- Pernah wakil rakyat di Negeri Perlis mengadu kepada media, bahawa beliau menjadi tempat pengundi melonggokkan masalah kewangan mereka. Sehinggakan saman kesalahan lalu lintas anak2 pun wakil rakyat diminta jelaskan.
- Sikap penggundi sebegini sememangnya sudah lebih dan tidak patut.
- Fungsi wakil itu sepatutnya difahami dlm kontek negara Malaysia berparlimen, iaitu rakyat melalui pilihanraya diminta memilih wakil mereka dibahagian/daerah masing2 untuk menyampaikan masalah ditempat mereka, di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
- Masalah yg dimaksudkan ialah masalah berkaitan keperluan masyarakat atau penggundi ditempat yg diwakilkan oleh wakil rakyat itu. Kebiasaannya berkaitan soal pembangunan seperti jalanraya, air bersih, letrik dan kemudahan2 awam yg lain.
- Wakil rakyat juga sepatutnya mencari peruntukan tertentu untuk tujuan membantu golongan yg betul2 susah seperti bantuan rumah, pendidikan atau bantuan cara2 menambah sumber pendapatan dan pekerjaan.
- Oleh itu, tidak sepatutnya wakil rakyat menjadi tempat kita meminta wang perbelanjaan harian dan sebagainya yg tidak berkaitan. Fahamilah tugas mereka. Itu tidak adil. Dan jikalau melihat jumlah elaun yg diterima wakil rakyat, tidak pun terlalu tinggi. Mereka juga ada tanggungjawab sendiri, iaitu keluarga, anak dan isteri.
- Tetapi sekiranya wakil rakyat itu sendiri mahu membantu, maka terimalah sahaja bantuan itu dengan hati yg terbuka........
Sabtu, 5 September 2009
Tempat Mengadu Masalah, Bukan Tempat Minta Duit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan