PAS cuma mengharap kemenangan dengan sokongan dari kaum bukan melayu. PAS sedar bahawa majoriti kaum melayu masih kuat menyokong UMNO. PRU12 yang lepas telah membukti kan bahawa orang melayu masih kuat menyokong UMNO. Ini terbukti apabila UMNO meraih 29.59% undi.
Jika dibanding kan dengan PAS yang hanya meraih 14.05% sahaja. 14.05% yang di perolehi oleh PAS ini sebenarnya bercampur dengan undi dari penyokongnya bukan melayu, Jika di tolak peratus undi dari bukan melayu, mungkin PAS cuma mendapat sokongan kurang dari 10% sahaja.
Sebenarnya selepas PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR sokongan orang melayu terhadap PAS telah merosot dengan drastiknya. Kebanyakan penyokong2 dan ahli2 PAS sebenarnya TIDAK suka PAS bersengkokol dengan PKR terutamanya DAP yang jelas dan nyata anti Islamnya.
DAP ni bijak, mereka memang tidak pernah bersuara secara lantang dan terbuka menentang PAS dalam misinya untuk mengujudkan negara Islam dan menjalankan hukum Hudud. Dalam pada itu presidennya Karpal Singh telah bersuara dengan jelas dan nyata tentang pendirian DAP yang langsung tidak bersetuju negara Islam di ujudkan apabila Pakatan Rakyat berkuasa.
PKR pimpinan Anwar Ibrahim lagi bijak, parti ni tidak pernah bersuara sama ada ianya menyokong atau pun menentang negara Islam dan hukum Hudud yang di perjuangkan oleh PAS. Akan tetapijika di ikuti ceramah2 yang di sampaikan oleh pemimpin PKR ianya lebih menjurus kepada kecenderungnya kepada negara sekular atau librel demokrasi. Negara Islam dan undang2 Hudud tidak mungkin!
Dalam Pakatan Rakyat cuma PAS saja yang mahukan negara ini menjadi sebuah negara Islam yang menjalankan undang2 Islam, sedangkan PKR dan DAP menolaknya. Jadi jawapannya, PAS pasti akan gagal dalam cita2nya mengujudkan negara Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan