Selasa, 21 Julai 2009

Setiap Isu Perlukan Penjelasan

  1. Biro Penerangan merupakan nadi penting dalam organisasi politik di Malaysia. Dalam UMNO, ketua penerangannya merupakan seorang yg petah berkata2, bijak menganalisa dan pandai menghuraikan sesuatu persoalan secara matang, jelas dan terang. Tahniah YB Ahmad Maslan.
  2. Di kala banyak isu ditimbulkan oleh pihak pembangkang dan banyak pula isu2 itu dipolitikkan, maka peranan ketua penerangan makin mencabar. Penjelasan terhadap isu2 ini pula sudah tentu memakan masa dan tenaga. Kasihan Ahmad Maslan.
  3. Bersebab itulah, maka setiap UMNO Bahagian seluruh Malaysia diwujudkan Ketua Penerangan Bahagian. Tujuannya ialah membantu Ketua Penerangan memberi penjelasan kepada penyokong2 parti agar mereka tidak dapat dipesongkan dengan fakta yg salah.
  4. Kalau kita melihat isu2 besar yg sedang dipolitikan termasuklah;
  • PPSMI
  • SPRM
  • Perlembagaan Negara
  • Ketuanan Melayu
  • Pengahapusan DEB
  • 1 Malaysia
  • liberalisasi sub sektor dalam ekonomi
  • biasiswa dan sebagainya.
  1. Isu-isu ini tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa penjelasan yg sewajarnya, kerana ada diantara isu-isu itu telah menimbulkan kemarahan penyokong UMNO sendiri. Mereka melihat seoalah-olah UMNO tidak memperjuang agenda Melayu lagi, dan tunduk kepada tuntutan kaum bukan Melayu. Saya bimbang jika perkara ini diambil perhatian sambil lewa sahaja, ia akan menjejaskan parti.
  2. Di Pendang contohnya, telah timbul pelbagai surat layang, akibat kurangnya penjelasan terhadap sesuatu isu yg ditimbulkan. Terbaru, semasa berlangsungnya persidangan agung pemuda, puteri dan wanita telah muncul satu lagi surat layang yang tidak enak bila dibaca.
  3. Kenapa orang2 ini menulis surat layang? Jawapannya mudah, kerana mereka tidak dicerita perkara sebenar kaedah mendaftar kontraktor dan cara pembahagian projek.
  4. Akibatnya seluruh AJK UMNO Bahagian dilibatkan. Dituduh korup dan pentingkan diri sendiri. Adilkah kepada AJK yg tidak langsung terlibat dalam soal pembahagian kontrak dan mendapat kontrak.
  5. Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.
  6. Jesteru saya merayu supaya Biro Penerangan UMNO Bahagian seluruh negeri Kedah mengambil serius soal ini. Bergeraklah, jangan tunggu isu remeh menjadi barah. Ia pasti membunuh.
  7. Oleh itu saya menyeru Biro Penerangan UMNO Bahagian Pendang khususnya, ambil pendekatan yg proaktif. Responsiflah terhadap apa saja isu yg timbul di bahagian . Buatlah penjelasan segera, demi penguasaan semula parti kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan