Isnin, 27 Jun 2011

Jangan Biarkan Golongan Kiri Cabar Institusi Raja, Islam

Tindakan golongan kiri yang sengaja mencabar dan mengelirukan persepsi rakyat terhadap institusi raja-raja dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak wajar dibiarkan berlaku, apatah lagi memberi persepsi amalan raja berperlembagaan dikaitkan dengan istilah feudal yang negatif.

Kekeliruan ini diburukkan lagi apabila istilah kerajaan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris disebut sebagai government yang sekali gus melupuskan status kewujudan institusi raja-raja sebagai pendukung kerajaan raja berperlembagaan.

Pakar Sejarah, Tan Sri Profesor Khoo Kay Kim berkata, istilah government seakan-akan menidakkan kewujudan istilah kuasa raja dalam kerajaan, sebaliknya penterjemahan ini, secara lateral menafikan kedudukan institusi raja dalam Perlembagaan Malaysia.

‘‘Perkataan Inggeris yang sesuai ialah kingdom atau monarki,” katanya ketika muncul secara langsung dalam program Bual Bicara Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah pagi ini.

Menurut Prof. Khoo, fakta sejarah menyebut pegawai British, Sir Hugh Clifford sendiri dalam ucapannya pada tahun 1927 mengakui, pihaknya mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dipanggil Mohamoden Mornarchy, merujuk kepada istilah Mohamaden yang digunakan untuk orang Islam pada ketika itu.

‘‘British pada masa itu mengadakan perjanjian dengan raja-raja untuk menguasai pentadbiran, bukan pemerintahan, jadi dalam soal undang-undang, kuasa raja-raja Melayu kekal sebagai kuasa tertinggi,” katanya.

Prof. Khoo menjawab ketika ditanya pengacara Assalamualaikum, Amin Idris yang juga graduan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Turut dijemput menjadi tamu ialah Mohamad Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, serta pengacara tetap program itu, Irma Hasmie.

Malah jelas Prof. Khoo, British melalui undang-undang mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu sebagai kuasa tertinggi.

‘‘British tidak pernah menjajah Tanah Melayu, apa yang dilakukan pada tahun 1948 ialah menggabung kuasa sembilan raja Melayu yang berdaulat untuk menjadi sebuah negara bangsa dan British menguasai pentadbiran sahaja,” jelasnya.

Justeru apa yang berlaku pada 1957, katanya, British dan raja-raja Melayu bersetuju membentuk negara bangsa dengan menyerahkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan yang dipilih rakyat namun kuasa tertinggi mengenai Islam dan hak Melayu tetap pada raja-raja.

Mohamad Naser pula mengingatkan, adalah penting rakyat negara ini memahami mengenai kuasa prerogatif yang dimiliki raja-raja Melayu dalam isu pentadbiran agama Islam.

‘‘Walaupun raja bersetuju membentuk Majlis Agama Islam Negeri, tetapi kuasa mutlak tetap pada raja-raja dan majlis ini tidak berada di bawah kuasa kerajaan, sebaliknya melaporkan terus kepada raja-raja,” katanya.

Menurut Mohammad Naser, sejarah adalah fakta yang berlaku dan sejarah menjadi kuasa utama dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia untuk hidup sebagai negara bangsa.

Raja-raja pada waktu itu, jelas Mohamad Naser lagi, bersetuju dalam pembentukan perlembagaan negara dengan meletakkan Islam sebagai agama negara.

‘‘Raja-raja mempunyai kuasa tertinggi berkaitan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, dan sekiranya perkara ini hendak diubah, ia mesti mendapat persetujuan raja-raja Melayu,” katanya lagi.

Mohamad Naser turut menjelaskan mengenai peranan ini adalah kelangsungan kuasa yang dimiliki oleh institusi raja sejak lama dahulu.

Catatan Batu Bersurat juga menyebut mengenai tatacara pemerintahan raja-raja Melayu yang tertera pada seawal tahun 1303.

“Seseorang raja hendaklah memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah, rakyat yang patuh pada undang-undang boleh tinggal dalam negeri, sesiapa yang ingkar boleh tinggal dalam hutan… itu catatan sejarah,” jelasnya.

Assalamualaikum setiap Sabtu dan Ahad menyiarkan segmen Kenali Kuasa dan Peranan Institusi Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara.

Sabtu, 25 Jun 2011

Pi Belajar, Bukan Main-Main

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pemberian pinjaman kepada kira-kira 152,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) berikutan keputusan peperiksaan semester mereka di bawah 2.0 mengikut Purata Nilai Gred (PNG).

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, nilai pinjaman tersebut membabitkan sebanyak RM632 juta.

"Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran, tetapi atas sebab tertentu, pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNG.

"Bagaimanapun, jika mereka berjaya mendapat keputusan PNG 2.0 ke atas dalam peperiksaan semester berikutnya, pinjaman itu akan disambung semula," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman untuk 100 pelajar dalam Parlimen Kuala Krau yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik di sini, hari ini.

Menurut Ismail, PTPTN tidak akan teragak-agak memberhentikan terus pinjaman tersebut jika prestasi pelajar-pelajar itu masih mengecewakan dalam peperiksaan semester yang berikutnya.

Sementara itu katanya, PTPTN memperuntukkan pinjaman sebanyak RM38.69 juta kepada seramai 1.75 juta pelajar yang menuntut di IPT pada tahun ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, PTPTN telah melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lalu.

Jumaat, 10 Jun 2011

Selamat Bersidang UMNO Pendang

PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PENDANG

TARIKH : 11 JUN 2011

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN TERBUKA KAMPUNG PAYA MAT INSUN

DIRASMIKAN OLEH : DATO SERI HISAMUDDIN TUN HUSSEIN

Kepada perwakilan yang akan menghadiri persidangan esok, saya ucapkan selamat bersidang. Saya juga berharap persidangan kali ini berlangsung dalam suasana tenang, tetapi dicambahi dengan idea2 baru demi mengangkat kembali maruah parti


Jangan lagi meluaskan titik perbalahan, carilah titik perdamaian. UMNO perlukan perpaduan .

SELAMAT BERSIDANG PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PENDANG

Khamis, 2 Jun 2011

Dewan Serbaguna UMNO.

UMNO Pendang sekali lagi akan melangsungkan Persidangan Perwakilan Bahagian pada 11 Jun 2011. Persidangan kali ini berbeza dari tahun2 lepas, kerana tidak lagi dilangsungkan di Pekan Pendang, sebaliknya terpaksa diadakan di Dewan Terbuka Paya Mak Insun.

Perubahan lokasi persidangan terpaksa dibuat memandangkan jumlah perwakilan yang akan hadir sekitar 1200 orang. Jumlah ini amat besar jika dibanding hanya 500 lebih perwakilan tahun2 sebelum ini. Jadi tidak ada satu pun, dewan tertutup di Pekan Pendang dapat menampung kehadiran seramai ini.

Yang nyatanya persidangan kali ini sudah tentu berlangsung dalam suasana kurang selesa. Panas atau hujan sudah tentu menggangu perjalanan mesyuarat kita kali ini. Namun, sebagai ahli UMNO yang setia, kita tetap menerima seadanya.

Pertambahan perwakilan ini, adalah implikasi pindaan perlembagaan UMNO, yg disokong semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. Maksudnya UMNO, telah memberikan demokrasi yang lebih besar kepada ahli untuk menyatakan pandangan dan membuat pemilihan sekiranya ada. Perubahan ini sudah tentulah memberi kebaikan kepada kelangsungan hayat parti, yang kita sayangi ini.

Oleh itu, serentak dengan pertambahan perwakilan yang akan hadir dalam setiap persidangan UMNO bahagian2 di seluruh negara pada tahun ini dan tahun2 mendatang, maka UMNO Malaysia sepatutnya sudah mempunyai perancangan untuk membina Dewan yang lebih besar kepada bahagian2 UMNO di Malaysia. Terutamanya bahagian yang jauh dari bandar.

Bagi saya, pembinaan dewan serbaguna UMNO yang besar bukan satu pembaziran.Syaratnya dewan besar ini mestilah digazetkan atas nama UMNO Bahagian masing2 supaya harta UMNO kekal hak milik UMNO. Walau pun berlaku perubahan kuasa.

Disamping itu dewan sebaguna yang dibina ini sudah tentu dapat menjana pendapatan untuk UMNO bahagian masing2. Dewan yang besar sudah tentu banyak kegunaannya.Perkembangan semasa masyarakat kini, mereka memerlukan dewan untuk malakukan pelbagai aktiviti sama ada untuk kegitan politik, ekonomi, sosial mahu bersukan.