Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

UMNO Bahagian Pendang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Kepada seluruh umat Islam dimana saja berada.

Dalam keseronakkan kita menyambut Syawal yg mulia, ingat2lah insan yang hidup dalam sengsara, terutamanya di Somalia. Bandingkan kita dengan mereka.

Syukurlah kita dapat menyambut Syawal di bumi bertuah. Tiada bencana, tiada musibah. Hargailah keamanan ini. Cintai negera kita MALAYSIA.

Ahad, 28 Ogos 2011

Kelas Tuisyen B.Inggeris Ladang Bt Perak


























































Gambar2 diatas adalah sesi kelas Tuisyen Percuma B.Inggeris di Ladang Bukit Perak sedang berjalan. Dan ini merupakan kelas terakhir (26.08.2011) mereka, sebelum menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September 2011 nanti. Walau pun bilangan pelajar disini sedikit dan agak jauh dari pekan daerah, demi pendidikan mereka, Biro Pendidikan tetap berusaha menganjurkan kelas ini supaya mereka tidak ketinggalan.

Walau bagaimana pun, jika diperhatikan betul2 gambar diatas anda akan dapati bahawa terdapat pelajar yg lebih dewasa bersama. Mereka adalah pelajar2 yg bakal menduduki peperiksaan PMR, Oktober nanti. Keadaan ini berlaku karana pelajar2 PMR tersebut tidak mampu untuk mengikuti kelas tuisyen berbayar yg terdapat di pekan daerah. Oleh itu, demi ilmu mereka rela menumpang kelas murid UPSR.

Oleh itu Biro Pendidikan, bercadang akan menganjurkan kelas ini lebih awal tahun depan, sekiranya ada peruntukan dana.

Ahad, 7 Ogos 2011

Masalah Lemah B.Inggeris Lepasan SPM- Taiping Mali

Timbalan Perdana Menteri menyuarakan rasa tidak puas hati tentang pencapaian Bahasa Inggeris kepada pelajar lepasan SPM telah 13 tahun belajar bahasa tersebut dan mahukan satu kajian dibuat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu satu kajian dilakukan untuk melihat semula masalah yang dihadapi pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Menteri Pelajaran itu memaklumkan arahan telahpun dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran kerana penguasaan bahasa tersebut adalah penting kerana merupakan bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

“Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Saya sendiri tidak mampu menjawapnya,” katanya.
Muhyiddin berpendapat rata – rata pelajar merasakan mempelajari Bahasa Inggeris adalah tidak penting sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah terutamanya ketika di peringkat awal universiti.


Kelemahan lepasan SPM dalam penguasaan bahasa ini amat ketara sekarang kerana banyak faktor, antara yang dapat dikesan oleh TM ialah;

1. Zaman dahulu bilangan pelajar lepasan SPM atau MCE adalah sedikit jumlahnya. Ini kerana pelajar yang kandas dalam common entrance semasa berada di peringkat rendah tidak lagi dinaikkan ke sekolah menengah dan mereka kekal sebagai pelajar cicir, ini dasar penjajahan British.

2. Kemudian selepas sistem pelajaran diambil alih oleh kerajaan daripada penjajah,common entrance dihapuskan dan pelajar di nilai pada peringkat SRP atau LCE. Pelajar yang gagal dalam peperiksaan tersebut akan menceburi sektor pekerjaan kolar biru.

3. Jumlah pelajar yang naik ke tingkatan 4 berkurangan 50-60 peratus mengikut persekitaran persekolahan. Pada zaman ini sistem persekolahan menengah mempunyai 2 aliran. iaitu aliran Inggeris dan alisan Melayu.

4. Pelajar Melayu pada awal tahun 60an dan 70an dinafikan hak mereka untuk belajar bahasa Inggeris secara halus. Seorang calon SPM walau pandai macam mana pun bahasa Inggeris nya ia hanya layak mendapat Pangkat gred 7D. Hanya calon MCE layak mendapat gred A1 atau A2.

5. Sistem berubah lagi bila MCE dihapuskan, waktu ini semua calon SPM layah mendapat markah tertinggi iaitu A1, tetapi bagi pelajar di sekolah kampung pencapaian masih rendah kerana faktor persekitaran.

6. Ini salah satu sebab paling utama, bilangan pelajar di sekolah mission school seperti Treacher, Methodist, Convent, St George semakin berkurang diperingkat rendah dan menengah. Pelajar Melayu semakin gemar menghantar anak mereka ke sekolah sekolah menengah kebangsaan, SMBP, Mara dan lain-lain

7. Pelajar Cina juga sudah mula menjauhkan diri dari sekolah mission kerana tertarik dengan politik Dap yang mahukan orang Cina belajar di sekolah Cina sehingga ke peringkat menengah dan tinggi (Pre-U).

8. Di SMJKC ramai anak-anak Cina bukan saja gagal menguasai bahasa Inggeris tetapi penguasaan Bahasa Melayu juga ditahap amat teruk. Lihat wakil rakyat DAP di Dewan Rakyat dan Dewan Dun.

9. Pelajar di mission school masih kekal dihuni oleh anak-anak India, Benggali, Cina modern bukan jenis typical china dan sedikit Melayu.

10. Pelajar Melayu kekal dengan sikap anti penjajah dan enggan berkompromi dengan bahasa ini terutama bagi mereka yang terpengaruh dengan dakwah Al-Arqam, Abim, parti politik Pas dll.

11. Hari ini pelajar yang lulus 1 pelajaran dalam Pmr pun dibenarkan naik ke tingkatan 4 dan mereka inilah yang menyebabkan pencapaian bahasa Inggeris merosot apabila dibuat peratusan penilaian.

12. Faktor persekitaran seperti tempat tinggal pelajar juga memainkan peranan penting. Anak-anak orang bandar Melayu, Cina, India dll lebih terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa pertuturan di rumah, tempat bermain, tuisyen, sekolah dan sebagainya. Mereka lebih gemar membaca buku-buku Inggeris, menonton filem Inggeris, berinteraksi dengan internet, menggemari muzik-muzik barat dan boleh dikatakan corak hidup mereka lebih orang putih dariorang putih.

13. Jika kita buat tinjauan kepada pelajar kampung atau sub-urban atau suburb, ia bercampur-campur mengikut latar belakang keluarga. Ada yang hari-hari membaca buku, majalah dan akhbar Inggeris dan ada pula yang baca 2 buah buku (fiction) bahasa Inggeris setahun.

14. Perpustakaan juga hari ini kurang bahan-bahan bacaan Inggeris seperti tahun-tahun 60an dan 70an. Ambil contoh perpustakaan Taiping Perak. Dahulunya banyak bahan-bahan bacaan seperti Bambino, dennice the menace. bat man, popular mechanic, popular science, national geography dll, hari ini dibawah pentadbiran perpustakaan negara semua majalah tersebut digantikan dengan majalah tempatan berbahasa Melayu.

15. Buku-buku fiction bahasa Inggeris hari ini juga amat mahal sedangkan ianya menggunakan kertas sayur yang memang murah. Tidak hairanlah minat membaca buku beralih kepada internet. itu pun kepada mereka yang berminat sahaja. Anak kampung internet pun hanya berpeluang melayari di sekolah , itu pun bergantung kepada guru.

16. Guru bahasa Inggeris juga dibebani dengan tugas-tugas perkeranian yang membebankan mereka dan tumpuan untuk menyediakan carta-carta dan alatan mengajar semakin terhad. Setiap hari ada saja benda yang nak di key-in ke dalam sistem online.

17. Methodology pengajaran bahasa Inggeris pun tidak dibuat secara betul seperti mana atau sewaktu guru-guru dilatih di institut perguruan. Masa latihan mengajar sahaja mereka rajin buat macam-macam alatan dan gajet tetapi selepas bergelar guru dan disahkan jawatan masuk kelas hanya bawa buku teks dan buku rujukan tanpa sebarang carta atau gajet.

18. Ada guru yang hanya bergantung kepada soalan ramalan yang 99 peratus ( soalan tepat) untuk Upsr, Pmr dan Spm. Pengajaran dalam kelas juga lebih berorientasikan pandang,dengar dan tulis kurang aktiviti berkomunikasi.

19. Hanya yang mempunyai latarbelakang yang hebat sahaja akan menonjol dan mewakil pelbagai pertandingan bahasa inggeris seperti choral speaking. pelajar yang kelas hujung terus ditinggalkan.

20. Cukuplah tu...