Isnin, 29 Jun 2009

'Organise'kan Program Bahagian

  1. UMNO Bahagian Pendang sebenarnya masih aktif. Banyak program2 yg telah dilancarkan. Tujuannya hampir sama, iaitu mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti keramat kita.
  2. Walau pun nawaitu setiap program yg dianjurkan itu baik, namun adakah objektifnya tercapai? Kenapa pula saya bertanya begitu?
  3. Cuba ahli-ahli UMNO bayangkan pada 26 & 27 hb Jun 2009 baru-baru ini sahaja pelbagai program UMNO Bahagian telah berlangsung. Antara program yang saya maklum berlangsung pada hari itu ialah,
  • Pameran Kerjaya Beruniform anjuran Biro Pendidikan
  • Program Berbasikal Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian ke Bukit Perak
  • Program Bola Jaring anjuran Pergerakan Puteri Bahagian
  • Mesyuarat Y2Y, belia
  1. Oleh itu UMNO boleh berbangga dengan jumlah penganjuran programnya. Tetapi apabila program yg dilaksanakan itu, hanya sekadar kosmetik. apakah hasilnya?
  2. Jawapannya mudah "walhasil balik asal' @ 'pi mai pi mai tang tu'.
  3. Sepatutnya program yg begitu banyak boleh dilaksanakan dalam 1 bulan. Maknanya 1 minggu satu program. Wang tidak dibazirkan, objektif program lebih mudah tercapai.
  4. Caranya mudah, bahagian sepatutnya menpunyai 'yearly planner' untuk program-program UMNO. Setiap minggu atau bulan dibenarkan hanya satu program bahagian.
  5. Cara ini barulah mudah kita menarik masyarakat ke program UMNO. Siapa yg untung kalau program yg dianjurkan itu berjaya? UMNO.
  6. Yang penting janganlah dijadikan 'bisikan jahat', dikalangan ahli UMNO bahawa program yg dianjurkan oleh mana2 biro untuk mempopularkannya. Oleh itu tidak perlu diberikan sokongan. Jikalau kita masih mempunyai agenda busuk hati, sampai bila pun UMNO akan menghadapi masalah.
  7. Ingatlah tidak semua orang mempunyai agenda, setengahnya ikhlas untuk memperkasakan semula parti kita.

Rabu, 24 Jun 2009

Kedatangan yang dinanti..

  1. Saya ada menerima jemputan dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah ke majlis 'Sepagi Bersama YABHG Tun Dr Mahathir b. Mohamad. Majlis itu akan berlangsung pada 22hb Jun 2009, di Dewan Persidangan Ting 8 Bangunan Tunku.
  2. Jemputan sebegini memang sudah lama saya nanti.kan Lama sangat UMNO Negeri tidak menganjur program berbentuk diskusi dengan tetamu yg amat berpengalaman dalam politik Malaysia dan antarabangsa.
  3. Di harap dengan kedatangan Tun, beberapa persoalan yang menganggu sanubari orang Melayu Islam dapat dirungkaikan. Masalah ini sebenarnya sudah semakin membarah dihati orang Melayu.
  4. Selamat datang Tun, umpama sirih pulang ke gagang.

Khamis, 18 Jun 2009

Budaya Lapok

  1. Bangsa bertamadun ialah bangsa yang berbudaya. Tingginya sesuatu tamadun juga diukur kepada ketinggian budayanya. Malah budaya juga menunjukkan sesuatu bangsa.
  2. Kalau kita melihat budaya orang Melayu, ianya sungguh indah dan cukup harmoni. Malah orang Melayu terlalu bertoleransi, melankolik dan terlalu bernostalgia.
  3. Sifat ini terbawa2 dalam cara berpolitik orang Melayu (UMNO). Antara yg ketara dan jelas kelihatan ialah politik terlalu 'menjaga hati'.
  4. Dalam politik UMNO sendiri pun, demi 'menjaga hati', ahli-ahlinya tidak meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu. Walau pun individu itu, sudah pun tercemar.
  5. Ini dapat dilihat pada setiap kali pemilihan, budaya lapok ini tetap diutamakan. Ketua-ketua cawangan jarang mempedulikan latarbelakang dan sumbangan calon kepada bahagian @ parti. Asal calon itu mempunyai hubungan baik dengan mereka, maka calon itu baik dan sesuai dipilih.
  6. Budaya seperti ini tidak membawa kebaikan kepada orang Melayu (UMNO). Kerana ketua2 cawangan tidak menggunakan undi mereka pada calon yg sesuai untuk mana2 peringkat kepimpinan. Lebih dahsyat ada pemimpin yg diangkat tidak mampu bekerja atau menyumbang khidmat. Ini yg menyedihkan. Dan padahnya, parti kita ditolak.
  7. Siapa yg patut dipersalahkan? Ketua cawangan yg berkuasa memilih atau calon yg dipilih oleh ketua cawangan. Tuan2 sendiri berikan jawapan.
  8. Budaya 'menjaga hati' ini bukan setakat dalaman UMNO sahaja, dengan parti komponen pun kita mempraktikkan budaya yg sama.
  9. Amat menyedihkan apabila parti kita ditolak oleh komponen, kita masih terpaksa 'menjaga hati' mereka.
  10. Adakah mereka menjaga hati kita?. Tidak. Habis kenapa kita perlu menjaga hati mereka? Sebabnya budaya kita begitu...

Rabu, 17 Jun 2009

G2 & G7

  1. Mesyuarat cawangan dan pemuda cawangan makin hangat. Kehangatan itu ditambah pula dengan pemilihan calon-calon G2 & G7.
  2. Bagi pemuda, pemilihan wakil Bahagian ke persidangan pemuda UMNO Malaysia (G2) lebih mudah, kerana pemuda bahagian sudah menetapkan calon untuk ke Kuala Lumpur iaitu Sdr Fakhrolrozi dan Sdr Sayuti. So, tahniah kita ucapakan kepada mereka berdua. Moga2 dengan pemilihan ini diharapkan mereka akan berusaha untuk memajukan lagi pemuda bahagian pendang ke tahap yg lebih baik.
  3. Tapi bagi cawangan, pemilihan wakil bahagian (G7) ke Kuala Lumpur berlaku persaingan. Ini berdasarkan jumlah calon yg menawarkan diri agak ramai. Sekarang sudah ada ketua2 cawangan yg menerima panggilan telefon dari calon2 yg menawarkan diri supaya mencalonkan mereka sebagai calon G7.
  4. Walau banyak mana sekali pun calon G7 yg menawarkan diri untuk bartanding, ianya bukan satu masalah. Malah, ia merupakan sesuatu yg sihat dalam UMNO. Cuma apa yg mereka perlu sedar, bertandinglah cara yg sihat. Tak perlulah memburukkan rakan2 sesama UMNO kita. Tak perlulah mengeluarkan wang untuk mendapatkan tempat. Itu bukan tabiat yg baik. Malah tindakan sebegitu boleh menguntungkan pembangkang yg tak perlu bersusah payah mencari kesalahan ahli2 UMNO.
  5. Dengar cakap, Dato' Osman dan Sdr Najamudin dah comfirm bertanding. Tahniah kerana berani menawarkan diri.
  6. Cuma kepada sesiapa yg terpilih nanti, pergilah ke persidangan dengan penuh tanggungjawab. Bawa pulang idea2 baru. Majukan UMNO pendang kita ke tahap yg lebih tinggi.
  7. Tetapi jikalau mereka yg terpilih nanti, sekadar menjadi 'penumpang'. Hentikanlah niat untuk bertanding itu. Insaflah, perjuangan kita menuntut pengorbanan. Jangan hanya mabuk untuk bertanding, tetapi tiada objektif jelas tujuan masuk bertanding.
  8. Kepada ketua2 cawangan, inilah masanya anda menggunakan kuasa memilih anda. Gunakanlah sebaiknya. Fikirlah semasak-masaknya siapakah pilihan hati anda. Jangan memilih atas faktor emosi lebihkan faktor akal budi. Ditangan anda pemimpin ditentukan.

Isnin, 15 Jun 2009

Mohon Dengar Rintihan Cawangan......

  1. Minggu ini dan seterusnya merupakan minggu2 yg sibuk bagi ketua-ketua cawangan untuk menyediakan minit mesyuarat dan laporan kewangan tahun lalu. Penyedian butiran tersebut adalah sesuatu yg mesti, pada mesyuarat kali ini. Nampaknya ketua2 cawangan ini menghadapi kesukaran dalam menyediakan semua keperluan mesyuarat diatas. Walau susah, saya harap mereka bersabar dan cubalah sedaya upaya. Alah bisa tegal biasa.
  2. Sebagai AJK Bahagian, saya juga telah diarah untuk menyelaras mesyuarat cawangan2 di bawah seliaan saya.
  3. Dikebanyakkan cawangan seliaan saya, ketua2 cawangan telah menyuarakan pelbagai rintihan dan bebanan yg terpaksa mereka tanggung untuk mengembalikan sokongan ahli parti, selepas kekalahan terburuk BN dalam PRU 12.
  4. Bagi mereka, ahli UMNO peringkat cawangan sudah hilang semangat perjuangan dan tidak bermaya. Mereka mempertikaikan pemimpin2 UMNO diperingkat Bahagian yg masih lagi tidak mempunyai hala tuju yg jelas untuk memulihkan UMNO Bahagian.
  5. Disaat-saat ini mereka mahukan kepimpinan bahagian turun padang untuk memulih semula semangat perjuangan yg makin luntur ini. Mereka juga mempersoalkan, dimanakah pemidato hebat yg mengegarkan PWTC? Kenapa tidak melihat kelemahan tempat sendiri yg perlu dipulihkan?
  6. Saya sendiri tidak dapat menjawab persoalan dan rintihan mereka, cuma saya mampu merayu, supaya rintihan dan keluhan mereka segera diberi perhatian. Parti pembangkang sudah menghidu kelemahan kita..........

Sabtu, 13 Jun 2009

Haji Hadi Di Desak Mohon Maaf..

  • Haji Hadi didesak oleh Karpal Singh supaya memohon maaf kepada DAP & PKR, berhubung kerajaan perpaduan oleh PAS. Menurut Karpal lagi sikap Hj Hadi yang membelakangkan kerjasama PR adalah perbuatan yang memalukan.
  • Sementara itu Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan supaya tidak mempertikaikan kuasa raja2 Melayu dan kuasa Yg Di Pertuan Agong, kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
  • Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat sedang membuat tinjauan pendapat secara terbuka diblognya, samada wajar MCA keluar daripada BN ? Hasilnya 78.1% bersetuju untuk keluar dan hanya 21.9% bersetuju untuk kekal. Adakah tinjauan ini berbentuk ugutan kepada UMNO, dikala parti orang Melayu ini sedang ditekan hebat oleh pembangkang?
  • Pada masa yg sama Lee Kuan Yew sibuk mengadakan lawatan bernostalgia beliau di Malaysia. Apakah motifnya? disaat kaum Cina mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan ketuanan Melayu.
  • Persoalannya adakah soal mempertahan hak-hak melayu dan bumiputera ini hanya dimainkan oleh Raja2 Melayu dan pemimpin UMNO sahaja. Kemanakah perginya suara NGO Melayu sekarang. Kenapa diam seribu bahasa?

Isnin, 8 Jun 2009

Attacking Is The Best Defence

  • UMNO Pendang perlu melakukan muhasabah diri mengapa ianya kurang mendapat sokongan rakyat dan ini pernah dinyatakan berkali-kali oleh ramai pihak.
  • UMNO Pendang perlukan ‘blood transfusion’. Diharap dengan suntikan darah baru dapat memberikan tenaga dan kesegaran baru untuk menghadapi fasa baru yg lebih mencabar.
  • Adalah menjadi tanggungjawab utama pemimpin UMNO Bahagian untuk mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap dan perlakuan rakyat Pendang agar kembali menyokong perjuangan parti dan negara dalam pilihanraya yang ke 13.
  • Pendekatan defensif atau mempertahankan diri tidak akan membawa kemenangan. Yang penting UMNO cepat sedar terhadap kelemahan dan memperbaikinya segera dan bukannya bersedih-sedih untuk sekian lama tanpa mengambil apa-apa tindakan. Sekali kalah pilihanraya yang ke 12 sudah seperti negara di langgar garuda !!. Sunyi sepi.
  • Seperti saya kata sebelum ini, masanya UMNO dan BN melakukan pendekatan aggresif. Kita belum kalah total. ‘Attacking is the best defence’. UMNO perlu menilai semula sikap baiknya kpd semua Melayu. Kerana bukan semua Melayu menyokong UMNO. Nilai semula kakitangan kerajaan yg menyokong ideologi pembangkang, apakah sesuai mereka diberi jawatan, berbanding kakitangan yg lantang menyokong dan mempertahankan UMNO.

  • Strategi pembangkang ternyata berkesan sebab mereka menyerang dan terus menyerang dari semua posisi dan sudut. UMNO tidak sempat bernafas untuk menjawab. Institusi-institusi penting negara seperti Kehakiman, Polis dan SPR sudah dikunci mati oleh Anwar dengan menghilangkan kepercayaan rakyat kepadanya. Bukan semua tuduhan betul, tapi rakyat mempercayainya. Inilah politik.

  • Beberapa bulan lalu, terlalu banyak ‘political drama’ yang kita tonton sehinggakan rakyat sudah mulai rasa muak dan jijik.
  • Dalam sejarah kemerdekaan negara ini, tidak pernah kita melihat kaum India yang hanya merupakan 1.8 juta penduduk negara ini 'naik minyak' sebegitu rupa sehingga sanggup memaki hamun pasukan keselamatan dan pimpinan yang diistilahkan oleh Hindraf sebagai 'kerajaan Melayu-Muslim'.
  • Namun jika saya diminta menyebut antara usaha positif DS Najib untuk memulihkan UMNO maka perkara yg boleh disebut adalah kegigihan beliau menangani krisis ekonomi negara. Dan sudah ada tanda-tanda positif kearah tersebut. Saya percaya jika usaha ini berjaya rakyat akan membuat penilaian semula terhadap tanggapan salah mereka sebelum ini.
  • Pendekatan beliau untuk tidak melayan provokasi-provokasi Anwar telah menobatkan beliau sebagai PM yang ke 6 lebih awal daripada sepatutnya. Ketenangan beliau yang bersahajalah yang membawa kerajaan Perak tumbang kepada BN berbanding kehebohan dan kegopohan Anwar melalui Rancangan 16 September yang gagal, jelas memperlihatkan kematangan politik DS Najib
  • Kita selalunya merancang, tetapi kita selalu lupa rancangan Allah kepada kita. Akhirnya kebenaran tetap mengatasi kebatilan.

Ahad, 7 Jun 2009

Jemputan Ke Program Kerjaya Beruniform

Kepada semua pembaca blog..umnobahagianpendang.blogspot.com

  • Anda semua dijemput ke satu program 'Pameran & Kerjaya Beruniform' anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pendang mengikut ketetapan seperti berikut:
  • Pada: 26 & 27 hb Jun 2009 (Jumaat & Sabtu).
  • Tempat pameran berlangsung adalah: di Dewan Al-Merbawi, SMK Pendang.
  • Jam : 830 pg hingga 5.30 ptg
  • Dalam pameran ini anda, terutamanya pelajar2 lepasan SPM, STPM dan para belia boleh mendapatkan maklumat yg berguna dalam kerjaya berkaitan.
  • Antara agensi yang terlibat;Tentera Darat, Tentera Laut,Tentera Udara, Polis, Kastam, Imigresen, Bomba,PGA, Jabatan Penjara, Kolej Kejururawatan.
  • Pihak tentera juga akan merekrut ahli-ahli baru pada 2 hari tersebut.
  • Datang lah beramai-ramai. Hebahkan kepada rakan-rakan yg berminat dalam kerjaya beruniform untuk sama2 mencuba.

Rabu, 3 Jun 2009

Bersediakah UMNO Merampas Kembali Negeri Kedah?

  1. UMNO Kedah nampaknya masih leka, sehingga saat ini, kita masih belum melihat perancangan program/agenda yang betul-betul 'solid' dan jitu ke arah menggembalikan pemerintahan BN. Keadaan ini sudah tentulah merimaskan kita, sebagai penyokong UMNO.
  2. Kalau di Terangganu ada 'Gelombong Biru' iaitu satu arus yang diwujudkan diperingkat akar umbi mengoncang pentadbiran Pas, maka di Kedah pun perlu diwujudkan gerakan yang sama untuk mengembalikan pentadbiran BN.
  3. Tetapi di Kedah, semacam tiada apa yang digusarkan oleh pemimpin UMNO negeri. Adakah UMNO merestui pemerintahan Pas di Kedah?
  4. Kalau tidak, maka sudah sampai masanya UMNO merancang program2 yg tersusun yg boleh menyemarakkan semula semangat UMNO dikalangan rakyat.
  5. Antara perkara utama yg boleh difikirkan UMNO ialah dengan memberi peranan yg sesuai kepada mantan Perdana Menteri dari Kedah iaitu Tun Mahathir. Pengaruh Tun di Kedah amat besar, rugi sekiranya karisma beliau disia2kan. Saya amat yakin sekiranya Tun diberi peranan yang sesuai, Kedah akan dirampas kembali oleh BN.
  6. Masa makin suntuk, cepat-cepatlah berindak, jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, bila terhantuk baru nak tergadah.