Masyarakat Cina di Malaysia adalah masyarakat yang begitu berminat dengan Politik. Mereka adalah amat sensitif dan sentiasa mengikuti perkembangan politik Tanah Air dan memahami bahawa, sistem politik direka untuk kegunaan dan pemulangan untuk orang politik dan sesiapa saja yang menyokong ahli politik itu. Mereka sedar , sistem politik tidak dapat ditukar atau mengubah tetapi mereka perlu mencari posisi mereka dalam sistem politik itu sendiri. Isu utama dalam politik adalah kuasa (power). Sesiapa yang punyai kuasa ini, tentunya dia akan gunakan kuasa itu ke atas orang yang tidak punyai kuasa. Kuasa yang diberi pada ahli politik oleh pengundi selalunya dikawal oleh badan kehakiman yang mempertahankan Perlembagaan Negara yang di setuju terima oleh majoriti rakyat. Inilah proses demokrasi.
Tetapi selalunya badan kehakiman tidak berupaya mengawal kuasa ahli politik. Walau pun hakikatnya kuasa politik itu adalah asal dari rakyat, tetapi kuasa politik itu akan menjadi hak ahli politik mutlak sehingga pilihanraya yang baru. Pilihanraya merupakan mandat baru dan penentuan kepada siapa pengundi ingin beri kuasa itu.
Bagi masyarakat etnik Cina, pilihanraya adalah sesuatu yang tidak ternilai. Masyarakat Cina tahu harga sebenarnya satu undi itu tidak ternilai harganya. Dengan inilah undi mereka sukar dibeli dengan apa cara sekali pun. Kebebasan manusia melalui melantik penguasa yang mereka sukai seperti kebebasan diri (Freedom) yang di hormati oleh negara. Orang Cina yang asal usulnya dari Pemerintahan komunis tahu nilai kebebasan diri dan harga diri mereka melalui proses pilihanraya. Tetapi sayangnya kebanyakan pengundi Melayu dan India tidak memahami nilai undi itu.
keseluruhan pengundi masyarakat etnik Cina di negara ini adalah paling tinggi; ia itu 90% pengundi berdaftar dikuti dengan 75% pengundi Melayu dan 68% pengundi India di negara kita. Politik orang China di negara ini selalunya berkisar kepada tiga dasar utama (Three Pillars) :-
- Sekolah Cina.
- Media berbahasa Cina.
- NGO, Suku (clan), Persatuan Perniagaan, dan Persatuan kebajikan.
1.GENERASI PERTAMA
Golongan ini terdiri dari 80%. Ideologi politik kumpulan ini selalunya berkisar dalam bidang Ekonomi dan dasar polisi ekonomi kerajaan seperti lesen perniagaan, permit dan sistem kuota-kuota dan peluang perniagaan dalam negara dan luar negara. Mereka ini generasi pertama dan kebanyakan adalah tidak berminat berpolitik dan tetapi mengikuti perkembangan dasar ekonomi kerajaan. Kumpulan ini tidak ada cita-cita untuk menguasai politik. Kumpulan ini adalah penyokong kuat dasar ekonomi Tun.Dr. Mahathir Mohammad pada eranya.
Pada era TDM ekonomi negara sentiasa diperkembangkan untuk semua kaum. Sistem ekonomi Tun adalah membesarkan kek ekonomi negara supaya semua kaum dapat rasa. Tidak perlu lagi berebut di antara kaum majoriti dan minoriti. Kumpulan ini juga tahu orang Melayu tidak akan berupaya uruskan ekonomi yang begitu besar dan pesat membangun semasa Tun Mahathir.
Bahagian kek ekonomi begitu besar telah diberikan kepada orang Melayu tetapi orang Melayu tidak mampu menguruskan ekonomi itu kerana perlu ada pengalaman yang sukar dibeli atau belajar dalam menguruskan perniagaan atau ekonomi yang mencabar. Maka dalam perkembangan ekonomi negara kemakmuran yang melimpah itu kebanyakanya jatuh kepada golongan ini. Pada masa era Tun Pak Lah ekonomi negara semakin mengecil disebabkan faktur ekonomi dunia dan kegagalan pentadbirab. Ini sebab utama golongan ini telah beraleh kepada janji-janji kosong Anwar.
2. GENERASI KEDUA.
Golongan ini meliputi 20% ideologi Politik Etnik Masyarakat Cina pula adalah generasi kedua yang berumur di anatara 35-55 tahun. Mereka ini kebanyakan ahli profesional, berpendidikan tinggi dari negara barat. Ideology politik golongan ini selalunya terpengaruh dengan nilai demokratik, isu-isu masyarakat, terlalu ikut dengan pemikiran barat dalam isu hak-hak kemanusian.
Golongan generasi kedua ini lazimnya, 40% pro-BN, 25% pembangkang dan 35% pengundi duduk di atas pagar. Pada PR2008 golongan ini bertambah menjadi 50%. Walau pun golongan ini adalah kecil berbandingkan dengan Generasi pertama tetapi mereka berdaya mempengaruhi golongan generasi pertama di atas. Golongan ini juga mempunyai rangkaian IT yang hebat seperti blog, FB, Friendstar, telefon bimbit, dan jaringan sosial. Jangan lupa golongan ini yang menggegarkan undi Masyarakat Cina kepada Pembangkang 75% di PR2008. KEMPEN MCA/GERAKAN DAN BN PERLU SASARKAN KUMPULAN INI PADA PR13 nanti.
oleh mamak penang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan