- Bagan Pinang sah akan menghadapi PRK, tidak lama lagi. Masa akan ditetapkan nanti.
- Sepanjang minggu ini para bloggers, surat khabar, pelobi, ahli nujum dan sebagainya sibuk meramal calon yg sesuai untuk DUN Bagan Pinang. Ada pelobi yg menyatakan calon lama iaitu Tan Sri Isa Samad, lebih sesuai dicalonkan disitu. Spekulator pula membuat spekulasi, orang itu dan orang ini lebih sesuai.
- Ada pula pihak, membuat desakan supaya calon mereka diletakan dalam PRK Bagan Pinang kali ini. Desakan ini datangnya dari Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Permintaan mereka sesuai dengan perjuangan semasa pergerakan itu, untuk melihat 40% pembuat dasar dalam UMNO ialah wanita.
- Sebagai penyokong dan pejuang UMNO, siapa pun yg bakal dipilih, tetap akan disokong.
- Namun sebagai ahli UMNO, kita berhak membuat cadangan dan mengingatkan kepada pemimpin tertinggi parti, jangan lagi memilih calon yg boleh dieksploitasikan isunya oleh pembangkang. Padah jadinya.
- Oleh itu cadangan supaya mencalonkan semula orang lama iaitu Tan Sri Isa Samad, adalah cadangan yg mundur ke belakang. Tidak sesuai dengan perjuangan UMNO masa kini, iaitu ingin membersihkan parti daripada orang yg dilihat 'tidak bersih'.
- Kita tidak menafikan sumbangan Tan Sri Isa terhadap UMNO, tetapi beliau juga harus bertanggungjawab terhadap parti dan sanggup bekorban untuknya. UMNO tidak boleh lagi memberi ruang kepada golongan pemimpin lama, yang menjadi liabiliti kepada parti .Biarkan pemimpin lama mengawal bahagian sahaja, tetapi untuk bekerja dan berkhidmat pada rakyat, calon lebih muda perlu diberi keutamaan.
- Jangan sekali- kali memandang remeh soal pemilihan calon, walau pun kawasan ini dilihat sebagai kubu kuat UMNO. Kerana rakyat sedang memerhati janji-janji pemimpin tertinggi parti semasa persidangan UMNO yg baru lalu. Kesungguhan membersihkan UMNO daripada golongan yg dilihat 'tidak bersih' ini mampu menjadi 'penawar' yg mujarab dalam PRU 13 nanti.
- Apa pun saya amat bersetuju dengan penegasan yg dibuat oleh PM, bahawa siapa pun calon di Bagan Pinang, beliau ialah orang yg boleh bekerja dan diterima oleh masyarakat.
Rabu, 9 September 2009
Calon Bagan Pinang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan