Ahad, 13 September 2009

Ucapan Najib, Adakah UMNO Akan Berubah.

Berikut adalah ucapan PM dalam Mesyuarat Agung MIC, semalam. Dibawahnya pula adalah komen yg diberikan 'Mummy Rokiah" dalam blognya. Bacalah, lihat kenyataannya adakah perkara yg sama berlaku ditempat kita.

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti tapi sama ada parti kita relevan atau tidak ialah sama ada kita boleh menang di kalangan hati rakyat untuk menyokong parti BN," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

"Sebab itulah untuk Umno, untuk MCA, untuk MIC dan untuk parti-parti komponen yang lain jangan lupa perspektif ini, kalau kita lupa perspektif ini rakyat akan menghukum kita dalam masa pilihan raya," katanya.
(Berita Harian)

KOMEN:
Inilah hakikatnya yang berlaku kepada UMNO khasnya di kalangan pemimpin dalam negeri-negeri yang mereka kalah.

Malah ada di kalangan mereka apabila menghadapi pemilihan di dalam UMNO mereka sanggup belanja habis habisan wang dan harta mereka tetapi apabila berhadapan dalam pilihanraya mereka akan menunggu peruntukan dari Ibu Pejabat parti baru ingin menggerakkan jentera pilihanraya.

Malah yang lebih parah ada yang membelot peruntukan ini untuk digunakan sebagai modal untuk bertanding dalam pemilihan UMNO.

Mereka menang bertanding dan popular dalam pemilihan UMNO tetapi mereka tidak popular di kalangan pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan