- Haji Hadi didesak oleh Karpal Singh supaya memohon maaf kepada DAP & PKR, berhubung kerajaan perpaduan oleh PAS. Menurut Karpal lagi sikap Hj Hadi yang membelakangkan kerjasama PR adalah perbuatan yang memalukan.
- Sementara itu Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan supaya tidak mempertikaikan kuasa raja2 Melayu dan kuasa Yg Di Pertuan Agong, kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat sedang membuat tinjauan pendapat secara terbuka diblognya, samada wajar MCA keluar daripada BN ? Hasilnya 78.1% bersetuju untuk keluar dan hanya 21.9% bersetuju untuk kekal. Adakah tinjauan ini berbentuk ugutan kepada UMNO, dikala parti orang Melayu ini sedang ditekan hebat oleh pembangkang?
- Pada masa yg sama Lee Kuan Yew sibuk mengadakan lawatan bernostalgia beliau di Malaysia. Apakah motifnya? disaat kaum Cina mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan ketuanan Melayu.
- Persoalannya adakah soal mempertahan hak-hak melayu dan bumiputera ini hanya dimainkan oleh Raja2 Melayu dan pemimpin UMNO sahaja. Kemanakah perginya suara NGO Melayu sekarang. Kenapa diam seribu bahasa?
Sabtu, 13 Jun 2009
Haji Hadi Di Desak Mohon Maaf..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan