Isnin, 23 Mei 2011

Wake Up !!!



Bangunlah wahai Melayu, masa makin suntuk untuk kita. Jangan bermimpi lagi.
Kita sedang diasak dari kiri dan kanan, parti kita perlukan sokongan tuan2.
Bangunlah, jangan lagi bermimpi indah2. Perkuatkan parti, agar kita tidak terpinggir nanti.

Sebagai renungan, hayatilah sajak nukilan Usman Awang dibawah.








































MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Sajak oleh Usman Awang
















































Ahad, 8 Mei 2011

Majlis Sambutan Hari Guru & Anugerah Cemerlang SPM, STPM 2010

Biro Pendidikan UMNO Bahagian sedang mengaturkan satu lagi program bagi meraikan para guru dan pelajar Cemerlang SPM & STPM 2010, Parlimen Pendang seperti ketetapan di bawah:

Majlis Sambutan Hari Guru Parlimen Pendang
Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 8.00 Malam
Tempat: Dewan Majlis Daerah Pendang.

Program ini bertujuan menyambut Hari Guru bersama guru2 dalam Parlimen pendang dan menghargai pelajar2 cemerlang SPM & STPM Pendang 2010. Disamping itu kita juga akan memilih dan memberi anugerah kepada 2 orang guru cemerlang (lelaki & perempuan). Kriteria pemilihan guru cemerlang ini diserahkan kpd pihak PPD Pendang untuk menentukannya.

Kepada guru2 yang berminat menyertai majlis ini sila berhubung dgn saya Ku Azizan Ku Baharom (Pengerusi Biro Pendidikan Parlimen Pendang) atau Cikgu Samad Hakim (Pen S/U Biro Pendidikan)

Rabu, 4 Mei 2011

Helah Amerika

Tiba-tiba kematian Osama menjadi berita utama seluruh dunia. Sedangkan sehari sebelum itu kematian anak Muamar Ghadafi dan cucunya baru saja menjadi tajuk utama akhbar seluruh dunia. Namun, belum pun sempat diperbahaskan dan dipanaskan oleh akhbar dan bloggers, ia padam begitu saja.

Kenapa? Itulah cara CIA mengalih tajuk atau perhatian dunia. Mencipta isu baru untuk melenyap isu utama.

Amerika sebenarnya bimbang sokongan dan simpati negara Islam meningkat terhadap Libya. Malah, banyak negara sudah menyatakan rasa kurang senang terhadap tindakan NATO yang diketuai Amerika menjadikan Ghadafi sebagai sasaran mereka.


Niat sebenar Amerika ialah membunuh Ghadafi, bukan membela rakyat Libya. Membela rakyat hanya dijadikan alasan mewajarkan serangan dimulakan. Dan sudah tentu serangan itu tidak akan berakhir sehingga niat utama mereka tidak tercapai.

Itu pun yang dilakukan Amerika di Iraq sebelum ini. Iaitu membunuh Saddam, bukan kerana Iraq mempunyai senjata yang boleh membahayakan dunia. Malah sampai sekarang Amerika tidak dapat membuktikan bahawa Iraq mempunyai senjata hebat dan membahayakan masyarakat dunia.

Pengajarannya kepada kita. Hanya kita dapat membela orang kita.




Ahad, 1 Mei 2011