Isnin, 8 Jun 2009

Attacking Is The Best Defence

  • UMNO Pendang perlu melakukan muhasabah diri mengapa ianya kurang mendapat sokongan rakyat dan ini pernah dinyatakan berkali-kali oleh ramai pihak.
  • UMNO Pendang perlukan ‘blood transfusion’. Diharap dengan suntikan darah baru dapat memberikan tenaga dan kesegaran baru untuk menghadapi fasa baru yg lebih mencabar.
  • Adalah menjadi tanggungjawab utama pemimpin UMNO Bahagian untuk mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap dan perlakuan rakyat Pendang agar kembali menyokong perjuangan parti dan negara dalam pilihanraya yang ke 13.
  • Pendekatan defensif atau mempertahankan diri tidak akan membawa kemenangan. Yang penting UMNO cepat sedar terhadap kelemahan dan memperbaikinya segera dan bukannya bersedih-sedih untuk sekian lama tanpa mengambil apa-apa tindakan. Sekali kalah pilihanraya yang ke 12 sudah seperti negara di langgar garuda !!. Sunyi sepi.
  • Seperti saya kata sebelum ini, masanya UMNO dan BN melakukan pendekatan aggresif. Kita belum kalah total. ‘Attacking is the best defence’. UMNO perlu menilai semula sikap baiknya kpd semua Melayu. Kerana bukan semua Melayu menyokong UMNO. Nilai semula kakitangan kerajaan yg menyokong ideologi pembangkang, apakah sesuai mereka diberi jawatan, berbanding kakitangan yg lantang menyokong dan mempertahankan UMNO.

  • Strategi pembangkang ternyata berkesan sebab mereka menyerang dan terus menyerang dari semua posisi dan sudut. UMNO tidak sempat bernafas untuk menjawab. Institusi-institusi penting negara seperti Kehakiman, Polis dan SPR sudah dikunci mati oleh Anwar dengan menghilangkan kepercayaan rakyat kepadanya. Bukan semua tuduhan betul, tapi rakyat mempercayainya. Inilah politik.

  • Beberapa bulan lalu, terlalu banyak ‘political drama’ yang kita tonton sehinggakan rakyat sudah mulai rasa muak dan jijik.
  • Dalam sejarah kemerdekaan negara ini, tidak pernah kita melihat kaum India yang hanya merupakan 1.8 juta penduduk negara ini 'naik minyak' sebegitu rupa sehingga sanggup memaki hamun pasukan keselamatan dan pimpinan yang diistilahkan oleh Hindraf sebagai 'kerajaan Melayu-Muslim'.
  • Namun jika saya diminta menyebut antara usaha positif DS Najib untuk memulihkan UMNO maka perkara yg boleh disebut adalah kegigihan beliau menangani krisis ekonomi negara. Dan sudah ada tanda-tanda positif kearah tersebut. Saya percaya jika usaha ini berjaya rakyat akan membuat penilaian semula terhadap tanggapan salah mereka sebelum ini.
  • Pendekatan beliau untuk tidak melayan provokasi-provokasi Anwar telah menobatkan beliau sebagai PM yang ke 6 lebih awal daripada sepatutnya. Ketenangan beliau yang bersahajalah yang membawa kerajaan Perak tumbang kepada BN berbanding kehebohan dan kegopohan Anwar melalui Rancangan 16 September yang gagal, jelas memperlihatkan kematangan politik DS Najib
  • Kita selalunya merancang, tetapi kita selalu lupa rancangan Allah kepada kita. Akhirnya kebenaran tetap mengatasi kebatilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan