Jumaat, 23 Oktober 2009

Ubah Imej Dan Penampilan- Demi UMNO.

  1. Imej dan penampilan sangat penting sebagai pemimpin. Pemimpin yang bijak biasanya mampu membaca imej yg disukai dan diterima rakyat. Bukan memaksa rakyat menerima imej dan penampilannya. Ingat, pemimpin bukan artis, walau pun kedua2nya sangat pentingkan publisiti. Pemimpin sejati, tidak perlu dilihat sebagai ahli koperat atau kontraktor. Imej ini lagi bahaya.
  2. Masa lalu, pemimpin mestilah digeruni. Ketika itu, rakyat tidak pernah mahu mempersoalkan cara kepimpinan mereka, dan pemimpin biasanya diletakkan pada taraf yang lebih tinggi dan dihormati. Pemimpin sendiri pun ketika itu, bertindak sebagai pemimpin dalam ertikata yang sebenar. Merekalah sebagai imam, pendamai dan tempat penyelesaiaan masalah.
  3. Demi kelangsungan UMNO, saya menyeru Pemimipin peringkat tertinggi dan kepimpinan UMNO Bahagian Pendang khususnya, agar tuan2 menampilkan imej yang betul dan diterima masyarakat .
  4. Buang imej cermin mata hitam sangkut atas kepala, watak pemuda seperti 'bouncer' dengan gelang besi di tangan, bersubang dan berjalan terhinggut2 macam negro Amerika, puteri yang berambut 'blonde', memakai cincin batu penuh jari. Dan tak terkecuali imej 'stereotype' wanita UMNO, dengan sanggul besar tempayan, rantai labuh penuh di dada ala2 mami jarum dan sebagainya yang kurang disukai oleh masyarakat Melayu kini.
  5. Tampilkan semula imej Melayu sejati, seperti matang dalam tuturkata, menghormati orang2 tua, berbudi bahasa dan berpekerti mulia. Dan yang terpenting UMNO mestilah menampilkan imej bijaksana, berketrampilan dan intektual.
  6. Sekiranya pemimpin2 sayang pada UMNO, berkorbanlah. Tampilkan imej yg ideal dengan masyarakat yang tuan2 wakili. Insyaallah UMNO akan didekati kembali.

1 ulasan:

  1. Pedih tapi manis ...
    -Cucu Menantu Wan Hijau-

    BalasPadam