- Kenyataan Tun Mahathir di UiTM Terangganu soal 'calon bersih', amat jelas dan konsisten. Keengganan beliau hadir dalam kempen untuk memenangkan Tan Sri Isa, menggambarkan ketegasan kehendak serta kemahuan beliau dalam usaha pembersihan UMNO. Memperlekehkan pendapat Tun amat bahaya.
- Jangan pula kita lupa, kata2 Tun adalah 'kata2 keramat', perlu diberi perhatian. Walau pun Tun suadah amat berusia dan dianggap tidak relevan lagi dengan kepimpinan semasa, namun kemahuan dan cara tindakan beliau begitu 'ideal' dengan semangat dan citarasa golongan muda. Golongan muda kini mahu ditunjukkan 'pencapaian' bukan slogan kosong yg memualkan. Tun telah menunjukkan 'pencapaian' sebenar sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Rancangan dan angan2 Tun kebanyakkan sudah dilaksanakan dengan jayanya. Itulah pencapaian sebenar. Rakyat dapat menilainya.
- Kurang peka atau lambat membaca fikiran Tun bermakna, kita akan menghadapi kesukaran lagi dalam PRU13. Apa tidaknya, PRU13 nanti amat bergantung kepada undi saluran 3 & 4, iaitu golongan belia. Sedang UMNO masih lagi terpinga2 mencari idea untuk menarik mereka semula, pihak pembangkang sudah lama membaca 'instinct' golongan muda. Dan jangan pula kita lupa golongan muda inilah yg menjadi pengikut setia blognya.
- Sebenarnya UMNO tidak ada pilihan, sekiranya mahu terus relevan dikalangan orang Melayu. UMNO perlu bersih dan dilihat bersih. Orang Melayu sudah meluat dengan retorik 'agenda Melayu'. Mana mungkin pemimpin rasuah dan mempraktikkan politik wang demi kuasa, boleh diharap membela nasib orang Melayu? Mereka melihat pemimpin sebegini hanya menjaga 'tembolok sendiri' sahaja. Rakyat tidak pernah didahulukan dan pencapaian tidak pernah diutamakan.
- Mendengar nasihat dan pandangan Tun, bukan bermaksud pemimpin UMNO lemah. Sebaliknya parti ini sungguh bertuah kerana masih ada insan yg disayangi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia menanggotainya. Oleh itu membiarkan Tun mengeluarkan kenyataan yg sia2 dan tidak dipedulikan oleh pemimpin kita, menyebabkan golongan yg menyanganginya dalam UMNO memprotes. 'Silent protest' sebeginilah penyumbang terbesar kekalahan BN dalam PRU12 lalu. Golongan ini lebih bahaya dari penggundi pembangkang, kerana tindakan mereka tidak dapat dibaca dan dijangka. Mereka bertindak berdasarkan emosi.
- Harapan kita sebagai ahli parti, UMNO cepat pulih demi kelangsungan agenda Melayu. Orang melayu masih mengharapkan UMNO utk terus membela nasib agama, bangsa dan negara. 'Hidup Melayu'
Rabu, 7 Oktober 2009
UMNO Mesti Bersih Dan Dilihat Bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan