan pengurus baru ini, lansung tidak mengambil berat aktiviti masyarat dan beliau sendiri tidak bermasyarakat. Kerana beliau akan menghilangkan diri pada setiap petang Khamis. Jadi macamana beliau hendak memantau apa yg berlaku dalam masyarakat yg diurus oleh beliau.
  8. Kesannya, banyak aktiviti Parti PAS berlaku tanpa kawalan. Ingat felda adalah dibawah kerajaan Persekutuan yg diperintah oleh UMNO. Sekarang orang mula memperkatakan pegangan parti beliau samada ahli PAS atau PKR.
  9. Lebih merungsingkan, dipercayai hampir 90% kakitangan Felda Sg Tiang, ialah ahli Pas yg tegar. Oleh itu bagaimana UMNO, dapat berkembang sekiranya pegawai dilihat memihak kepada pembangkang.
P/S : Melihat kepada rintihan ini, saya merayu supaya YB Suraya segera memberi perhatian khusus kepada Pengurusan baru di Felda Sungai Tiang. Kalau benar seperti apa yg saya paparkan ini segeralah bertindak. Jangan tunggu nasi menjadi bubur.
Kita hanya ingin melihat Felda Sungai Tiang terus kekal menjadi kubu kuat UMNO dan sesuailah dengan kewujudan FELDA itu sebagai benteng terakhir kekuatan MELAYU.

Rabu, 23 September 2009

Kacang Lupakan Kulit....

  1. Berkesempatan beraya di kampung halaman, sesuatu yg sungguh istimewa. Apatah lg dapat berjumpa semula rakan2 sekolah yg beberapa puluh tahun tidak berjumpa. Sapa menyapa. salam salaman, gelak ketawa dan sebagainya sungguh mendamaikan. Saya amat tersentuh dengan kegembiraan sebegini.
  2. Tetapi bila seorang daripada rakan mula membicarakan soal politik, keadaan sudah menjadi lain. Nampak ada ketegangan, bila berlaku perbezaan pendapat. Dalam kelompok rakan2 saya ini, ada yg sudah terlalu taksub dengan pegangan politik masing2. Sudah lupa, baru sebentar tadi maaf memaafi antara kami. Kini berlaku pula perdebatan.
  3. Rakan saya yg berkerja di Kuala Lumpur ini, jelas sudah menjadi ahli parti pembangkang yg fanatik. Beliau seolah-olah menafikan semua kebaikan yg beliau perolehi semasa membesar di Felda Sungai Tiang. Persekolahan percuma, bantuan biasiswa, asrama peneroka dan biasiswa semasa di Universiti. Malah orang tuanya juga mendapat faedah daripa kerajaan BN, apabila dipilih menyertai Skim Rancangan Felda, 50 tahun yg lalu.
  4. Baginya kerajaan BN, adalah kerajaan korup, ahli politik UMNO semuanya pentingkan diri. Tuduhan membabi buta, bukannya atas fakta. Kebaikan 52 tahun BN mentadbir Malaysia, dinafikan sama sekali. Sebaliknya kerajaan PR di Selangor dipuji2, kerana berlaku adil kepada rakyatnya.
  5. Melihat rakan saya yg seorang lagi sudah malas untuk berhujah, saya pun bertanya kepada beliau, Adilkah PKR, kalau ada pertentangan dengan orang Melayu di seksyen 23 (soal pembinaan kuil), amankah Selangor, bila MB nya di boo rakyat sendiri ? Adilkah PKR kepada orang Melayu, bila arak dibenarkan dijual secara terbuka di kawasan majoriti Melayu, baik sangatkah MB Selangor bila mencadangkan wang zakat(orang Islam) digunakan untuk semua golongan rakyat tanpa mengira kaum ?
  6. Dan lebih utama "ADILKAH AWAK KEPADA KERAJAAN BN (UMNO), BILA PELBAGAI KEMUDAHAN AWAK NIKMATI, RACUN YG AWAK BALAS" ?

Selasa, 22 September 2009

Sokonglah Datuk Shafie, Pulih UMNO Kedah.

Perlantikan Datuk Shafie Afdal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Dato Ahmad Bashah sebagi timbalan, mula dipertikaikan kemampuanmereka. Cakap2 ini meluas tersebar selepas majlis tauliah perlantikan dan sumbangan kepada JKKP yg dilantik di Anak Bukit, baru2 ini.

Persoalannya, kenapa hendak mempolitikkan pelantikan yg dibuat oleh PM ? Kenapa kita cuba mentafsirkan ada maksud yg tersembunyi disebalik perlantikkan itu ? Bukannya sesuatu yg baru melantik seorang Naib Presiden atau Timbalan Presiden menjadi Pengerusi Perhubungan di mana2 negeri. Terutamannya bagi negeri2 yg kalah. Tun Mahathir, pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan.

Semua pemimpin UMNO di Negeri Kedah perlu insaf dan sedar, Kedah bukan lagi dikuasai oleh BN, Kedah adalah Neg yg dikuasai PAS. Jadi, sebarang pertelingkahan atau perasaan tidak puas hati pasti menggugat perpaduan. UMNO Kedah tidak perlu perebutan sekarang. Mereka perlu bersatu dan tunjukkan penyatuan itu.Maksudnya UMNO Kedah perlukan kestabilan.

Usaha mensabatoj dll tindakan khianat, pasti merosakkan dan memakan masa untuk dipulihkan. Sedangkan UMNO Kedah sepatutnya, sudah mula bergerak kearah menarik semula sokongan.

Oleh itu sokonganlah keputusan yg dibuat oleh PM, berilah kepercayaan kepada Datuk Shafie dan Dato Bashah untuk membentuk semula UMNO Kedah. Mudah-mudahan berlaku perubahan dan penambahbaikkan kepada UMNO dalam usaha merampas semula Negeri Kedah ini.

Jumaat, 18 September 2009

Selamat Hari Raya












SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Daripada saya Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pendang.

Lambaian 1 Syawal

Makin hampir 1 Syawal, makin kuat debaran dan kegembiraan bagi masyarakat di Pendang. Debaran kerana perbelanjaan bulanan bertambah, sedangkan masih banyak lagi baki bulan ini perlu dihabiskan. Lagi pun bulan Ramadhan ini, lebih banyak hujan daripada kering, maksudnya pendapatan dari torehan getah amat kecil.

Kegembiraan pula disebabkan selesai sudah mengerjakan rukun Islam yg wajib dengan sempurna. Lagi pula musim inilah anak cucu, rakan taulan di perantauan akan pulang beramai2 berjumpa datuk dan nenek di kampung.

Bagi ahli politik UMNO di negeri Kedah, perayaan kali ini amat mengecewakan, kerana inilah tahun ke 2, negeri Kedah di kuasai PAS.

Kesimpulannya perayaan tahun ini akan disambut dalam keadaan yg bercampur-campur, iaitu berdebar2 dan juga kegembiraan.

APA PUN PERASAAN KITA. SAYA PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN BAGAIAN PENDANG, INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SELURUH WARGA PENDANG.

Ahad, 13 September 2009

Ucapan Najib, Adakah UMNO Akan Berubah.

Berikut adalah ucapan PM dalam Mesyuarat Agung MIC, semalam. Dibawahnya pula adalah komen yg diberikan 'Mummy Rokiah" dalam blognya. Bacalah, lihat kenyataannya adakah perkara yg sama berlaku ditempat kita.

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti tapi sama ada parti kita relevan atau tidak ialah sama ada kita boleh menang di kalangan hati rakyat untuk menyokong parti BN," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

"Sebab itulah untuk Umno, untuk MCA, untuk MIC dan untuk parti-parti komponen yang lain jangan lupa perspektif ini, kalau kita lupa perspektif ini rakyat akan menghukum kita dalam masa pilihan raya," katanya.
(Berita Harian)

KOMEN:
Inilah hakikatnya yang berlaku kepada UMNO khasnya di kalangan pemimpin dalam negeri-negeri yang mereka kalah.

Malah ada di kalangan mereka apabila menghadapi pemilihan di dalam UMNO mereka sanggup belanja habis habisan wang dan harta mereka tetapi apabila berhadapan dalam pilihanraya mereka akan menunggu peruntukan dari Ibu Pejabat parti baru ingin menggerakkan jentera pilihanraya.

Malah yang lebih parah ada yang membelot peruntukan ini untuk digunakan sebagai modal untuk bertanding dalam pemilihan UMNO.

Mereka menang bertanding dan popular dalam pemilihan UMNO tetapi mereka tidak popular di kalangan pengundi.

Sabtu, 12 September 2009

Calon Betul2 Bersih Untuk Bagan Pinang

  1. Persoalan calon menjadi masalah utama di Bagan Pinang. Cubaan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calon tunggal, adalah satu tindakan yg kurang elok dan bertentangan dengan kemahuan TPM, yg meminta lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan. Sikap ini juga menggambarkan seolah-olah UMNO sudah ketandusan calon yg berkelayakkan.
  2. Sepatutnya Bahagian Rembau sedar, bahawa PRK kali ini menjadi kayu pengukur penting kepada orang Melayu, samada menerima atau terus menolak UMNO. Ingat , kemahuan golongan muda kini yg mahukan calon yg betul2 bersih. Mereka boleh merubah keputusan undi bilamana kemahuan mereka tidak dipenuhi.
  3. Lebih membimbangkan lagi jika kesannya menjejaskan UMNO dalam PRU 13 nanti.

Untuk perbincangan lanjut, sila baca petikan rencana dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini

WASPADA sentimen "pembunuhan watak" calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Demikian ingatan beberapa penganalisis politik menjelang saat pencalonan.

Dr. Sivamurugan Pandian dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menarik perhatian bagaimana pada hari pertama kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir lagi, calon BN telah diselongkar segala latar belakang silamnya.

"Antaranya dakwaan salah laku dalam syarikat guaman, urusan tanah dan perkahwinan keduanya.

"Mungkin dakwaan-dakwaan itu tidak benar tetapi jika ditujah dan diuar-uarkan secara berterusan, lama kelamaan ia mempengaruhi masyarakat khususnya pengundi," ujarnya yang turut memantau pilihan raya kecil yang menyaksikan BN tewas baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Sivamurugan tidak menolak antara faktor penting pemilihan seseorang calon khususnya jika seseorang itu dari UMNO ialah dia semestinya mendapat sokongan padu daripada setiap sayap, cawangan, bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri di kawasannya.

"Namun dalam keadaan soal etika dan moral begitu diberi perhatian utama sekarang, faktor tadi sudah menjadi nombor dua atau mungkin tiga.

"Bukan sahaja di Permatang Pasir, calon BN pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu juga menyaksikan BN terpaksa bertindak defensif mempertahankan kredibilitinya.

"Ini menyebabkan BN setiap hari dan masa terpaksa pula menjelaskan tentang kewibawaan calonnya daripada mengupas isu-isu pembangunan rakyat yang sedang atau telah direncanakan," katanya.

Bagan Pinang di Parlimen Teluk Kemang menyaksikan kekosongan kerusi setelah penyandangnya, Azman Mohd. Noor, 54, meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah. Pada pilihan raya umum Mac 2008, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi menewaskan Ramli Ismail dari Pas.

Nada menyokong rumusan Sivamurugan turut disuarakan oleh profesor politik dan pengajian antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Mohamed Mustapha Ishak.

"Sewajarnya calon yang pernah terlibat dalam masalah etika tidak lagi dipertaruhkan di Bagan Pinang. Dikhuatiri persepsi masyarakat seolah-olah BN sudah ketandusan calon yang baik.

"Apakah BN mahu memperjudikan parti dengan memberi modal percuma kepada pembangkang dari awal kempen lagi.

"Mungkin calon yang difikirkan oleh sebilangan orang ini popular tetapi kita mesti ingat faktor nombor dua lagi penting iaitu dia harus bersih," katanya.

Tegas Mohamed Mustapha, dalam aspek ini terutamanya di Bagan Pinang, BN mesti meletakkan perkiraan dalam memilih calon dengan tidak mengetepikan kehendak pengundi muda.

Baik Sivamurugan mahupun Mohamed Mustapha, kedua-duanya bersetuju bahawa BN tidak boleh berkompromi dalam soal pemilihan calon di Bagan Pinang.

BN harus membuat tapisan yang halus untuk memastikan calonnya benar-benar memenuhi kehendak bukan sahaja ahli UMNO malah masyarakat pelbagai lapisan termasuk India dan Cina yang meliputi hampir 30 peratus di Bagan Pinang.






Rabu, 9 September 2009

Calon Bagan Pinang

  1. Bagan Pinang sah akan menghadapi PRK, tidak lama lagi. Masa akan ditetapkan nanti.
  2. Sepanjang minggu ini para bloggers, surat khabar, pelobi, ahli nujum dan sebagainya sibuk meramal calon yg sesuai untuk DUN Bagan Pinang. Ada pelobi yg menyatakan calon lama iaitu Tan Sri Isa Samad, lebih sesuai dicalonkan disitu. Spekulator pula membuat spekulasi, orang itu dan orang ini lebih sesuai.
  3. Ada pula pihak, membuat desakan supaya calon mereka diletakan dalam PRK Bagan Pinang kali ini. Desakan ini datangnya dari Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Permintaan mereka sesuai dengan perjuangan semasa pergerakan itu, untuk melihat 40% pembuat dasar dalam UMNO ialah wanita.
  4. Sebagai penyokong dan pejuang UMNO, siapa pun yg bakal dipilih, tetap akan disokong.
  5. Namun sebagai ahli UMNO, kita berhak membuat cadangan dan mengingatkan kepada pemimpin tertinggi parti, jangan lagi memilih calon yg boleh dieksploitasikan isunya oleh pembangkang. Padah jadinya.
  6. Oleh itu cadangan supaya mencalonkan semula orang lama iaitu Tan Sri Isa Samad, adalah cadangan yg mundur ke belakang. Tidak sesuai dengan perjuangan UMNO masa kini, iaitu ingin membersihkan parti daripada orang yg dilihat 'tidak bersih'.
  7. Kita tidak menafikan sumbangan Tan Sri Isa terhadap UMNO, tetapi beliau juga harus bertanggungjawab terhadap parti dan sanggup bekorban untuknya. UMNO tidak boleh lagi memberi ruang kepada golongan pemimpin lama, yang menjadi liabiliti kepada parti .Biarkan pemimpin lama mengawal bahagian sahaja, tetapi untuk bekerja dan berkhidmat pada rakyat, calon lebih muda perlu diberi keutamaan.
  8. Jangan sekali- kali memandang remeh soal pemilihan calon, walau pun kawasan ini dilihat sebagai kubu kuat UMNO. Kerana rakyat sedang memerhati janji-janji pemimpin tertinggi parti semasa persidangan UMNO yg baru lalu. Kesungguhan membersihkan UMNO daripada golongan yg dilihat 'tidak bersih' ini mampu menjadi 'penawar' yg mujarab dalam PRU 13 nanti.
  9. Apa pun saya amat bersetuju dengan penegasan yg dibuat oleh PM, bahawa siapa pun calon di Bagan Pinang, beliau ialah orang yg boleh bekerja dan diterima oleh masyarakat.

Selasa, 8 September 2009

UPSR

KEPADA SEMUA MURID-MURID TAHUN 6 DAERAH PENDANG,

BIRO PENDIDIKAN UMNO BAHAGIAN PENDANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPAI UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009.

KAMI DOAKAN ANDA SEMUA BERJAYA.

Ahad, 6 September 2009

Khianat Bangsa, Jual Negara

Permatang Pasir sudah selesai? Sekali air bah sekali pantai berubah dan keadaan kembali seperti sedia kala. Namun seketika lalu – Permatang Pasir berombak – pilihan raya kecil yang lalu menyaksikan PAS kembali menduduki kerusi ADUN, semua seakan selesai dan rakyat telah memilih wakil mereka?

Namun hari ini analisis demi analisis di buat – kenapa UMNO tewas, bagaimana UMNO mahu terus memecahkan kebuntuan kemenangan dalam pilihan raya kecil dan adakah keputusan itu boleh di kupas sebagai kegagalan UMNO dalam melakukan reformasi dalaman serta kegagalan kerajaan BN dalam melakukan reformasi total pentadbiran?

Persoalan terus bercambah, adakah Melayu masih menyokong BN dan UMNO atau Melayu sudah beralih arah. Apa benarkan teori BN telah hilang sokongan kaum Cina serta Cina penentu undi dan mengapa kemelesetan sokongan ini berlaku? Adakah kekalahan ini kerana sentimen kempen, tuduhan dan pendedahan. Adakah rekod pencapaian, perjuangan dan pelaksanaan pembangunan BN dan UMNO tewas kepada propaganda, diayah dan tuduhan. Adakah ceramah dan media Internet pembangkang dengan isu dan sentimen perang saraf mengaburkan jasa dan perjuangan yang selama ini dilakukan oleh pemerintah – kerajaan BN yang selama ini menerajui negara ini? Persoalan ini seakan sedia memberi jawapan mengenai kekalahan BN dan UMNO tetapi ketepatan jawapan perlu ada agar BN dan UMNO sedar akan masalah yang wujud dan bertindak menangani corak kempen agresif Pakatan Rakyat.

Semasa kempen salah satu isu besar yang timbul adalah kenyataan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri) mengenai Anwar pengkhianat bangsa yang didasarkan dengan kolaborasi palsu Pakatan Rakyat dan penjualan isu perkauman dalam idealisme parti semata-mata mahu mengaut undi. Anwar dikatakan menggunakan isu rasis untuk mengaut sokongan kaum lain khususnya Cina. Tindakan Anwar dalam usaha mengaburi mata kaum lain untuk menyokong Pakatan Rakyat dan mengetepikan perjuangan Melayu dan agenda Melayu telah dilabel sebagai satu tindakan khianat yang mampu menggangu-gugat kestabilan sosiopolitik negara ini. Dalam kerajaan BN berusaha untuk menstabilkan perbezaan dari sudut perekonomian – benteng perkauman terus ditebalkan hanya kerana agenda politik Anwar Ibrahim. Itu isu yang dikemukakan oleh UMNO dalam melabel Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu ( bangsa).

Respons segera dilakukan oleh Pakatan Rakyat amat jelas sewaktu PRU Kecil di Permatang Pasir. Muhyiddin dituduh sebagai seorang pengkhianat negara sebenar atas alasan menjual tanah ke Singapura. Muhyiddin menjual negara – Muhyiddin pengkhianat kerana tidak mempertahankan kedaulatan negara dan segala tuduhan penjualan tanah dibuat sewaktu Tan Sri Muhyiddin menjawat jawatan Menteri Besar. Ini menjadi salah satu modal Pakatan Rakyat dalam melangkah menuju ke arah tuntutan demokrasi – yakni pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri sewaktu dalam kempen pilihan raya Permatang Pasir bangkit menafikannya! Kenyataan TS Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai – tidak pernah menjual tanah kepada Singapura seperti yang didakwa khususnya dalam pembinaan logi memproses air Linggui yang dibenarkan oleh Tan Sri Muyiddin kepada Singapura seperti yang didakwa. Pakatan Rakyat di cabar membuktikan penjualan tanah ke Singapura. Pakatan Rakyat lantas mengubah tuduhan penjualan tanah Lingiu kepada SEAKAN menjual bila Singapura membina infrastruktur projek pembekalan air Sungai Lingiu tersebut.

Penafian TS Muhyiddin jelas dengan fakta – fakta melibatkan Perjanjian antara Johor - Singapura pada tahun 1961 hingga 1965 yang akhirnya Singapura dibenarkan membina infrastruktur logi itu dengan kos mereka sendiri setelah Tun Dr Mahathir berbincang dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Kuan Yew berlaku. Namun dengan segala penjelasan berfakta di jelaskan – tuduhan penjualan dan pengkhianatan terus di buat atas alasan politik dan tujuan pilihan raya.

Kita anjurkan perbincangan di sini – fakta di keluarkan oleh TS Muhyiddin mengenai tuduhan beliau menjual tanah ke Singapura – nyata tidak betul dan tepat – isu lain pula dimainkan dan akhirnya setelah menang pilihan raya kecil – isu pengkhianatan akibat konon-konon menjual tanah ke Singapura hilang – hilang bersama-sama kemeriahan kemenangan.

Adakah tidak kita lihat – bahawa propaganda penjualan tanah itu hanya satu usaha meletakkan BN dan UMNO dalam kerangka defensif (dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pasir) dan semata-mata untuk tujuan undi. Adakah tidak kita lihat – cara kempen PRU Kecil yang dilakukan hanya semata-mata mahu rakyat terpengaruh dengan pergolakan dan kehangatan berkempen dan usaha menyerang awal demi politik semata-mata. Kenapa selepas pilihan raya kecil itu TS Muhyiddin tidak terus diserang sebagai orang yang terlibat dengan penjualan tanah ke Singapura tersebut dan terlibat dalam menjual maruah dan kedaulatan negara? Mungkin semua disenyapkan kerana matlamat telah tercapai dan kempen politik mereka telah berjaya.

Maka kita lihat unsur menghalalkan cara dalam politik. Maka kita melihat corak kempen dalam politik yang ada. Maka kita persoalkan ciri politik dalam negara ini – yang ganas dengan serangan perang saraf semata-mata berkehendak kuasa dan politik balas dendam yang merugikan bangsa sendiri.

Kita melihat ada tuduhan tetapi tuduhan itu adalah tuduhan bermusim untuk kemenangan politik semata-mata. Halalkan cara – kerana kemenangan ada mempunyai hasrat dan cara ini adalah medium pencapaian baik bermoral ataupun tidak. Adakah ini cara politik yang mahu diajar – buat tuduhan – tunggu penafian namun “damage” telah berjaya dilakukan dan ini memberi impak kepada pengundi yang hanya berpegang kepada sentimen dan raungan kempen politik. Nilai dan lain-lain keutamaan diketepikan demi kemenangan.

Ini adalah cara mereka dan inilah yang sering digunakan lantas mengebumikan persoalan moral dalam berpolitik. Penghujahan jitu dan konklusif mengenai penjualan tanah Sg Lingiu tidak dapat digunakan atas alasan berbukti tetapi dari sudut kekejian politik – demi matlamat dan hasrat segala-galanya halal di laksanakan. Adakah ini sebenarnya senario politik Malaysia. Ada pendapat yang berbeza mengenai kupasan isu ini. www.umno-reform2.com mahu diskusi ini di buat agar kita sesama mengetahui apa sebenarnya corak dan cara politik di Malaysia ini – sama ada anjuran Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Rakyat perlu tahu dan rakyat perlu didedahkan dengan sebaik mungkin untuk membuat pilihan. Kita tidak mahu melihat rakyat di sogok dengan cerita sensasi baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat untuk mempengaruhi pilihan lantas meletakkan negara dalam keadaan yang amat merugikan – kita bincangkan!