Khamis, 3 Jun 2010

Mesyuarat Cawangan Hambar

Mesyuarat cawangan UMNO Bahagian Pendang, kali ini hambar. Keluhan demi keluhan terpancur dari mulut ketua2 cawangan akan kehambaran ini. Mereka menambah, kegagalan penyelaras dari bahagian atau pemimpin bahagian hadir untuk menyelaras mesyuarat, menambahkan lagi kesuraman mesyuarat kali ini. Kepada siapa kami hendak meluahkan segala permasalahan cawangan dan UMNO?

Bagi saya mudah, kehambaran mesyuarat kali ini adalah kerana tiada pertandingan di peringkat bahagian mahu pun pusat. Jadi buat apa nak sibuk2 masuk cawangan. Buat habis duit minyak saja. Inil jugalah mentaliti pemimpin yang ada, meminta2 jawatan sebelum dapat, bila dah dapat pandai pula curi2 tulang. Hangat dan sibuk sekiranya ada habuan.

Jelas rasuah dan gula2 politik belum reda dalam politik UMNO

Kadang2 sikap ketua cawangan pun boleh dipertikai juga. Kenapa mereka memilih pemimpin begitu? Kerana kebanyakkan mereka sedia maklum kemampuan orang yang mereka angkat ke atas. Namun masih memilih dan terus memilih orang yang sama.

Oleh itu, wahai ahli UMNO Bahagian Pendang, hayati pandangan orang Melayu seluruh Malaysia bahawa " UMNO perlu berubah jika tidak mahu diubah atau rebah"

3 ulasan:

  1. bukan dipendang sahaja.tempat lain pun ada.ada yg tak cukop korum pun depa bedal juga.lingkup umno.tipu umno.ketua cawangan patut di buang dlm sungai kerana tak buat kerja.kalau elaun jkkk tengah kilat hujan lebat pun terkam ambil.

    BalasPadam
  2. macam mana tak hambar ,, brapa kerat ja yg norazam bawak p enjoy d danok ,, yg tak kena bawak mana mau ambik bahagian .. ajk pemuda pulak sibuk dok ikut pungkok YB dun Angin ,, dok ligan projek ... kucin tumbuh tanduk pun Umno x buleh menang di Parlimen pendang .. apa lagi dun Tokai ,, silap2 Sg. Tiang pun jalan ,, tanya ckg det kalau x percaya ..

    BalasPadam
  3. sempadan semula sejak 2004 sampai sekarang bashah tak pernah mai mesy cawangan alor gelegah dun alor mengkudu. cawangan lain dia pi boleh. puak2 suku sakat kroni dia pun tak pernah mai. cakap nak berubah, penjenamaan semula, bersatu, kerja kuat untuk parti semua tu bohong saja. kalau pemimpin dok lagu tu lagi jangan harap dun alor mengkudu nak ambik balik

    BalasPadam