Ahad, 26 Julai 2009

Persidangan UMNO Bahagian Makin Hampir......

  1. UMNO Bahagian Pendang akan bermesyuarat pada, 1 hb Ogos 2009 , jam 3.00 ptg. Hanya tinggal 5 hari lagi.
  2. Persidangan kali ini pada sesetengah pihak menganggapnya tidak begitu penting, kerana tiada pemilihan ketua bahagian. Itu hanya anggapan.
  3. Namun hakikatnya, persidangan kali ini amat-amat penting, kerana melalui persidangan kali inilah para perwakilan berpeluang membahaskan pelbagai isu yg dirasakan perlu untuk dibangkitkan tanpa gangguan pemilihan.
  4. Maksudnya pembahasan usul dapat dipanjangkan.
  5. Disamping itu perwakilan juga berpeluang membahaskan soal perlembagaan parti yg akan dipinda sehinggalah kepada isu2 terpencil, boleh juga dibangkitkan untuk jawapan daripada Ketua bahagian dan barisan kepimpinannya.
  6. Demi pemulihan parti, saya menjemput pembahas2 supaya membangkitkan apa saja kepincangan parti, untuk diperbetulkan. Jangan gentar untuk berkata benar demi kebaikan. Sayangkan anak tangan2kan. Luahkan apa yg terpendam. Janganlah memuji-muji tiada ketentuan. Hemburkan apa saja, yg difikirkan baik untuk parti. Pahit itu penawar.
  7. Kepada calon2 G7, bertandinglah dengan semangat muhibah. Menang kalah, adat pertandingan. Jangan memburuk2 kawan tanpa kebenaran. Sedarlah pertandingan ini hanyalah pertandingan dalaman. Pertandingan adik beradik.
  8. Berkempenlah ikut kemampuan anda, tetapi jangan lupa kita semua Ahli UMNO.............

Selasa, 21 Julai 2009

Setiap Isu Perlukan Penjelasan

  1. Biro Penerangan merupakan nadi penting dalam organisasi politik di Malaysia. Dalam UMNO, ketua penerangannya merupakan seorang yg petah berkata2, bijak menganalisa dan pandai menghuraikan sesuatu persoalan secara matang, jelas dan terang. Tahniah YB Ahmad Maslan.
  2. Di kala banyak isu ditimbulkan oleh pihak pembangkang dan banyak pula isu2 itu dipolitikkan, maka peranan ketua penerangan makin mencabar. Penjelasan terhadap isu2 ini pula sudah tentu memakan masa dan tenaga. Kasihan Ahmad Maslan.
  3. Bersebab itulah, maka setiap UMNO Bahagian seluruh Malaysia diwujudkan Ketua Penerangan Bahagian. Tujuannya ialah membantu Ketua Penerangan memberi penjelasan kepada penyokong2 parti agar mereka tidak dapat dipesongkan dengan fakta yg salah.
  4. Kalau kita melihat isu2 besar yg sedang dipolitikan termasuklah;
  • PPSMI
  • SPRM
  • Perlembagaan Negara
  • Ketuanan Melayu
  • Pengahapusan DEB
  • 1 Malaysia
  • liberalisasi sub sektor dalam ekonomi
  • biasiswa dan sebagainya.
  1. Isu-isu ini tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa penjelasan yg sewajarnya, kerana ada diantara isu-isu itu telah menimbulkan kemarahan penyokong UMNO sendiri. Mereka melihat seoalah-olah UMNO tidak memperjuang agenda Melayu lagi, dan tunduk kepada tuntutan kaum bukan Melayu. Saya bimbang jika perkara ini diambil perhatian sambil lewa sahaja, ia akan menjejaskan parti.
  2. Di Pendang contohnya, telah timbul pelbagai surat layang, akibat kurangnya penjelasan terhadap sesuatu isu yg ditimbulkan. Terbaru, semasa berlangsungnya persidangan agung pemuda, puteri dan wanita telah muncul satu lagi surat layang yang tidak enak bila dibaca.
  3. Kenapa orang2 ini menulis surat layang? Jawapannya mudah, kerana mereka tidak dicerita perkara sebenar kaedah mendaftar kontraktor dan cara pembahagian projek.
  4. Akibatnya seluruh AJK UMNO Bahagian dilibatkan. Dituduh korup dan pentingkan diri sendiri. Adilkah kepada AJK yg tidak langsung terlibat dalam soal pembahagian kontrak dan mendapat kontrak.
  5. Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.
  6. Jesteru saya merayu supaya Biro Penerangan UMNO Bahagian seluruh negeri Kedah mengambil serius soal ini. Bergeraklah, jangan tunggu isu remeh menjadi barah. Ia pasti membunuh.
  7. Oleh itu saya menyeru Biro Penerangan UMNO Bahagian Pendang khususnya, ambil pendekatan yg proaktif. Responsiflah terhadap apa saja isu yg timbul di bahagian . Buatlah penjelasan segera, demi penguasaan semula parti kita

Ahad, 19 Julai 2009

Majlis Pelancaran 'CERDIK'

Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di bawah Biro Pendidikan UMNO Negeri Kedah akan melancaran penubuhan Jawatankuasa Kecemerlangan Pendidikan Negeri Kedah atau singakatannya 'CERDIK' pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 24hb Julai 2009
Masa : 9 pg
Tempat: SK Wawasan Taman Aman, Anak Bukit.

Perasmiannya akan dilakukan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Rasional penubuhan CERDIK ini antaranya adalah, untuk mengatasi kekangan yg wujud untuk UMNO menganjurkan program diperingkat sekolah, terutamanya dalam penganjuran program berbentuk pendidikan.

Dengan penubuhan CERDIK, diharapkan objektif berikut dapat dicapai.
1. untuk menjadikan sekolah sebagai salah satu pusat komuniti masyarakat yg utama
2. menjadikan CERDIK sebagai jambatan kepada para ibu bapa dan guru.
3. memantapkan hubungan para pemimpin UMNO dengan para murid dan pelajar.

Adalah menjadi harapan agar penubuhan CERDIK ini akan mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap UMNO. Diharapkan juga semoga para guru, akan diberi peranan yg sewajarnya dalam program yg bakal dianjurkan nanti.
Kita mengerti, sokongan guru terhadap UMNO makin merosot, oleh itu dengan menempatkan mereka dengan peranan yg sesuai dijagka dapat menambat semula hati mereka yg bergelar 'guru' ini.




Ahad, 12 Julai 2009

Askar Simpanan Wataniah Di Pendang.

  1. Umno Bahagian menjemput semua warga Pendang yang mempunyai kelayakkan dan berminat untuk menjadi askar simpanan Wataniah ke majlis taklimat dan pengambilan seperti ketetapan berikut.
Tarikh : 8 hb Ogos 2009
Masa : 9.00 pg
Tempat : Dewan UMNO Bahgian Pendang.
  1. Oleh kerana pengambilan akan dibuat pada hari itu juga, anda diminta membawa bersama perkara2 seperti berikut.
  • Salinan kad pengenalan 3 salinan
  • Sijil lahir 3 salinan
  • Sijil tamat sekolah 3 salinan
  • Sijil Kelulusan Akademik (PMR keatas) 3 salinan
  • Gambar ukuran paspot (baju berkolar) 4 keping
  • Pen mata bulat warna hitam shj
  • Berumur 18 thn - 40 thn lelaki dan wanita dari semua bangsa.
2. Borang permohonan boleh didapati di pejabat UMNO bahagian mulai 20 hb Julai 2009.
3. Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan sila hubungi saya Ku Azizan Ku
Baharom 019 - 4756120 ( Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pendang)

Khamis, 9 Julai 2009

Wayang PAS -DAP Kedah

  1. DAP kembali menyertai PR di Kedah, selepas beberapa hari lantang mengkritik kepimpinan PAS, terutama Dato Azizan (MB Kedah).
  2. Jika kita sempat menilai kenyataan Thomas Su (Orang Kuat DAP Utara), DAP tidak mungkin akan menyertai semula PR. Namun itu hanya kenyataan kosong. Umpama tong kosong, bunyinya kuat dalamnya kosong.
  3. Dan seperti kenyataan saya sebelum ini, pertelingkahan itu hanyalah sandiwara dan juga satu strategi untuk mempopularkan MB Kedah sendiri.
  4. Sudah lama MB Kedah tidak ada publisiti besar selepas PRU. Namanya makin tenggelam, dikalangan pemimpin besar PAS yang lain. Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk mempromosikan dirinya.
  5. Apabila MB dikritik baru2 ini ramai orang Melayu menyokong beliau, malah ahli2 UMNO sendiri turut menyatakan sokongan kepadanya.
  6. Dato Azizan dan DAP sedar, Kedah juga majoriti Melayu. Oleh itu sokongan Melayu amat penting kepada PAS. DAP & PAS sedar, UMNO sedang mengalami proses pemulihan. Kembalinya sokongan Melayu kepada UMNO bermakna PAS tidak ada harapan untuk menang dalam PRU 13 nanti.
  7. Dalam isu Kedah ini kita tidak tahu siapa dipergunakan siapa. Tapi bagi saya, DAP sebenarnya membaca skrip yg sudah ditulis untuk dibaca. Bukan soal babi. Babi boleh diimpot dari P.Pinang.
  8. Jadi kenapa jadi isu?
  9. Itulah politik, sekali sekala perlu timbulkan isu untuk mempopularkan parti.

Isnin, 6 Julai 2009

Kg Cina & Pusat Sembelihan Babi

  1. Tahniah kepada MB Kedah kerana pandai memilih tempat untuk dijadikan pusat sembelihan babi yg baru, Kg Cina.
  2. Penggundi PAS, sepatutnya mengalu-alukan hadiah Dato' Azizan kepada mereka di Parlimen Pendang. Ini merupakan industri baru bagi penduduk disini. Nanti mudahlah penggundi2 PAS mencari pekerjaan dalam industri ini.
  3. Tetapi bagi UMNO, pemilihan Kg Cina sebagai lokasi baru sembelihan babi ini, harus difikirkan secara kritikal. Ini kerana Kg Cina itu berada dalam DUN Sg Tiang. yang tidak pernah dimenangi oleh PAS pada setiap kali pilihanraya.
  4. Pemilihan Kg Cina, sebenarnya penuh dengan tipu helah oleh MB Kedah. Ini bukan kawasan majoriti masyarakat Cina. Penduduk sebenar disini ialah orang Melayu dan Siam.
  5. Oleh itu mengapa pilih Kg Cina?
  6. Sekiranya pemilihan tapak baru ini, tidak mendapat bantahan penduduk2 Pendang, ini bermakna pemerintahan PAS mendapat restu rakyat Kedah. Dan ia juga merupakan petanda baik bagi PAS, dalam mengaharungi PRU 13 nanti.
  7. Berdasarkan andaian ini, jelas hasrat PAS untuk menawan Sg Tiang sudah pun bermula.
  8. Namun strateginya tidak menjadi.
  9. UMNO perlu mengambil kesempatan daripada tindakan bodoh PAS ini untuk melonjak semula. Momentum rakyat ketika ini menyebelahi UMNO.
  10. Tunggu apa lagi.... ayuh bekerja.

Khamis, 2 Julai 2009

Felda Bertaraf Dunia

KUALA LUMPUR 1 Julai - Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) yang berperanan mengembangkan sayap perniagaan Felda ke luar negara dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dengan visi untuk menjadi sebuah kumpulan perniagaan pertanian multi-crop, Felda Global merancang untuk membuat pelaburan melebihi RM6 bilion dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Tahniah kepada pengurusan felda dan warga felda seluruh Malaysia, kerana anda berada dalam satu pertubahan yang bertaraf dunia.

Rabu, 1 Julai 2009

Nama Besar G7 Bahagian Pendang

  1. UMNO Bahagian Pendang akan bersidang pada 01.08.09 nanti. Lebih kurang 1 bulan lagi.
  2. Bagi perwakilan ke mesyuarat UMNO Bahagian, masa satu bulan itu masih terlalu panjang. Tapi bagi calon2 yg menawarkan diri untuk bertanding G7, masa itu sudah terlalu amat singkat.
  3. Cuba tuan2 bayangkan bagaimana mereka terpaksa melawat ke 199 cawangan UMNO Bahagian Pendang untuk merayu undi. Maksudnya dalam tempoh masa 1 bulan itu, dalam sehari mereka terpaksa melawat 6 cawangan secara purata. Amat memenatkan.
  4. Namun pernyataan diatas hanyalah untuk calon2 atau muka2 baru yg ingin menawarkan diri. Bagi calon2 yg sudah 'establish' tindakan ini bukan lagi kemestian. Mereka boleh memanggil ketua2 cawangan untuk berjumpa dimana sahaja. Dan panggilan ini pasti akan bersambut.
  5. Bagi UMNO Pendang nama2 besar ini memang sudah dikenali, dan ketua2 cawangan pun sudah terlalu lebih mengenali mereka.
  6. Cumanya kali ini, ketua2 cawangan perlu lebih teliti dan membuat perkiraan semasak-masaknya sebelum memberi undi. Fikirkan masa depan UMNO Bahagian. Undi anda amat bernilai. Lihatlah perkembangan sekeliling , negeri dan negara kita.
  7. Bangsa dan parti kita perlukan perubahan, oleh itu berubahlah UMNO Bahagian Pendang. Jangan kita masih ditakuk lama, menganggap pemilihan ini tidak mempunyai apa2 makna. Just utk suka2. 'Berani Berubah'