- Apa pun alasan yg diberikan terhadap 7 kekalahan UMNO/BN kpd Pakatan Rakyat, amat tidak menyenangkan. Ahli UMNO terutamanya, sudah bosan dgn jawapan yg masih cuba menunjukkan UMNO sebenarnya masih kuat dan diterima rakyat.
- Terimalah hakikat, sokongan Melayu terhadap UMNO makin terhakis. Usahlah mempercayai sokongan palsu samada Melayu PAS @ PKR lagi. Mereka ini jika diberi benda, mereka ambil. Beri wang, mereka ambil, Minta undi, mereka cabut lari.
- Begitu juga dengan bekas ahli MCA & MIC, sebelum dapat peruntukan. sokong BN. Selepas dapat peruntukan, 'pergi jahanam BN'.
- Sudah sampai masanya pemimpin UMNO dan Komponen BN duduk semeja memperkatakan yg benar, komitmen parti masing2 dalam BN. Jika mana2 parti sudah tidak mempercayai dan sudah tiada komitmen dlm BN, maka secara ikhlas minta mereka meninggalkan BN. Jangan sekadar menjadi bebanan pada UMNO.
- Selama ini pun dalam setiap PRK, hanya UMNO menjadi 'pencacai'. Dimaki, dicaci oleh pembangkang, sedangkan parti lain (MCA,MIC & Gerakan) berpeluk tubuh. "Jangan menipu ahli UMNO lagi, kami melihat dan menilai tindakan anda".
- Kita sebenarnya lebih bimbang, kalau2 parti komponen ini ada agenda lain yg tersembunyi.
- Kepimpinan UMNO sepatutnya sedar bahawa sebahagian besar ahlinya dan orang Melayu dalam pembangkang masih menyanjung tinggi Tun Mahathir. Oleh itu fikirkanlah bagaimana hendak menggunakan populariti Tun, demi keuntungan pada UMNO. Kenapa harus malu ? Malu bertanya sesat jalan.
- Saya rasa Tun lebih sayangkan UMNO dan Melayu dari dirinya sendiri. Fikirkanlah jawatan yg sesuai dalam UMNO untuk diberikan pada beliau. Biarkan beliau merencana sendiri program yg perlu untuk menarik golongan muda kembali mendekati UMNO. Golongan muda memang masih mengahargai pemikiran Tun, oleh itu adakan sebanyak mungkin sesi wacana bersama Tun dengan golongan muda ini.
- Parti UMNO kena terus kuat, hanya parti inilah yg boleh diharap memperjuangkan nasib bangsa Melayu, agama Islam dan raja2 Melayu. Oleh itu dengarlah keluhan ahli2nya, mereka mahukan UMNO betul2 bersih. Jadi ketepikanlah mereka2 yg dilihat rasuah, mengamalkan politik wang, menyalah gunakan peruntukan dan sebagainya. Hanya dengan cara ini, barulah UMNO dilihat bersih.
Jumaat, 28 Ogos 2009
Berikan Peranan Sewajarnya Pada Tun Mahathir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan