- Apa pun rasional yg dibuat oleh Dato' Ketua Bahagian(KB) atas perlantikan Penghulu Malek sebagai Ketua Penerangan baru Pendang, kita dahulukan dengan ucapan tahniah dan selamat bertugas.
- Seperti mana yg pernah saya 'post'kan dahulu, KP adalah jawatan pegawai yg penting dalam organisasi UMNO. Bila Dato KB membuat keputusan melantik Peng Malek memegang jawatan tersebut, sudah tentulah pelbagai pertimbangan dan penelitian sudah dibuat. Aktif atau tidak UMNO Pendang selepas ini bergantung kepada kebijaksanaan KP. Sebab itulah KP mestilah seorang yg kreatif dan inovatif dan tahu merencana dan menyusun program yg berkualiti dan sesuai dgn tuntutan semasa.
- Bagi saya, beliau mungkin orang yg mampu dan boleh bekerja sekiranya diberi tanggungjawab. Dan sudah tentu beliau orang kepercayaan Dato KB.
- Tetapi bagi orang yg suka membuat spekulasi, perlantikkan ini sudah tentulah menimbulkan pelbagai tafsiran dan andaian. Pada mereka, mengapa tidak dilantik orang itu atau orang ini? Mungkin orang ini lebih berkesan dan mampu dari orang itu. Kalau lantik orang ini, apa kesannya pada Dato KB dan Tok Man? Adakah dengan perlantikan orang itu pengaruh Tok Man hidup balik atau terus mati?
- Walau apa tanggapan ahli UMNO atas perlantikan ini, harapan kita supaya KP akan lekas bergerak dalam usaha memperkasakan semula UMNO Pendang. Jangan memegang jawatan pegawai, kalau ntidak tahu merencana dan menjana semula sokongan orang Melayu Pendang kepada UMNO.
- So, saya sebagai Pengerusi Biro Pendidikan dan AJK, mengucapkan setinggi2 tahniah dan Selamat Berkhidmat kepada KP baru.
Isnin, 5 Oktober 2009
Tahniah Ketua Penerangan Baru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan