Rabu, 3 Jun 2009

Bersediakah UMNO Merampas Kembali Negeri Kedah?

  1. UMNO Kedah nampaknya masih leka, sehingga saat ini, kita masih belum melihat perancangan program/agenda yang betul-betul 'solid' dan jitu ke arah menggembalikan pemerintahan BN. Keadaan ini sudah tentulah merimaskan kita, sebagai penyokong UMNO.
  2. Kalau di Terangganu ada 'Gelombong Biru' iaitu satu arus yang diwujudkan diperingkat akar umbi mengoncang pentadbiran Pas, maka di Kedah pun perlu diwujudkan gerakan yang sama untuk mengembalikan pentadbiran BN.
  3. Tetapi di Kedah, semacam tiada apa yang digusarkan oleh pemimpin UMNO negeri. Adakah UMNO merestui pemerintahan Pas di Kedah?
  4. Kalau tidak, maka sudah sampai masanya UMNO merancang program2 yg tersusun yg boleh menyemarakkan semula semangat UMNO dikalangan rakyat.
  5. Antara perkara utama yg boleh difikirkan UMNO ialah dengan memberi peranan yg sesuai kepada mantan Perdana Menteri dari Kedah iaitu Tun Mahathir. Pengaruh Tun di Kedah amat besar, rugi sekiranya karisma beliau disia2kan. Saya amat yakin sekiranya Tun diberi peranan yang sesuai, Kedah akan dirampas kembali oleh BN.
  6. Masa makin suntuk, cepat-cepatlah berindak, jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, bila terhantuk baru nak tergadah.

2 ulasan:

  1. ya ka Tun dapat memainkan peranan utk merampas kembali Kedah dari tangan Pakatan Rakyat!!!!!

    BalasPadam
  2. buat susah-susah jer...lebih baik kuatkan pertahanan kt sabah & s'rawak tu..kih kih kih

    BalasPadam