Khamis, 27 Mei 2010

Kem Pelajar Bestari Pendang 2010

Biro Pendidikan Bahagian Pendang dengan kerjasama yayasan Pelajaran Mara sedang merangka satu program yang diberi nama "Kem Pelajar Bestari"
pada 26hb Jun 2010.

Program in akan dijalankan di dua pusat. iaitu di SMK Tokai untuk pelajar2 yang akan mengambil peperiksaan PMR tahun 2010 dan SMK Kubur Panjang bagi pelajar yang mengambil SPM tahun 2010. Setiap pusat akan menempatkan seramai 300 pelajar dan 300 ibubapa untuk sama2 mengikuti program tersebut.

Pengisian program termasuklah motivasi kepada pelajar dan ibu bapa serta teknik2 menjawab soalan oleh guru2 cemerlang daerah Pendang. Satu slot istimewa diberi kepada pihak Yayasan Pelajaran Mara untuk menerangkan peluang2 pendidikan yang ada serta bantuan pendidikan yang disediakan oleh pihak Yayasan,

Kepada pelajar yang berminat mengikuti program ini, boleh merujuk dengan pihak sekolah. Untuk makluman pelajar dan ibubapa, program ini adalah diberikan percuma.

Saya sebagai pengerusi Biro Pendidikan amat mengalu-alukan penyertaan pelajar dalam program ini. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan