- Bangsa bertamadun ialah bangsa yang berbudaya. Tingginya sesuatu tamadun juga diukur kepada ketinggian budayanya. Malah budaya juga menunjukkan sesuatu bangsa.
- Kalau kita melihat budaya orang Melayu, ianya sungguh indah dan cukup harmoni. Malah orang Melayu terlalu bertoleransi, melankolik dan terlalu bernostalgia.
- Sifat ini terbawa2 dalam cara berpolitik orang Melayu (UMNO). Antara yg ketara dan jelas kelihatan ialah politik terlalu 'menjaga hati'.
- Dalam politik UMNO sendiri pun, demi 'menjaga hati', ahli-ahlinya tidak meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu. Walau pun individu itu, sudah pun tercemar.
- Ini dapat dilihat pada setiap kali pemilihan, budaya lapok ini tetap diutamakan. Ketua-ketua cawangan jarang mempedulikan latarbelakang dan sumbangan calon kepada bahagian @ parti. Asal calon itu mempunyai hubungan baik dengan mereka, maka calon itu baik dan sesuai dipilih.
- Budaya seperti ini tidak membawa kebaikan kepada orang Melayu (UMNO). Kerana ketua2 cawangan tidak menggunakan undi mereka pada calon yg sesuai untuk mana2 peringkat kepimpinan. Lebih dahsyat ada pemimpin yg diangkat tidak mampu bekerja atau menyumbang khidmat. Ini yg menyedihkan. Dan padahnya, parti kita ditolak.
- Siapa yg patut dipersalahkan? Ketua cawangan yg berkuasa memilih atau calon yg dipilih oleh ketua cawangan. Tuan2 sendiri berikan jawapan.
- Budaya 'menjaga hati' ini bukan setakat dalaman UMNO sahaja, dengan parti komponen pun kita mempraktikkan budaya yg sama.
- Amat menyedihkan apabila parti kita ditolak oleh komponen, kita masih terpaksa 'menjaga hati' mereka.
- Adakah mereka menjaga hati kita?. Tidak. Habis kenapa kita perlu menjaga hati mereka? Sebabnya budaya kita begitu...
Khamis, 18 Jun 2009
Budaya Lapok
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan