- DAP kembali menyertai PR di Kedah, selepas beberapa hari lantang mengkritik kepimpinan PAS, terutama Dato Azizan (MB Kedah).
- Jika kita sempat menilai kenyataan Thomas Su (Orang Kuat DAP Utara), DAP tidak mungkin akan menyertai semula PR. Namun itu hanya kenyataan kosong. Umpama tong kosong, bunyinya kuat dalamnya kosong.
- Dan seperti kenyataan saya sebelum ini, pertelingkahan itu hanyalah sandiwara dan juga satu strategi untuk mempopularkan MB Kedah sendiri.
- Sudah lama MB Kedah tidak ada publisiti besar selepas PRU. Namanya makin tenggelam, dikalangan pemimpin besar PAS yang lain. Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk mempromosikan dirinya.
- Apabila MB dikritik baru2 ini ramai orang Melayu menyokong beliau, malah ahli2 UMNO sendiri turut menyatakan sokongan kepadanya.
- Dato Azizan dan DAP sedar, Kedah juga majoriti Melayu. Oleh itu sokongan Melayu amat penting kepada PAS. DAP & PAS sedar, UMNO sedang mengalami proses pemulihan. Kembalinya sokongan Melayu kepada UMNO bermakna PAS tidak ada harapan untuk menang dalam PRU 13 nanti.
- Dalam isu Kedah ini kita tidak tahu siapa dipergunakan siapa. Tapi bagi saya, DAP sebenarnya membaca skrip yg sudah ditulis untuk dibaca. Bukan soal babi. Babi boleh diimpot dari P.Pinang.
- Jadi kenapa jadi isu?
- Itulah politik, sekali sekala perlu timbulkan isu untuk mempopularkan parti.
Khamis, 9 Julai 2009
Wayang PAS -DAP Kedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan