Sabtu, 31 Oktober 2009

MCA Tidak Berganjak

MCA tidak akan berganjak daripada pendiriannya yang mahu sekolah pelbagai aliran diteruskan di negara ini meskipun ada pihak mencadangkan sekolah satu aliran dilaksanakan bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekolah pelbagai aliran yang diamalkan di negara ini sejak kemerdekaan adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ia merupakan satu perkara yang menjadi realiti di negara ini.

“Kita tidak ada masalah untuk menerima apa jua usaha untuk memupuk perpaduan nasional di kalangan pelajar termasuk Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), perkhemahan 1Malaysia dan sebagainya.

“Oleh kerana kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil memang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, maka ia sepatutnya dikekalkan malah sistem pelbagai aliran harus diberi ruang untuk diperkembangkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) Pemuda MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat sepakat dengan pelaksanaan sekolah satu aliran yang dicadangkan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Menurut Ka Siong, sekolah pelbagai aliran tidak boleh sama sekali dianggap sebagai penghalang kepada perpaduan nasional kerana ia tetap berteraskan nilai-nilai sejagat dan berpandukan kurikulum bersepadu yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, usaha memupuk perpaduan nasional bukan berkisar faktor pendidikan sahaja walaupun ada pihak yang berpendapat bahawa hanya sekolah satu aliran sahaja boleh merealisasikan usaha tersebut.

“Aspek lain yang juga harus diberi tumpuan dalam memupuk perpaduan nasional adalah penerimaan masyarakat pelbagai kaum terhadap adat dan cara hidup sesama mereka serta cara pergaulan dalam kehidupan seharian seperti semangat kejiranan,” katanya.

Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.

Menurut beliau, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.

Ulasan Saya:

Jelas, hanya orang Melayu sahaja yg memikirkan soal perpaduan kaum, dan sanggup berkorban bahasa dan negara kepada kaum2 lain di Malaysia. Dalam dunia ini hanya Malaysia sahaja membenarkan minoriti memiliki sekolah sendiri dan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.

Pada masa yang sama pakar2 bahasa mahu rakyat mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Adakah akan berjaya, dengan cara anak2 kecil dididik mencintai dan menghargai bahasa ibunda masing2? Jawapannya pasti tidak. Mana mungkin, kanak2 yg diasuh dengan sikap kiasu, mahu menerima perubahan bila dewasa nanti.

Setahu saya merekalah menjuarai penghapusan PPSMI tidak lama lagi. Sekarang, kenapa tidak mahu menjadi jaguh mendesak kerajaan mengwujudkan sekolah satu aliran? Masalah Perlembagaan? Iannya boleh diubah, jika kita mahu berubah.

Kenapa Thailand dan Indonesia lebih mampu melahirkan warga negara tulen? Menghargai negara tumpah darah mereka dan menghargai bahasa kebangsaan mereka. Kenapa di Malaysia setelah 52 tahun mencapai kemerdekaan masih ada warga negara tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Bercakap dengan petah dan lancar. Hingga sekarang, kaum Cina dan India lebih mendaulatkan bahasa ibunda berbanding Bahasa Kebangsaan.

Kenyataan bahawa program2 yg ada sudah cukup utk mengwujudkan suasana perpaduan di kalangan murid dan pelajar sekolah, adalah kenyataan yg sangat lemah. Mereka tidak langsung turun dan memerhati perlaksanaannya di sekolah2. Apa yg kita maklum program yg dibuat itu sekadar melepaskan batuk ditangga, tiada kesungguhan dan tiada pengisian. Pelajar pun faham program seumpama itu sekadar memenuhi masa terluang selepas peperiksaan.

Sekiranya mereka ikhlas, akuilah sudah sampai masanya anak2 Malaysia duduk belajar di satu tempat yg sama, menggunakan bahasa yg sama berkongsi tandas yg sama dan sbgnya. Buanglah sikap kiasu yg melampau. Masih mahukah mengekalkan sistem pendidikan yg ditinggalkan penjajah, sedangkan kita sudah lama merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan