Khamis, 24 September 2009

Keluhan Belia Felda Sg Tiang.

  1. Felda sudah pun mencapai taraf dunia. Tahniah sekali lagi kita ucapakan kepada seluruh warga Felda dimana saja mereka berada. Warga Felda sememangnya sungguh bertuah, kerana PM sendiri memberi perhatian istimewa kepada mereka.
  2. Bila sudah mencapai taraf global, pengurusan di felda, sepatutnya turut mencapai standard yg tinggi. Tetapi perkara ini tidak berlaku di Felda Sungai Tiang.
  3. Warga felda Sungai Tiang amat kecewa dengan pengurusan disitu. Kenapa ?
  4. Setelah saya merisik dan mendengar sendiri keluhan masyarakat setempat baru2 ini, jelas faktor pengurus baru, paling utama menjadi puncanya. Rata2 masyarakat muda meluahkan perasaan tidak puas hati ini, kerana pengurus baru tidak mahu mendengar cadangan golongan belia dan tidak mesra masyarakat. Bagi masyarakat Felda beliau terlalu ego dan meninggi diri. Beliau hanya menerima pandangan dan cadangan daripada pengerusi Belia Felda Sg Tiang sahaja (PBFST). Oleh itu apa saja permintaan oleh Pengerusi PBFST diterima dan diluluskan. Sedangkan beliau bukan mendapat sokongan penuh oleh belia di Sg Tiang. Kerana kemasukan ahli PBFST dikawal dan ditapis oleh Pengerusi. Jumlah keahlian PBFST, hanya 1/4 daripada jumlah belia di Sg Tiang.
  5. Belia disini juga mempertikaikan, bagaimana Pengerusi PBFST boleh dianugerahkan Belia Cemerlang, sedangkan tidak ada satu benda pun boleh ditunjukkan kepada penilai anugerah yg lalu barlaku dalam Felda Sg Tiang. Yg ada cuma fail program, kertas cadangan dan gambar2 projek yg tidak wujud pun dalam felda Sg Tiang.
  6. Dakwa mereka lagi, Pengerusi PBFST hanya menumpang program2 politik yg berlaku di situ sahaja.
  7. Mereka turut mempertikaikan pengurus baru ini, lansung tidak mengambil berat aktiviti masyarat dan beliau sendiri tidak bermasyarakat. Kerana beliau akan menghilangkan diri pada setiap petang Khamis. Jadi macamana beliau hendak memantau apa yg berlaku dalam masyarakat yg diurus oleh beliau.
  8. Kesannya, banyak aktiviti Parti PAS berlaku tanpa kawalan. Ingat felda adalah dibawah kerajaan Persekutuan yg diperintah oleh UMNO. Sekarang orang mula memperkatakan pegangan parti beliau samada ahli PAS atau PKR.
  9. Lebih merungsingkan, dipercayai hampir 90% kakitangan Felda Sg Tiang, ialah ahli Pas yg tegar. Oleh itu bagaimana UMNO, dapat berkembang sekiranya pegawai dilihat memihak kepada pembangkang.
P/S : Melihat kepada rintihan ini, saya merayu supaya YB Suraya segera memberi perhatian khusus kepada Pengurusan baru di Felda Sungai Tiang. Kalau benar seperti apa yg saya paparkan ini segeralah bertindak. Jangan tunggu nasi menjadi bubur.
Kita hanya ingin melihat Felda Sungai Tiang terus kekal menjadi kubu kuat UMNO dan sesuailah dengan kewujudan FELDA itu sebagai benteng terakhir kekuatan MELAYU.

9 ulasan:

  1. awatler ada lgi spesis yg kurang cerdik kat kg aku niii....owg dah x lapaq dah dgn umno apco,,,hangpa tau dak,,,,

    BalasPadam
  2. Kalau tuan Tanpa Nama kaitkan UMNO dgn APCO, Pas dan GMC mcm mana pula?

    BalasPadam
  3. Askm, klu tuan muslim sejati uploadkan maklumat diwbh utk jwpn kpd soalan yg tuan bertanya. Tk.

    GMC dan peruntukan RM4j: Pas nafi dakwaan Kickdefella
    04/05/2010 1:17pm

    KUALA LUMPUR 4 Mei – Pas hari ini menjelaskan bahawa pucuk pimpinan parti itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) iaitu pusat penyebaran propaganda bagi Pas di Kelantan.

    Selain itu Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut menafikan bahawa parti itu pernah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella bagi tujuan melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Katanya, beliau sendiri yang telah membuat pemeriksaan sama ada di peringkat pusat atau negeri dan didapati penyaluran peruntukan itu tidak pernah berlaku. – Utusan

    BalasPadam
  4. Tuan Tanpa Nama, Penafian atas kebenaran adalah kerja orang2 Pas. Lontar batu sembunyi tangan pun perbuatan Pas. Khatib mendoakan Lim Guan Eng pun Pas nafikan kerja orang dia. Apa saja kerja buruk dibuat oleh UMNO saja.

    Tuan percaya bulat2 apa saja yang dinafikan oleh pemimpin tuan. Kalau benar Pas tidak memberi peruntukan 4 juta itu, kenapa tidak saman saja lickdefella tu ? Kenapa diam saja?

    BalasPadam
  5. hak anda, Malaysia negara demokrasi. Tapi jika anda anak felda, sungguh malang, anda antara orang yg tidak mengenang budi.

    BalasPadam
  6. Jangan kata begitu.Perjuangan Umno dahulu dan sekarang amat berbeza.Dulu masa Tunku Abdul Rahman berjuang untuk melayu,pemimpin Umno sekarang berjuang untuk kroni,membangunkan kroni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pas ngan pkr naik pun...tetap berkroni jugak...tak yah sangkal...

      Padam