Rabu, 2 September 2009

Jangan Nasi Menjadi Bubur

  1. Pelbagai isu besar berbaur perkauman timbul di Selangor. Negeri yg diperintah Pakatan Rakyat. PR yg lantang memperjuangkan keadilan kepada semua dan juga bermotokan kerajaan rakyai ini, jelas mempunyai tafsiran keadilan yg berbeza dari pemahaman umum.
  2. Maksud keadilan dalam PR ialah, keadilan hanya utk kaum minoriti. Oleh itu apa saja permintaan kaum minoriti perlu dilayan dan ditunaikan kerana mereka minoriti.
  3. Mungkin (bg PR) sebelum ini, semasa pemerintahan BN, hak dan permintaan kaum minoriti diketepikan dan tidak dilayan. BN zalim dan menindas.
  4. Seingat kita sepanjang 52 tahun pemerintahan BN, banyak sudah kelebihan diberikan kpd minoriti di Malaysia. Apa saja tuntutan kaum minoriti ini biasanya dilayan dgn baik oleh BN, melalui saluran2 tertentu. Tak perlu diheboh dan dikecohkan.
  5. Jadi, tidak hairan bila orang Melayu di Seksyen 23, membuat bantahan terhadap pembinaan kuil di tempat mereka, dituduh sebagai racist oleh MB dan wakil2 rakyatnya. Bagi saya orang Melayu sebenarnya, menuntut keadilan daripada parti pemerintah yg memperjuangkan 'keadilan' untuk semua. Kawasan ini yg 90% orang Melayu, sepatutnya didengar bantahan dan keluhan mereka. Sudah lama mereka menghalang pembinaan kuil disitu, logiknya itu tempat Melayu. Apa salahnya jika kuil itu dibina ditapak yg dipersetujui sebelum ini, di seksyen 22, yg mana penduduk India lebih ramai disitu. Orang Melayu bukan menghalang pembinaan kuil sah di situ, cuma kawasan yg sesuai dgn jumlah penduduk kaum India perlu diutamakan.
  6. Apabila org Melayu merasakan tiada keadilan kepada mereka, maka kepala lembu pun turut sama berdemonstrasi. Walau pun sebenarnya kepala lembu itu ditujukan kepada pemimpin -pemimpin Melayu, yg bodoh macam lembu itu, maka ianya menjadi isu agama pula. Menyentuh sensitiviti kaum India konon. Tetapi apabila kepala babi dilemparkan di surau org Islam di Melaka dulu, isu itu senyap saja tak berbekas pun. Tiada tangkapan dibuat, tiada siapa dipanggil ke balai polis. Apa, itu bukan menyentuh sensitiviti penganut Islam ?
  7. Seharusnya pemimpin Selangor sedar apa yg pernah berlaku di Pulau Pinang dahulu, disebabkan salah faham agamalah menyebabkan berlakunya pergaduhan dan pembunuhan disitu. Begitu juga di Babri, India, pergaduhan atas sentimen agama telah mengorbankan banyak nyawa. Adakah perkara yg sama kita cuba wujudkan di Malaysia ?. Jangan bermain dgn api.
  8. Saya sendiri tidak bersetuju, jika pembinaan rumah ibadat berdekatan antara satu dengan yg lain. Bukan bermaksud saya anti-harmoni. Tetapi kita menghormati cara beribadat yg berlainan itu setiap kaum dalam Malaysia.
  9. Orang Melayu sangat cintakan keamanan dan kedamaian. Bangsa Melayu juga bangsa terbaik di dunia terhadap kaum-kaum lain. Tetapi ingat! dalam kamus, oxford pun perkataan 'amuk' dipunyai oleh orang Melayu sahaja. Oleh itu jangan asak orang Melayu sampai mereka tiada pilihan..................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan