Gambar2 diatas adalah sesi kelas Tuisyen Percuma B.Inggeris di Ladang Bukit Perak sedang berjalan. Dan ini merupakan kelas terakhir (26.08.2011) mereka, sebelum menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September 2011 nanti. Walau pun bilangan pelajar disini sedikit dan agak jauh dari pekan daerah, demi pendidikan mereka, Biro Pendidikan tetap berusaha menganjurkan kelas ini supaya mereka tidak ketinggalan.
Walau bagaimana pun, jika diperhatikan betul2 gambar diatas anda akan dapati bahawa terdapat pelajar yg lebih dewasa bersama. Mereka adalah pelajar2 yg bakal menduduki peperiksaan PMR, Oktober nanti. Keadaan ini berlaku karana pelajar2 PMR tersebut tidak mampu untuk mengikuti kelas tuisyen berbayar yg terdapat di pekan daerah. Oleh itu, demi ilmu mereka rela menumpang kelas murid UPSR.
Oleh itu Biro Pendidikan, bercadang akan menganjurkan kelas ini lebih awal tahun depan, sekiranya ada peruntukan dana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan