- Setelah selesai pertandingan G7, UMNO Pendang kembali sunyi, tiada lagi pertemuan tengah2 malam seperti minggu lalu. Ketua2 cawangan pun kembali normal kehidupan mereka. Tidak perlu bermuka2, tidak lagi perlu berlapik dalam tuturkata dengan pelobi2 calon yg dipuja dan kepada calon2 yg mereka suka atau tidak suka.
- Inilah kehidupan kita sepatutnya. Ikhlas dalam perlakuan dan perbuatan kita.
- UMNO menjadi lemah kerana kita berbohong kepadanya. Kita tidak jujur memperkatakan perkara sebenar dan nyata.
- Berbalik kepada G7, berakhirnya pemilihan ini, seolah-olah sudah berakhirlah peranan orang2 yg bertanding. Sepatutnya tidak begitu, pemenang G7 seperti Cg Kamal, Dato' Osman, Najamudin, Basiron, Talib Awang, Abdullah Bahari dan Razak Khamis adalah nama2 besar yg sepetutnya memainkan peranan untuk meningkatkan kembali populariti UMNO di kalangan orang2 Melayu. Pendek kata, selalu2lah nampak muka.
- Sudah tiba masanya mereka menyumbang sesuatu kepada UMNO, kerana saban tahun nama2 ini tersenarai sebagai pemenang G7. Mereka tidak sepatutnya meminggirkan diri. Apabila mereka mengambil keputusan bertanding, bermakna hasrat untuk menyumbang kepada parti masih ada. Silakan. Bagi kami, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
- Malah saya sebagai orang yg turut mencalonkan mereka merayu supaya mereka ini beperanan lebih besar di Pendang. Bukan selepas meraih kemenangan dengan pelbagai janji, hilang dari pandangan mata. Nanti musim pertandingan pula, baru nampak muka.
- Amalan ini tidak baik untuk parti. Sumbangan mestilah beterusan, bukan setakat masa pertandingan, gula2 ditaburkan.
- Pintu pejabat UMNO terbuka untuk anda sekelian, pulanglah kalau benar2 ingin menyumbang...... bukan sekadar cakap2 di belakang.
Selasa, 11 Ogos 2009
UMNO Pendang Kembali Sunyi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sangat setuju dgn perkara 4 tu. berapa ramai dari 7 tu yg byk memberi sumbangan dari 'menyumbangkan' umno. berapa kerat juga yg memberi tumpuan dalam mendaya majukan umno.
BalasPadamkadangkala kita harus melihat kepada program2 yg dijalankan. kenapa kita byk bertumpu pd program di tempat selamat dan bila habis program kita dok rasa syok sendiri kerana program tu berjaya dilaksanakan sedangkan kurang berkesan bila dilihat dari penyertaan kumpulan sasaran. salah satu objektif sesuatu program adalah untuk menambahkan keahlian dan mengukuhkan umno. jika program dilakukan ditempat orang kita sendiri, sampai bila kubu pembangkang hendak di pecahkan.
komitmen
ramai melihat dan menyertai bermacam program yang diadakan oleh golongan pemimpin ini, tetapi untuk satu program dapatkah kita menarik ahli pembangkang untuk menjadi ahli kita. bacalah perlembagaan umno. setiap ahli bertanggungjawab untuk menambah keahlian umno. jd bukan tanggungjawab ajk @ biro yg berkenaan shj tetapi semua.
terima kasih
kedatangan dato jamil khir merasmikan persidangan agung umno bahagian sebelum ini harus menjadi satu titik permulaan kepada perpaduan dalaman umno. banyak sejarah & kisah2 yg disampaikan melalui ucapannya. cuma berapa ramaikah dari kalangan kita semua memahami kehendak sebenar ucapan beliau pd hari tersebut. sekiranya beliau berbangga dengan kehadiran perwakilan pada hari yg hujan ribut itu, maka kita semua harus berbangga kerana berupaya disatukan dibawah satu bumbung umno yang demokarasi dan mahukan ahlinya bersatu.
selesai
semuanya sudah sedia maklum bahawa persidangan bahagian telah selesai. bermakna telah tamatlah amalan2 kronisme kita. makanya kini semua ahli mesti bersatu semua membentuk dinding barisan untuk maju kehadapan bagi kita semua menakluk kembali pendang dan negeri kedah. pada masa kini, kita mesti mencari dam membina kawan supaya setahun sebelum pilihanraya kita dapat berperang dengan kekuatan yang telah dibina.
pemudajr