Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat Menyembut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52



















Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 kepada seluruh rakyat Malaysia! Pertahankan hak kita di bumi bertuah ini!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sabtu, 29 Ogos 2009

Susah Sangatkah Hendak Dengar Cakap Orang

Kalau demikian, macam mana hendak utamakan rakyat?

Menurut rakan saya, Ab Jalil Abu Backer, siapa sekali diletakkan di Permatang Pasir, ia akan hadapi cabaran yang susah di kawasan Anwar Ibrahim.

Peringatan itu satu "reality check" yang baik agar kita tidak keterlaluan dalam menganalisa kekalahan di Permatang Pasir. Terutama sekali memandangkan sana sini pendapat tertumpu kepada kesilapan memilih calun. Seolah-olah kita tidak belajar dari Kuala Terengganu dan melihat Manek Urai.

Kesilapan ini sungguh mengecewakan kerana ianya seolah-olah pihak pengurusan parti cuai dalam membuat keputusan memilih calun. Yang paling mengecewakan adalah perkara ini bukan tidak ditegur dari bawah. Susah sangatkah hendak dengar cakap orang?

Pihak pengurusan parti macam masih tidak faham persekitaran politik sekarang sangat sensitif dengan calun-calun yang mempunyai rekod tercalar, khususnya calun baru.

Mereka ini tidak faham atau tidak tahu? Kalau tidak tahu, ia bermakna mereka tidak tahu kumpul dan cari maklumat. Kalau maklumat sudah diberi, mesti ada yang buta huruf atau goblok. Sebut goblok, jawa-jawa yang ditujukan patut faham.

Walaupun calun tidak sesuai, ahli-ahli tetap membantu memberikan sokongan semasa di "battlefield". Mereka berkorban masa dan wang ringgit untuk membantu parti. Tidakkah pihak atasan prihatin dengan kekecewaan orang yang terpaksa menanggung biawak hidup hasil kesilapan berulang mereka?

Nak tunggu orang fed-up?

Perancangan lemah!

SunTzu ada menulis dalam buku The Art of War bahawa "A battle is won before it is fought." Kepentingan persediaan dan perancangan itu jauh lebih penting dari pertaruangan itu sendiri. Citi utama dalam persediaan pada zaman sekarang adalah maklumat.

Pendedahan dan usaha yang telah dibuat oleh jurublog Cucu Tok Selampit dan Dato Shamsuddin Nawawi merupakan salah satu persediaan persediaan sebelum turun ke medan peperangan. Dalam dunia sekarang dimana maklumat boleh tersebar dengan segera, kita tidak boleh tidak dalam keadaan ketiadaan maklumat kerana pihak yang kita lawan boleh memperolehi pelbagai maklumat.

Dari usaha Cucu Tok Selampit memberitahu Dato Shamsuddin dan kemudian diusaha untuk disampaikan, maka maklumat mengenai latarbelakang calun telah diketahui pihak pengurusan parti. Yang jadi kemusykilan kami di bawah ini, kenapa maklumat ini tidak diambilkira?

Dari apa yang ditulis oleh saudara Ab Jalil, pilihan calun dibuat hanya berdasarkan timbalbalas dari sebuah agensi. Tanpa menyebut nama, boleh diagak pemimpin yang terlibat membuat kesalahan sedemikian adalah Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Dato Ahmad Zahid Hamidi. Kalau tekaan itu salah, kesilapan ini mungkin dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan yang berkait rapat dengan sebuah agensi lain.

Ini tentu sekali menghairankan. Selalunya pengumpulan maklumat dan timbalbalas dibuat begitu extensif sekali dan bukan berdasarkan satu sumber. Latarbelakang calun, rahsianya, urusniaganya, pengaruhnya, penerimaan pengundi dan ahli UMNO, dan yang paling penting adalah mana-mana rekod buruknya.

Degil dan Cuai!

Kalah itu tetap kalah, itu tidak menjadi hal. Bukanlah kalah sebelum pertarungan. Bukanlah bertanding hingga tidak dapat menguasai keadaan. Bukanlah asyik bertahan dan mesej kempen hilang sekali.

Jika akarumbi sedia berkerja keras dan mengetepikan persengketaan untuk bersatu, mereka menyedari ianya bukan mudah. Namun mereka mahu memperbaiki keputusan dan masih ada semangat enggan mudah menyerah kalah.

Campur tolak kali bagi, tanpa mereka UMNO tidak akan dapat bertanding dalam pilihanraya kecil. Pemimpin parti datang senang lenang. Mereka ini yang bergelumang dan sanggup menghadapi apa saja cabaran dan penghinaan. Bukan pemimpin yang dibaling batu tetapi pengikut dan penyokong yang sampai berdarah lengan dan perempuan mudanya diugut.

Mengapa pengurusan parti harus cuai dan akhirnya menghampakan mereka? Terfikirkah berapa lama orang bawah boleh bertoleransi dengan kealpaan sedemikian?

Kalau kerusi empuk dan bilik aircon untuk memudahkan mereka berfikir dan mengatur rancangan menjadi mereka menjadi cuai, itu bermakna mereka tidak layak diberikan kemudahan itu. Tolong jangan malu untuk main di padang saja.

Berslogan sedap. 1Malaysia: Rakyat diutamakan. Dato Najib unjurkan dan yang lain-lain ikut teriak dan agung-agungkan.

Jangan sekali-kali lupa. Kalau kita mahu laungkan "rakyat diutamakan!", kita kena tahu mendengar. Dato Najib pun sudah suruh belajar mendengar. Pemimpin tidak semesti tahu segala jawapan lagi.

Itu rakyat yang lagi banyak, lagi kompleks dan lagi berpelbagaian harapan dan tuntutan mereka. Masaalahnya, suara penyokong dan pengikut parti sendiri pun tidak mahu didengar dan dihindari peringatan mereka!

Kalau tidak tahu mendengar, Presiden, Timbalan, Naib, Perhubungan Negeri dan MKT parti baik belajar buat sendiri - dari panjat tiang, pasang bendera, dan pujuk pengundi.

Mengecewakan!

Banyak perkara yang sudah dijanji dan sudah diperkatakan. Pada akhir Perhimpunan Agong awal April, sudah dijanjikan tindakan keras akan dilakukan ke atas pengamal politik wang. Semua akui politik wang menghancurkan parti.

Sudah empat bulan hendak masuk lima bulan, bilakah langkah-langkah pembenterasan yang drastik akan dilakukan? Berbohong kalau dikatakan masih lagi sedang disiasat.

Suka atau tidak, rakyat melihat dan ahli tahu apa berlaku. Yang jelas sekali, ramai sekali terutama Ali Rustam dan Khairy terlibat dengan politik wang. Banyak lapuran telah dibuat. Kenapa masih dipengap atau cuba ditutup sesuatu yang sudah terdedah dan diketahui orang ramai?

Selagi perkara ini tidak diselesaikan, rakyat tidak akan percaya UMNO mahu berubah. Sebagaimana telah diulang kepada beberapa pemimpin utama UMNO, "head must roll before the people will ever give UMNO a listen."

Sesuatu yang sudah diketahui ramai, tidak boleh cuba didiamkan dengan harapan orang akan lupa. Maklumat di Internet akan kekal selama-lamanya, tiada ada lagi awam akan lupa!

Sekarang masa untuk memantapkan UMNO, tetapi setelah kalah pada Mac 2008 kita masih lagi terhegeh-hegeh dan macam tak peduli. Pemimpin, pemegang jawatan dan power broker macam tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Business as usual pula. Bila berkumpul, asyik menceritakan hal berniaga dan kererta terbaru. Tidak terdengar satu perbincangan serius. Apa lagi memikir untuk menguatkan parti. Tak habis-habis, merungut tak ada peruntukkan dan tak turun projek.

Tiadakah orang yang serious lagi dalam UMNO?! Kalau yang ada sudah tidak serius, jangan jadi kaki sibuk lagi.

Sedialah berundur untuk beri laluan untuk mereka yang serius dan mahu bergiat memainkan peranan. Sana sini diberi peranan yang kurang cerdik dan pengetahuan serta cetek pandangan dan pemikiran.

Ditanya mengenai pembenterasan politik wang, jawapannya hanya pindaan perlembagaan. Kalau kata mahu pinda Perlembagaan, kenapa terhegeh-hegeh susah hendak diselesai dan segerakan?

Dengar-dengar, terlalu banyak mahu dicapai. Tumpukanlah khusus untuk pemilihan kepemimpinan saja ...

Intipatinya pemimpin mesti dipilih dari beberapa pilihan. Mereka yang ingin menawarkan diri perlu dimudahkan. Janganlah ada pula syarat terlalu susah dan cuba-cuba untuk tahan orang mencuba jawatan tertentu. Paling menyampah, kalau dah ada usaha hendak atur orang tertentu jadi Perdana Menteri satu hari.

Apa salah dilibatkan sebanyak ahli yang upaya dalam parti? Kalau semua 3.2 juta itu susah, apa salahnya libatkan dalam 500,000 ahli yang serius dan aktif? Kenapa jumlahnya hanya 60,000? Jumlah purata satu bahagian itu masih boleh dibeli!

Apa pulak cerita memilih calun pilihanraya perlu dipertandingkan dalam parti? Otak sudah tidak berguna lagikah? Pastikah UMNO sentiasa tahu dahulu bila pilihanraya akan diadakan? Macam mana pula bagi kawasan yang UMNO tidak boleh bertanding? Adakah ini baik dari segi taktik pilhanraya? Hilanglah elemen kejutan ...

Tiada keprihatinan!

Sekarang ini, mengapakah polisi yang diumumkan asyik tidak jelas hingga dianggap menjejaskan kepentingan orang Melayu?

Tiap-tiap kali panjang sangat hendak diterangkan dan diperjelaskan. Belum habis satu polisi difahami orang Melayu, dikeluar satu lagi polisi untuk tambahkan kekeliruan. Setiap kali polisi baru, bertambah persepsi dibawah menganggap UMNO sudah tidak bela orang Melayu.

Dalam bela nasib Bumiputera, kita dahulu boleh imbang kepentingan orang bukan Bumiputera. Sesuatu polisi itu mudah difahami orang kebanyakkan. Kenapa kita tidak boleh lakukan sekarang lagi?

Inilah bila terlalu percaya sangat pada penasihat cilik dan penasihat sepet Oxford. Kalau asyik terlalu percaya pada konsultan antarabangsa, bila otak kita sendiri akan dilatihdan diguna? Dia orang ini tahu semuakah? Atau kita yang tidak tahu apa keupayaan mereka dan apa yang mereka tidak tahu? Adakah common sense sudah tidak lumrah dan jadi koman?

Tengah geram ini. Banyak lagi hendak dicakap. Banyak lagi hendak diluahkan.

Belum lagi cerita pasal kehidupan rakyat yang bertambah susah. Pemimpin tahu pandai cakap saja. Masa minyak hendak dinaikan 78 sen, ada Tan Sri boleh kata tak berapa sangat dalam mesyuarat? Itu betul orang tidak sedar dan asal usul diri. Sudahlah pendatang Minang dan diterima jadi orang Johor, ingat rakyat kaya dan mewah macam dirinya? Beli Bank seberang sampai begitu mahal? Sudahlah itu, boleh pula diberikan jawatan lagi?

Macam mana rakyat akan didahului, dengan orang macam ini yang akan merancang ekonomi?

Cukuplah setakat ini.

Hasil Nukilan - Another Brick in the Wall!

Jumaat, 28 Ogos 2009

Berikan Peranan Sewajarnya Pada Tun Mahathir

  1. Apa pun alasan yg diberikan terhadap 7 kekalahan UMNO/BN kpd Pakatan Rakyat, amat tidak menyenangkan. Ahli UMNO terutamanya, sudah bosan dgn jawapan yg masih cuba menunjukkan UMNO sebenarnya masih kuat dan diterima rakyat.
  2. Terimalah hakikat, sokongan Melayu terhadap UMNO makin terhakis. Usahlah mempercayai sokongan palsu samada Melayu PAS @ PKR lagi. Mereka ini jika diberi benda, mereka ambil. Beri wang, mereka ambil, Minta undi, mereka cabut lari.
  3. Begitu juga dengan bekas ahli MCA & MIC, sebelum dapat peruntukan. sokong BN. Selepas dapat peruntukan, 'pergi jahanam BN'.
  4. Sudah sampai masanya pemimpin UMNO dan Komponen BN duduk semeja memperkatakan yg benar, komitmen parti masing2 dalam BN. Jika mana2 parti sudah tidak mempercayai dan sudah tiada komitmen dlm BN, maka secara ikhlas minta mereka meninggalkan BN. Jangan sekadar menjadi bebanan pada UMNO.
  5. Selama ini pun dalam setiap PRK, hanya UMNO menjadi 'pencacai'. Dimaki, dicaci oleh pembangkang, sedangkan parti lain (MCA,MIC & Gerakan) berpeluk tubuh. "Jangan menipu ahli UMNO lagi, kami melihat dan menilai tindakan anda".
  6. Kita sebenarnya lebih bimbang, kalau2 parti komponen ini ada agenda lain yg tersembunyi.
  7. Kepimpinan UMNO sepatutnya sedar bahawa sebahagian besar ahlinya dan orang Melayu dalam pembangkang masih menyanjung tinggi Tun Mahathir. Oleh itu fikirkanlah bagaimana hendak menggunakan populariti Tun, demi keuntungan pada UMNO. Kenapa harus malu ? Malu bertanya sesat jalan.
  8. Saya rasa Tun lebih sayangkan UMNO dan Melayu dari dirinya sendiri. Fikirkanlah jawatan yg sesuai dalam UMNO untuk diberikan pada beliau. Biarkan beliau merencana sendiri program yg perlu untuk menarik golongan muda kembali mendekati UMNO. Golongan muda memang masih mengahargai pemikiran Tun, oleh itu adakan sebanyak mungkin sesi wacana bersama Tun dengan golongan muda ini.
  9. Parti UMNO kena terus kuat, hanya parti inilah yg boleh diharap memperjuangkan nasib bangsa Melayu, agama Islam dan raja2 Melayu. Oleh itu dengarlah keluhan ahli2nya, mereka mahukan UMNO betul2 bersih. Jadi ketepikanlah mereka2 yg dilihat rasuah, mengamalkan politik wang, menyalah gunakan peruntukan dan sebagainya. Hanya dengan cara ini, barulah UMNO dilihat bersih.

Rabu, 26 Ogos 2009

Syabas Kak Ton



















Bersemangat tinggi. Tahniah UMNO Bahagian Pendang

(Gambar ini dipetik dari Teropong Perak Unmasked)

Terlalu Awal.......

  1. Keputusan PRK di Permatang Pasir, sepatutnya memberi pengajaran kepada ahli UMNO keseluruhannya. Namun bagi pelobi2 pilihanraya di Pendang terutamanya, mereka sudah pun mula melobi orang tertentu sebagai calon dalam PRU13 nanti.
  2. Nampaknya tugas pelobi2 ini tidak pernah habis, seolah2 merekalah paling berhak menentukan percaturan siapa bakal calon Parlimen Pendang, Dun Tokai dan Sg Tiang dlm PRU13 nanti.
  3. Kumpulan ini tidak segan/malu memperkatakan sesuatu yg tidak benar, demi meletakkan calon yg mereka bawa dalam kedudukan tertinggi. Ada pula mendakwa sudah berjumpa pihak tertinggi parti untuk meletakkan orang tertentu sebagai calon Parlimen dan sebagainya. Malah calon ini juga mendakwa direstui menteri tertentu dalam pertandingan G7 lalu.
  4. Kumpulan ini juga kononnya, sudah membincangkan peruntukan untuk memenangi kawasan yg bakal dipertandingkan. Ingat, wang bukan segala2nya. Dan wang juga bukan penentu kemenangan calon. Lihat saja calon Pas, adakah calon mereka membelanjakan terlalu banyak wang untuk menawan Parlimen Pendang? Jawapannya tidak, habis mengapa mereka menang ? Sama2 kita fikirkan.
  5. Nasihat saya kepada pelobi2 pilihanraya ini, jgnlah sampai ditertawakan orang. Masyarakat sudah pandai menilai yg mana benar, yg mana palsu.
  6. Bagi saya percaturan yg dibuat itu, masih terlalu awal. Berpolitik secara berpanjangan merugikan masa dan tenaga. Ini masanya untuk bekerja. Kalau benar kita cinta dan sayang parti, biarlah soal menjadi calon itu ditentukan oleh pihak tertinggi parti, bila tiba masanya nanti.
  7. Meminjam kata2 P.Menteri 'bekerjalah dulu'.....................

Ahad, 23 Ogos 2009

Bangkitlah Melayu

SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan semua kaum.

Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri.

Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa.

Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik sudah bermula.

Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi persekitaran politik yang makin membahayakan.

Dipetik dari: Mingguan Malaysia

ADUN PKR Keluar Parti

Dipetik Dari Mstar.


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.Perkara itu diumumkan beliau dalam satu sidang media di sini, hari ini.Mohammad Radzhi yang juga Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah bagaimanapun tidak meletakkan jawatan Exco itu dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.Beliau berkata, pelantikannya memegang portfolio itu dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Bagaimanapun katanya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau untuk melepaskan jawatan itu, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.Selain itu, pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan turut mengumumkan bahagian PKR Padang Serai dibubarkan.

P/s : Satu berita yg amat mengembirakan kita sebagai umat Melayu pada awal Ramadhan. Agenda Melayu perlu didahulukan walau apa keadaan pun. Tahniah YB Radhi.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Fasa Akhir Pengambilan Askar Wataniah.

  1. Hari Jumaat 21.08.09, mulai jam 8.30 pg yg lalu telah berlangsung peringkat akhir pengambilan askar wataniah parlimen Pendang. Bakal2 pelatih telah diperiksaan oleh 'medical team' dari wataniah sendiri.
  2. Sekiranya tiada apa2 halangan majlis angkat sumpah akan dilansungkan pada 04.09.09 nanti jam 8.30 pg, di Dewan UMNO Bahagian..
  3. Kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai askar wataniah ini, mereka masih lagi berpeluang dengan pergi sendiri ke Kem Wataniah Tok Jelai, Jitra.
  4. Maklumat lanjut sila tel: 019 4756120 (ku azizan ku Baharom: Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pendang)

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Datang Ramadhan AlMubarak.



















Kepada pembaca blog 'umnobahagianpendang.blogspot.com', dan seluruh warga Pendang saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK. Moga dibulan yg mulia ini kita semua dapat memenafaatkannya untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT.

Rabu, 19 Ogos 2009

Perjumpaan Tertutup Bersamaan TPM, Menginsafkan..




  1. Perjumpaan tertutup TPM, bersama kumpulan kami seramai 36 orang di Carcosa Sri Negara pada 18.08.09, tepat jam 5 ptg benar2 menginsafkan saya sebagai seorang Melayu.

  2. Apa tidaknya, apabila Tan Seri begitu bersungguh2 dan merayu kumpulan kami supaya sama2 memainkan peranan dan mencari jalan untuk memperkukuhkan semula UMNO, amat2 ikhlas dan rendah diri.

  3. Bagi Tan Seri, hanya UMNO saja yg benar2 memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Agama Islam. Beliau sempat membayangkan bagaimana sekiranya parti ini gagal dalam PRU13 nanti. Nasib orang Melayu dan agama Islam tidak akan terbela, kerana parti Melayu Islam lain seperti PKR dan PAS tidak mampu melindunginya.

  4. Parti PAS dan PKR, hanya menjadi pak turut kepada DAP. Parti tersebut hanya ingin berkuasa. Mereka tidak penting agenda Melayu. Hak Melayu dah banyak dikurangkan oleh PAS dan PKR. Jika mereka berkuasa hak2 itu pasti tidak dapat ditarik balik.

  5. Oleh sebab itulah beliau telah melabelkan Anwar Ibrahim sebagai 'pengkhianat' kepada orang Melayu, kerana beliau tahu perjuangan PKR akan menghapuskan apa yg telah diperjuangkan UMNO untuk orang Melayu sejak penubuhannya hingga kini, tanpa henti.

  6. Beliau terkilan tapi tidak kecewa kerana orang Melayu tidak mahu menilai kepentingan UMNO kerpada politik Melayu. Orang Melayu yg berpecah belah tidak mambantu. Kenapa Melayu tidak mengikut cara berpolitik kaum Cina? Walau apa pun parti mereka, perjuangan mereka hanya untuk kepentingan kaum Cina keseluruhannya.

  7. Menurut Tan Seri selepas tewas dlm PRU12 lalu, pelbagai perubahan telah dilakukan oleh UMNO. Tujuannya supaya UMNO yg telah berusia 63 tahun itu terus relevan dgn tuntutan masa.

  8. Cuma apa yg paling dikesalkannya ialah sikap Bahagian2 UMNO yg masih enggan menerima perubahan. Ketua2 Bahagian masih lagi mengikut 'feel' lama dan kebanyakkannya gagal memahami keperluan berubah itu. Oleh itu proses perubahan yg dilaungkan menjadi lambat.

  9. Satu perkara yg melegakan kami, apabila beliau menegaskan bahawa konsep 1Malaysia, tidak akan mengadaikan apa yg menjadi teras Perlembagaan Malaysia yg telah dipersetujui sekian lama. Malah One malaysia bukan 'Malaysian Malaysia' yg diperjuangkan DAP. Ianya lebih menjuruskan kearah kerjasama dan perpaduan rakyat Malaysia untuk mencapai cita2 negara secara bersama2. Tanpa perpaduan negara tidak akan maju.

  10. Walau pun banyak perkara lagi yg diperkatakan dan diperbincangkan, namun ianya tidak boleh dituliskan semuanya.

  11. Kesimpulannya, orang Melayu perlu bangkit jika tidak mahu apa yg ada, hilang dalam sekelip mata. Bila seseorang sudah biasa menikmati 'kemanisan darah' maka mereka perlukan lebih banyak darah. Itulah perumpamaan yg beliau kiaskan kepada kaum2 lain yg sudah menikmati kekuasaan, maka kekuasaan itu tidak akan dilepaskan.

  12. Oleh itu fikir-fikirkanlah...., wahai Melayu.

Selasa, 18 Ogos 2009

Tindakan Jantan SPRM

  1. Kita amat kecewa dengan kenyataan Ketua Pengarah Siasatan SPRM, Dato Shukri Abdull, bahawa SPRM akan membekukan semua siasatan rasuah membabitkan ahli politik.
  2. Kekecewaan ini bertambah lagi, bila mana mengetahui Dato Shukri berasal dari Daerah Pendang.
  3. Persoalannya mengapa perlu tunduk dengan tekanan pembangkang ?
  4. Sebelum ini pun sudah banyak ahli politik dikalangan BN yg didakwa oleh SPRM ( sebelum ini BPR) dan mereka tidak pernah menghalang tugasan SPRM. Contohnya Datuk Kasitah Gadam, beliau melalui proses soal siasat dan pendakwaan yg cukup lama sebelum dibebaskan.
  5. Namun apabila pihak pembangkang yg didakwa, maka pelbagai tekanan dan helah diberikan. Tragedi penahanan S/U exco kerajaan Selangor, amat mejelekkan, penuh dgn drama opera Cina yg melampau.
  6. Rakyat hendaklah ikhlas menilai tindakan oleh parti yg kuat mendesak ditubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat kes2 rasuah di Malaysia. Tapi apabila pihaknya yg terkena pelbagai halangan pula diwujudkan untuk menghentikan siasatan. Inikah keadilan ? Maksud keadilan bagi pembangkang, hanyalah yg memihak kepada mereka.
  7. Kita beterima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, yg berjanji akan meneruskan siasatan rasuah membabitkan ahli politik, tanpa menghiraukan tekanan, ugutan dan halangan. Ini baru tindakan Jantan...

Ahad, 16 Ogos 2009

Kenaikan Premium Insuran Motosikal Membebankan.

  1. Kenaikan harga barang tanpa kawalan tahun 2007 - 2008, menyebabkan kekalahan teruk BN dalam PRU12. Satu pengajaran sebenarnya,
  2. Terbaru, masyarakat dibebankan pula dengan kenaikan premium insuran motosikal yg terlalu tinggi dan tidak praktikal bagi pengguna motosikal yg berkuasa kuda kecil. Kenaikan hampir 400% itu amat membebankan, walau apa rasional pun diberikan syarikat insuran.
  3. Kerajaan seharusnya sedar kebanyakkan pengguna motosikal berkuasa kuda kecil adalah golongan berpendapatan rendah (150 cc kebawah). Malah ada yg menggunakan motosikal mencari pendapatan seharian. Contohnya penjual rojak, ice cream, putu mayung dan sebagainya. Agaknya berapa pendapatan mereka sebulan? Maka kenaikan premium yg kecil pun pasti membebankan mereka.
  4. Jangan kita lupa, kebanyakkan mereka ini adalah pegundi setia BN dan begitu menghargai jasa BN. Oleh itu sepatutnya mereka tidak dibebankan.
  5. Walau bagaimana pun, kita menyokong sekiranya kerajaan menggenakan premium yg berbeza (lebih tinggi) kepada motosikal yg CC nya lebih tinggi. Contoh motosikal 250CC ke atas. Mereka memang golongan berkemampuan. Atau pun, kerajaan boleh meningkatkan premium insuran kepada pengguna motosikal yg diimpot dari luar negara.
  6. Selayaknya merekalah yg patut membayar premium lebih tinggi, kerana mereka sememangnya golongan berpendapatan tinggi.
  7. Harapan saya, kerajaan sepatutnya mendengar rintihan golongan berpendapatan rendah. Mereka merupakan golongan terbanyak dalam masyarakat Malaysia. Jangan benarkan pembangkang menggunakan kumpulan ini dengan menjadikan isu premium ini dalam PRU13 nanti.
  8. Kerajaan boleh meminta Bank Negara mengkaji semula kebanaran syaraikat insuran menaikkan kadar premium dan menangguhkan dahulu sehingga kerajan membuat kajian menyeluruh kesan kenaikan kepada golongan berpendapatan rendah.
  9. Atas semangat 1Malaysia, saya amat berharap kerajaan membuat keputusan yg mengutamakan rakyat daripada syarikat insuran yg saban tahun mengaut keuntungan ratusan juta, walau pun premium tidak dinaikkan.

Selasa, 11 Ogos 2009

UMNO Pendang Kembali Sunyi

  1. Setelah selesai pertandingan G7, UMNO Pendang kembali sunyi, tiada lagi pertemuan tengah2 malam seperti minggu lalu. Ketua2 cawangan pun kembali normal kehidupan mereka. Tidak perlu bermuka2, tidak lagi perlu berlapik dalam tuturkata dengan pelobi2 calon yg dipuja dan kepada calon2 yg mereka suka atau tidak suka.
  2. Inilah kehidupan kita sepatutnya. Ikhlas dalam perlakuan dan perbuatan kita.
  3. UMNO menjadi lemah kerana kita berbohong kepadanya. Kita tidak jujur memperkatakan perkara sebenar dan nyata.
  4. Berbalik kepada G7, berakhirnya pemilihan ini, seolah-olah sudah berakhirlah peranan orang2 yg bertanding. Sepatutnya tidak begitu, pemenang G7 seperti Cg Kamal, Dato' Osman, Najamudin, Basiron, Talib Awang, Abdullah Bahari dan Razak Khamis adalah nama2 besar yg sepetutnya memainkan peranan untuk meningkatkan kembali populariti UMNO di kalangan orang2 Melayu. Pendek kata, selalu2lah nampak muka.
  5. Sudah tiba masanya mereka menyumbang sesuatu kepada UMNO, kerana saban tahun nama2 ini tersenarai sebagai pemenang G7. Mereka tidak sepatutnya meminggirkan diri. Apabila mereka mengambil keputusan bertanding, bermakna hasrat untuk menyumbang kepada parti masih ada. Silakan. Bagi kami, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
  6. Malah saya sebagai orang yg turut mencalonkan mereka merayu supaya mereka ini beperanan lebih besar di Pendang. Bukan selepas meraih kemenangan dengan pelbagai janji, hilang dari pandangan mata. Nanti musim pertandingan pula, baru nampak muka.
  7. Amalan ini tidak baik untuk parti. Sumbangan mestilah beterusan, bukan setakat masa pertandingan, gula2 ditaburkan.
  8. Pintu pejabat UMNO terbuka untuk anda sekelian, pulanglah kalau benar2 ingin menyumbang...... bukan sekadar cakap2 di belakang.

Rabu, 5 Ogos 2009

Taklimat & Pengambilan Wataniah makin hampir,

  1. Kepada pemuda pemudi yg berusia antara 18 thn hingga 41 thn daripada semua bangsa daerah Pendang, anda semua dijemput menghadiri satu Taklimat & Pengambilan askar simpanan wataniah Daerah Pendang pada 08.08.09 jam 9 pagi.
  2. Taklimat & Pengambilan ini akan dibuat oleh askar wataniah dari Kem Tok Jelai sendiri.
  3. Sekiranya anda berminat dengan pasukan beruniform, silalah rebut peluang ini.

Isnin, 3 Ogos 2009

Tahniah G7

  1. Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada semua pemenang G7 , UMNO Bahagian Pendang. Merekalah paling layak mewakili bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO di K.Lumpur nanti. Hormati pemilihan ini dengan mengikuti sepenuhnya perbahasan di PWTC nanti. Carilah idea2 baru untuk dijadikan bekalan dan panduan untuk memajukan lagi UMNO Bahagian, bila pulang nanti. Jangan sekali2 mengkhianati undi perwakilan terhadap anda.
  2. Kepada pemenang 'tulen' kita ucapkan tahniah berganda2 diatas kejayaan anda.
  3. Berbalik kepada mesyuarat bahagian, saya amat tersentak dengan tuduhan perwakilan bahagian rasau. Kenyataan bahawa Biro Pendidikan, tidak membantu pemulihan UMNO Pendang adalah tuduhan tidak berasas, bermotif dan mempunyai agenda tersembunyi. Tuduhan ini tidak mempunyai asas, kerana beliau sendiri pun tidak hadir pada masa program itu dan tidak merasai suasananya. Oleh itu, bagaimana beliau boleh memberi pandangan? Tuduhan itu hanya dengar cakap. Maksudnya fitnah.
  4. Saya bukan tidak boleh menerima teguran, tetapi teguran itu biarlah bersumber sahih dan benar.
  5. Jika penilaiannya begitu, kenapa pula ada pembahas lain dari Bendang Tani yg mengaku sudah 30 tahun tidak terlibat dlm mesyuarat UMNO Bahagian, begitu menyanjung Biro Pendidikan kerana berjaya menarik golongan muda mengikuti program UMNO ? Contoh yg diberikan beliau semasa program 'Pendidikan dan Kerjaya' begitu menyumbang kepada para belia memilih jurusan yg sesuai dengan kelulusan. Malah beliau menyarankan biro pendidikan ini digabungkan dengan biro sosial demi meluaskan lagi skop program biro pendidikan.
  6. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd Dato' Ketua bahagian, kerana menghargai sumbangan Biro Pendidikan menganjurkan program. Malah melabelkan biro ini sebagai 'super active'. Biro paling berkesan. Beliau turut menjawab dan menjelaskan semua tuduhan wakil cawangan Rasau. T.kasih Dato'
  7. Saya juga cukup kesal kiranya tuduhan dan kecaman beliau ini mempunyai niat jahat terhadap saya. Kenapa perlu takut dengan bayang-bayang. Saya hanya AJK Bahagian dan pengerusi Biro yg ingin membantu memulihkan sokongan kepada UMNO. Jangan hanya kita hendak 'membawa' orang2 tertentu, kita buruk2kan yg lain. Seperti yg saya kata kan bertandinglah secara sihat. Menang atau kalah, adalah sesama kita.
  8. Bukan cara mengutuk dan mengecam ahli yg cuba berbakti. Sesiapa saja yg ingin membantu memulihkan UMNO kita alu2kan.
  9. Sekiranya beliau mempunyai niat untuk 'melemahkan semangat' saya, andaian itu silap. Saya akan tetap menganjurkan lagi program yg boleh membantu masyarakat saya dan anak ahli parti saya selagi termampu. Lagi pun saya sudah berjanji selagi penggal saya belum berakhir saya akan sentiasa memikirkan lain2 program yg boleh disumbangkan kepada masyarakat Pendang.
  10. Akhir kata, kepada perwakilan G7, selamat mengikuti persidangan.