- Mesyuarat cawangan dan pemuda cawangan makin hangat. Kehangatan itu ditambah pula dengan pemilihan calon-calon G2 & G7.
- Bagi pemuda, pemilihan wakil Bahagian ke persidangan pemuda UMNO Malaysia (G2) lebih mudah, kerana pemuda bahagian sudah menetapkan calon untuk ke Kuala Lumpur iaitu Sdr Fakhrolrozi dan Sdr Sayuti. So, tahniah kita ucapakan kepada mereka berdua. Moga2 dengan pemilihan ini diharapkan mereka akan berusaha untuk memajukan lagi pemuda bahagian pendang ke tahap yg lebih baik.
- Tapi bagi cawangan, pemilihan wakil bahagian (G7) ke Kuala Lumpur berlaku persaingan. Ini berdasarkan jumlah calon yg menawarkan diri agak ramai. Sekarang sudah ada ketua2 cawangan yg menerima panggilan telefon dari calon2 yg menawarkan diri supaya mencalonkan mereka sebagai calon G7.
- Walau banyak mana sekali pun calon G7 yg menawarkan diri untuk bartanding, ianya bukan satu masalah. Malah, ia merupakan sesuatu yg sihat dalam UMNO. Cuma apa yg mereka perlu sedar, bertandinglah cara yg sihat. Tak perlulah memburukkan rakan2 sesama UMNO kita. Tak perlulah mengeluarkan wang untuk mendapatkan tempat. Itu bukan tabiat yg baik. Malah tindakan sebegitu boleh menguntungkan pembangkang yg tak perlu bersusah payah mencari kesalahan ahli2 UMNO.
- Dengar cakap, Dato' Osman dan Sdr Najamudin dah comfirm bertanding. Tahniah kerana berani menawarkan diri.
- Cuma kepada sesiapa yg terpilih nanti, pergilah ke persidangan dengan penuh tanggungjawab. Bawa pulang idea2 baru. Majukan UMNO pendang kita ke tahap yg lebih tinggi.
- Tetapi jikalau mereka yg terpilih nanti, sekadar menjadi 'penumpang'. Hentikanlah niat untuk bertanding itu. Insaflah, perjuangan kita menuntut pengorbanan. Jangan hanya mabuk untuk bertanding, tetapi tiada objektif jelas tujuan masuk bertanding.
- Kepada ketua2 cawangan, inilah masanya anda menggunakan kuasa memilih anda. Gunakanlah sebaiknya. Fikirlah semasak-masaknya siapakah pilihan hati anda. Jangan memilih atas faktor emosi lebihkan faktor akal budi. Ditangan anda pemimpin ditentukan.
Rabu, 17 Jun 2009
G2 & G7
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan