- Bahagian Teluk Kemang seolah2 tidak faham maksud 'pemulihan UMNO'. Mereka hanya nampak PRK Bagan Pinang, untuk Negeri Sembilan sahaja. Bukan memberi kesan kepada UMNO seluruh Malaysia. Sebab itulah Bahagian ini mencalonkan hanya Tan Sri Isa, sebagai calon.
- Memang benar T.S Isa boleh menang dengan cemerlang disitu, kerana T.S Isa sudah lama menabur jasa disitu. Beliau pernah menjadi MB selama 20 tahun di Negeri Sembilan. Tentulah banyak sumbangan dan jasanya. Seseiapa pun menjadi MB selama itu, sudah tentu besar jasanya kepada negeri. Kecuali Nik Aziz, MB Kelantan.
- Saya berasa hairan dgn sikap Bahagian Tlk Kemang, seoalah2 membuat ugutan apabila mencadangkan hanya T.S Isa sebagai calon tunggal sebelum ini. Maksudnya jika bukan T.S Isa kemungkinan BN akan kalah. Namun apabila timbul pelbagai kritikan dan cadangan, terutamanya oleh mantan PM, kini timbul pula ura2 menamakan anak T.S Isa di Bagan Pinang sebagai ganti. Kenapa perlu dinasti dalam UMNO ? Kita akan menghadapi banyak lagi PRU. Tidak perlu tergesa2 menamakan anak T.S Isa.
- Pada hemat saya, ketika ini siapa saja calon, mestilah tiada kaitan dengan T.S Isa. Biarlah begitu. Tetapi dalam PRU nanti, elok dipertimbangkan anak T.S Isa sebagai calon. Itu pun sekiranya beliau betul2 layak.
- Sepatutnya bahagian mencadangkan bbrp nama kepada Pemimpin Tertinggi. Soal mereka hendak memilih siapa, itu hak mereka. Kerana mereka ada sebab2 tertentu utk memilih calon yg sesuai dan selari dgn kehendak semasa parti. Sebagai ahli parti, elok kita akur dengan pemilihan yg dibuat nanti.
- Sebaliknya dalam situasi ini, Bahagin Teluk Kemang, seharusnya lebih fokus kepada perancangan dan strategi bagi memenangkan calon BN, bukan mengugut. Nampak seolah2 sudah ada perpecahan dalam UMNO.
- Pembangkang pula sedia menanti untuk 'melondeh dan menelanjang' calon yg disebutkan tadi. Penyokong BN, tidak mahu lagi UMNO bersikap defensif dlm setiap PRK. Sepatutnya dalam PRK, UMNO mengambil peluang menjelaskan dasar2 kerajaan yg menguntungkan rakyat. Bukan lagi membuang masa mempertahankan salah laku silam calon. Cara itu tidak berbaloi dgn wang yg terpaksa dikeluarkan dlm setiap PRK.
- Kepada ahli UMNO Bagan Pinang, jgnlah terlalu emosional. PRK Bagan Pinang bukan saja penting utk Negeri Sembilan sahaja, kami di Bahagian Pendang turut menanti dengan penuh debaran, siapakah bakal calon BN disitu ?
Selasa, 29 September 2009
Tidak Perlu Dinasti Di Bagan Pinang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan