Selasa, 27 Oktober 2009

DUN Kelantan Lulus Kenaikan Elaun Wakil Rakyat

KOTA BAHARU 27 Okt. — Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dinaikkan selepas kali terakhir ia dinaikkan pada 2004.

Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua 45 anggota dewan, termasuk enam anggota pembangkang dalam persidangan DUN yang masuk hari ketujuh, hari ini.

Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) (RM3,600 kepada RM4,600).

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata, kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda. - Bernama

Ulasan Saya:

Tahniah kepada wakil2 rakyat di Kelantan, kerana berani menaikkan elaun mereka dimasa kakitangan kerajaan yg lain tidak diberi bonus pun tahun ini. Dengan laporan pendapatan kewangan negeri yg begitu buruk mereka masih boleh menaikkan elaun wakil rakyat. Hebat, hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan