Kalau demikian, macam mana hendak utamakan rakyat?
Menurut rakan saya, Ab Jalil Abu Backer, siapa sekali diletakkan di Permatang Pasir, ia akan hadapi cabaran yang susah di kawasan Anwar Ibrahim.
Peringatan itu satu "reality check" yang baik agar kita tidak keterlaluan dalam menganalisa kekalahan di Permatang Pasir. Terutama sekali memandangkan sana sini pendapat tertumpu kepada kesilapan memilih calun. Seolah-olah kita tidak belajar dari Kuala Terengganu dan melihat Manek Urai.
Kesilapan ini sungguh mengecewakan kerana ianya seolah-olah pihak pengurusan parti cuai dalam membuat keputusan memilih calun. Yang paling mengecewakan adalah perkara ini bukan tidak ditegur dari bawah. Susah sangatkah hendak dengar cakap orang?
Pihak pengurusan parti macam masih tidak faham persekitaran politik sekarang sangat sensitif dengan calun-calun yang mempunyai rekod tercalar, khususnya calun baru.
Mereka ini tidak faham atau tidak tahu? Kalau tidak tahu, ia bermakna mereka tidak tahu kumpul dan cari maklumat. Kalau maklumat sudah diberi, mesti ada yang buta huruf atau goblok. Sebut goblok, jawa-jawa yang ditujukan patut faham.
Walaupun calun tidak sesuai, ahli-ahli tetap membantu memberikan sokongan semasa di "battlefield". Mereka berkorban masa dan wang ringgit untuk membantu parti. Tidakkah pihak atasan prihatin dengan kekecewaan orang yang terpaksa menanggung biawak hidup hasil kesilapan berulang mereka?
Nak tunggu orang fed-up?
Perancangan lemah!
SunTzu ada menulis dalam buku The Art of War bahawa "A battle is won before it is fought." Kepentingan persediaan dan perancangan itu jauh lebih penting dari pertaruangan itu sendiri. Citi utama dalam persediaan pada zaman sekarang adalah maklumat.
Pendedahan dan usaha yang telah dibuat oleh jurublog Cucu Tok Selampit dan Dato Shamsuddin Nawawi merupakan salah satu persediaan persediaan sebelum turun ke medan peperangan. Dalam dunia sekarang dimana maklumat boleh tersebar dengan segera, kita tidak boleh tidak dalam keadaan ketiadaan maklumat kerana pihak yang kita lawan boleh memperolehi pelbagai maklumat.
Dari usaha Cucu Tok Selampit memberitahu Dato Shamsuddin dan kemudian diusaha untuk disampaikan, maka maklumat mengenai latarbelakang calun telah diketahui pihak pengurusan parti. Yang jadi kemusykilan kami di bawah ini, kenapa maklumat ini tidak diambilkira?
Dari apa yang ditulis oleh saudara Ab Jalil, pilihan calun dibuat hanya berdasarkan timbalbalas dari sebuah agensi. Tanpa menyebut nama, boleh diagak pemimpin yang terlibat membuat kesalahan sedemikian adalah Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Dato Ahmad Zahid Hamidi. Kalau tekaan itu salah, kesilapan ini mungkin dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan yang berkait rapat dengan sebuah agensi lain.
Ini tentu sekali menghairankan. Selalunya pengumpulan maklumat dan timbalbalas dibuat begitu extensif sekali dan bukan berdasarkan satu sumber. Latarbelakang calun, rahsianya, urusniaganya, pengaruhnya, penerimaan pengundi dan ahli UMNO, dan yang paling penting adalah mana-mana rekod buruknya.
Degil dan Cuai!
Kalah itu tetap kalah, itu tidak menjadi hal. Bukanlah kalah sebelum pertarungan. Bukanlah bertanding hingga tidak dapat menguasai keadaan. Bukanlah asyik bertahan dan mesej kempen hilang sekali.
Jika akarumbi sedia berkerja keras dan mengetepikan persengketaan untuk bersatu, mereka menyedari ianya bukan mudah. Namun mereka mahu memperbaiki keputusan dan masih ada semangat enggan mudah menyerah kalah.
Campur tolak kali bagi, tanpa mereka UMNO tidak akan dapat bertanding dalam pilihanraya kecil. Pemimpin parti datang senang lenang. Mereka ini yang bergelumang dan sanggup menghadapi apa saja cabaran dan penghinaan. Bukan pemimpin yang dibaling batu tetapi pengikut dan penyokong yang sampai berdarah lengan dan perempuan mudanya diugut.
Mengapa pengurusan parti harus cuai dan akhirnya menghampakan mereka? Terfikirkah berapa lama orang bawah boleh bertoleransi dengan kealpaan sedemikian?
Kalau kerusi empuk dan bilik aircon untuk memudahkan mereka berfikir dan mengatur rancangan menjadi mereka menjadi cuai, itu bermakna mereka tidak layak diberikan kemudahan itu. Tolong jangan malu untuk main di padang saja.
Berslogan sedap. 1Malaysia: Rakyat diutamakan. Dato Najib unjurkan dan yang lain-lain ikut teriak dan agung-agungkan.
Jangan sekali-kali lupa. Kalau kita mahu laungkan "rakyat diutamakan!", kita kena tahu mendengar. Dato Najib pun sudah suruh belajar mendengar. Pemimpin tidak semesti tahu segala jawapan lagi.
Itu rakyat yang lagi banyak, lagi kompleks dan lagi berpelbagaian harapan dan tuntutan mereka. Masaalahnya, suara penyokong dan pengikut parti sendiri pun tidak mahu didengar dan dihindari peringatan mereka!
Kalau tidak tahu mendengar, Presiden, Timbalan, Naib, Perhubungan Negeri dan MKT parti baik belajar buat sendiri - dari panjat tiang, pasang bendera, dan pujuk pengundi.
Mengecewakan!
Banyak perkara yang sudah dijanji dan sudah diperkatakan. Pada akhir Perhimpunan Agong awal April, sudah dijanjikan tindakan keras akan dilakukan ke atas pengamal politik wang. Semua akui politik wang menghancurkan parti.
Sudah empat bulan hendak masuk lima bulan, bilakah langkah-langkah pembenterasan yang drastik akan dilakukan? Berbohong kalau dikatakan masih lagi sedang disiasat.
Suka atau tidak, rakyat melihat dan ahli tahu apa berlaku. Yang jelas sekali, ramai sekali terutama Ali Rustam dan Khairy terlibat dengan politik wang. Banyak lapuran telah dibuat. Kenapa masih dipengap atau cuba ditutup sesuatu yang sudah terdedah dan diketahui orang ramai?
Selagi perkara ini tidak diselesaikan, rakyat tidak akan percaya UMNO mahu berubah. Sebagaimana telah diulang kepada beberapa pemimpin utama UMNO, "head must roll before the people will ever give UMNO a listen."
Sesuatu yang sudah diketahui ramai, tidak boleh cuba didiamkan dengan harapan orang akan lupa. Maklumat di Internet akan kekal selama-lamanya, tiada ada lagi awam akan lupa!
Sekarang masa untuk memantapkan UMNO, tetapi setelah kalah pada Mac 2008 kita masih lagi terhegeh-hegeh dan macam tak peduli. Pemimpin, pemegang jawatan dan power broker macam tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
Business as usual pula. Bila berkumpul, asyik menceritakan hal berniaga dan kererta terbaru. Tidak terdengar satu perbincangan serius. Apa lagi memikir untuk menguatkan parti. Tak habis-habis, merungut tak ada peruntukkan dan tak turun projek.
Tiadakah orang yang serious lagi dalam UMNO?! Kalau yang ada sudah tidak serius, jangan jadi kaki sibuk lagi.
Sedialah berundur untuk beri laluan untuk mereka yang serius dan mahu bergiat memainkan peranan. Sana sini diberi peranan yang kurang cerdik dan pengetahuan serta cetek pandangan dan pemikiran.
Ditanya mengenai pembenterasan politik wang, jawapannya hanya pindaan perlembagaan. Kalau kata mahu pinda Perlembagaan, kenapa terhegeh-hegeh susah hendak diselesai dan segerakan?
Dengar-dengar, terlalu banyak mahu dicapai. Tumpukanlah khusus untuk pemilihan kepemimpinan saja ...
Intipatinya pemimpin mesti dipilih dari beberapa pilihan. Mereka yang ingin menawarkan diri perlu dimudahkan. Janganlah ada pula syarat terlalu susah dan cuba-cuba untuk tahan orang mencuba jawatan tertentu. Paling menyampah, kalau dah ada usaha hendak atur orang tertentu jadi Perdana Menteri satu hari.
Apa salah dilibatkan sebanyak ahli yang upaya dalam parti? Kalau semua 3.2 juta itu susah, apa salahnya libatkan dalam 500,000 ahli yang serius dan aktif? Kenapa jumlahnya hanya 60,000? Jumlah purata satu bahagian itu masih boleh dibeli!
Apa pulak cerita memilih calun pilihanraya perlu dipertandingkan dalam parti? Otak sudah tidak berguna lagikah? Pastikah UMNO sentiasa tahu dahulu bila pilihanraya akan diadakan? Macam mana pula bagi kawasan yang UMNO tidak boleh bertanding? Adakah ini baik dari segi taktik pilhanraya? Hilanglah elemen kejutan ...
Tiada keprihatinan!
Sekarang ini, mengapakah polisi yang diumumkan asyik tidak jelas hingga dianggap menjejaskan kepentingan orang Melayu?
Tiap-tiap kali panjang sangat hendak diterangkan dan diperjelaskan. Belum habis satu polisi difahami orang Melayu, dikeluar satu lagi polisi untuk tambahkan kekeliruan. Setiap kali polisi baru, bertambah persepsi dibawah menganggap UMNO sudah tidak bela orang Melayu.
Dalam bela nasib Bumiputera, kita dahulu boleh imbang kepentingan orang bukan Bumiputera. Sesuatu polisi itu mudah difahami orang kebanyakkan. Kenapa kita tidak boleh lakukan sekarang lagi?
Inilah bila terlalu percaya sangat pada penasihat cilik dan penasihat sepet Oxford. Kalau asyik terlalu percaya pada konsultan antarabangsa, bila otak kita sendiri akan dilatihdan diguna? Dia orang ini tahu semuakah? Atau kita yang tidak tahu apa keupayaan mereka dan apa yang mereka tidak tahu? Adakah common sense sudah tidak lumrah dan jadi koman?
Tengah geram ini. Banyak lagi hendak dicakap. Banyak lagi hendak diluahkan.
Belum lagi cerita pasal kehidupan rakyat yang bertambah susah. Pemimpin tahu pandai cakap saja. Masa minyak hendak dinaikan 78 sen, ada Tan Sri boleh kata tak berapa sangat dalam mesyuarat? Itu betul orang tidak sedar dan asal usul diri. Sudahlah pendatang Minang dan diterima jadi orang Johor, ingat rakyat kaya dan mewah macam dirinya? Beli Bank seberang sampai begitu mahal? Sudahlah itu, boleh pula diberikan jawatan lagi?
Macam mana rakyat akan didahului, dengan orang macam ini yang akan merancang ekonomi?
Cukuplah setakat ini.
Hasil Nukilan - Another Brick in the Wall!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan