Jumaat, 15 April 2011

Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2010 Seluruh Negeri Kedah

Biro Pendidikan UMNO Negeri Kedah akan melancarkan satu program yang dipanggil 'Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2010 Seluruh Negeri Kedah' seperti ketetapan berikut:

Tarikh Cadangan : 13 Mei 2011
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : UITM Merbok

Sehubungan dengan itu pelajar yang mendapat keputusan 'A' bagi semua matapelajaran di Negeri Kedah, layak mendapat anugerah tersebut. Pelajar2 yang cemerlang ini akan menerima hadiah berupa wang saguhati (RM 200.00) dan sijil kecemerlangan dari Jabatan Pendidikan Negeri.

Oleh itu, sekiranya anak tuan2&puan2 di Bahagian Pendang yang bersekolah di luar Kedah yang mendapat keputusan yang sama, bolehlah menghubungi saya,
Ku Azizan bin Ku Baharom (Pengerusi Biro Pendidikan Bahagian Pendang) dengan membawa keputusan peperiksaan anak2 anda yang disahkan oleh pihak sekolah.


Tarikh akhir permohonan ialah pada 30 April 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan