Ahad, 1 November 2009

Menyanggah Chua Jui Meng

BEKAS Menteri kesihatan, Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu menolak konsep ketuanan Melayu. Beliau juga menganggap ketuanan Melayu yang dikaitkan dengan UMNO menjadikan kaum-kaum lain sebagai hamba.

Ulasan Saya:
  • Contoh terbaik jenis manusia yg tidak mengenang budi. Selama berpuluh tahun beliau dalam BN, tidak pernah terkeluar pun dari mulut beliau bahawa UMNO menindas. Malah beliau turut sama2 mempertahankan pakatan BN yg diketuai oleh UMNO bila diserang pembangkang.
  • Sebelum ini beliau turut menyokong perlembagaan Malaysia, yg jelas memperakui ketuanan Melayu. Oleh itu, elok kita bertanya semula kepada Chua Jui Meng, fahamkah apa yg dimaksudkan dengan 'ketuanan Melayu' itu ? Kalau tidak faham, bersekolah lah semula atau sekadar buat2 tak faham.
  • Jikalau rakyat menolak perlakuan racist, maka wajarlah beliau ditolak oleh rakyat. Sememangnya kenyataan Chua Jui Meng berniat jahat, cuba menanam kebencian rakyat kepada UMNO.
  • Apa salah UMNO? Adakah UMNO benar2 menindas?
  • Cuba tuan2 bayangkan bagaimana ikhlas UMNO sehingga sanggup berkongsi kuasa dengan kaum2 lain di Malaysia. Sanggup menawarkan kerusi2 majoriti kaum Melayu kepada parti2 komponan, membenarkan sekolah2 berasaskan kaum dibuka. Malah membenarkan bahasa ibunda diajar disekolah2 mereka. Bukankah itu pengorbanan? Cuba Chua bandingkan nasib imigran di negara jiran2 kita. Apakah mereka bernasib baik seperti kaum2 Chua alami di bumi Malaysia. Mengapa tidak tahu menghargai pengorbanan UMNO selama ini.
  • Oleh itu nasihat kita kepada Chua Jui Meng 'sudah terang lagi bersuluh'. Tepuk dada tanya selera.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan