Ahad, 26 Julai 2009

Persidangan UMNO Bahagian Makin Hampir......

  1. UMNO Bahagian Pendang akan bermesyuarat pada, 1 hb Ogos 2009 , jam 3.00 ptg. Hanya tinggal 5 hari lagi.
  2. Persidangan kali ini pada sesetengah pihak menganggapnya tidak begitu penting, kerana tiada pemilihan ketua bahagian. Itu hanya anggapan.
  3. Namun hakikatnya, persidangan kali ini amat-amat penting, kerana melalui persidangan kali inilah para perwakilan berpeluang membahaskan pelbagai isu yg dirasakan perlu untuk dibangkitkan tanpa gangguan pemilihan.
  4. Maksudnya pembahasan usul dapat dipanjangkan.
  5. Disamping itu perwakilan juga berpeluang membahaskan soal perlembagaan parti yg akan dipinda sehinggalah kepada isu2 terpencil, boleh juga dibangkitkan untuk jawapan daripada Ketua bahagian dan barisan kepimpinannya.
  6. Demi pemulihan parti, saya menjemput pembahas2 supaya membangkitkan apa saja kepincangan parti, untuk diperbetulkan. Jangan gentar untuk berkata benar demi kebaikan. Sayangkan anak tangan2kan. Luahkan apa yg terpendam. Janganlah memuji-muji tiada ketentuan. Hemburkan apa saja, yg difikirkan baik untuk parti. Pahit itu penawar.
  7. Kepada calon2 G7, bertandinglah dengan semangat muhibah. Menang kalah, adat pertandingan. Jangan memburuk2 kawan tanpa kebenaran. Sedarlah pertandingan ini hanyalah pertandingan dalaman. Pertandingan adik beradik.
  8. Berkempenlah ikut kemampuan anda, tetapi jangan lupa kita semua Ahli UMNO.............

1 ulasan:

  1. tahniah diatas pelantikan anda sbg blogger umno pendang. bermulanya satu cabaran baru yg akan membawa kepada lembaran
    disukai & dikutuk
    jd kawan & jd musuh
    dicontohi & di palingkan
    tersenyum puas & geram tak sudah
    cool & sibuk dgn isu
    inilah antara yg akan terjadi sbg seorang blogger.
    apapun jgn risau, kami kami lg dibelakang, cuma kita akan berjln seiringan. jumpa nanti 1/8/2009 utk kita sama2 pilih pemimpin depan kita yg ada antaranya BILA MASA PEMILIHAN NI BARU NAMPAK MUKA

    BalasPadam