- Keputusan PRK di Permatang Pasir, sepatutnya memberi pengajaran kepada ahli UMNO keseluruhannya. Namun bagi pelobi2 pilihanraya di Pendang terutamanya, mereka sudah pun mula melobi orang tertentu sebagai calon dalam PRU13 nanti.
- Nampaknya tugas pelobi2 ini tidak pernah habis, seolah2 merekalah paling berhak menentukan percaturan siapa bakal calon Parlimen Pendang, Dun Tokai dan Sg Tiang dlm PRU13 nanti.
- Kumpulan ini tidak segan/malu memperkatakan sesuatu yg tidak benar, demi meletakkan calon yg mereka bawa dalam kedudukan tertinggi. Ada pula mendakwa sudah berjumpa pihak tertinggi parti untuk meletakkan orang tertentu sebagai calon Parlimen dan sebagainya. Malah calon ini juga mendakwa direstui menteri tertentu dalam pertandingan G7 lalu.
- Kumpulan ini juga kononnya, sudah membincangkan peruntukan untuk memenangi kawasan yg bakal dipertandingkan. Ingat, wang bukan segala2nya. Dan wang juga bukan penentu kemenangan calon. Lihat saja calon Pas, adakah calon mereka membelanjakan terlalu banyak wang untuk menawan Parlimen Pendang? Jawapannya tidak, habis mengapa mereka menang ? Sama2 kita fikirkan.
- Nasihat saya kepada pelobi2 pilihanraya ini, jgnlah sampai ditertawakan orang. Masyarakat sudah pandai menilai yg mana benar, yg mana palsu.
- Bagi saya percaturan yg dibuat itu, masih terlalu awal. Berpolitik secara berpanjangan merugikan masa dan tenaga. Ini masanya untuk bekerja. Kalau benar kita cinta dan sayang parti, biarlah soal menjadi calon itu ditentukan oleh pihak tertinggi parti, bila tiba masanya nanti.
- Meminjam kata2 P.Menteri 'bekerjalah dulu'.....................
Rabu, 26 Ogos 2009
Terlalu Awal.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan