- "Cawangan2 UMNO seluruh Malaysia perlu digerak dan diaktifkan semula.".demikian kenyataan Tan Seri Muhyidin Yasin, Timbalan Presiden UMNO, semasa membuat ucapan di sebuah cawangan dalam Bagan Pinang baru2 ini.
- Saya amat bersetuju dengan saranan beliau. Sudah lama kita mengabaikan peranan ketua2 cawangan dalam usaha memperkasakan parti. Selama ini cawangan2 UMNO dibiarkan menjadi pasif, tidak proaktif. Kebanyakkan kerja2 UMNO di cawangan diatur oleh Bahagian. Sebaliknya tugas ketua cawangan/ Pengerusi JKK terbatas, hanya melibatkan pengesahan sijil, borang bantuan biasiswa, bantuan PPRT dan hal2 yg berkaitan. Itu pun kerana mereka sahaja yg memegang cop yg sah dan laku untuk tujuan tersebut.
- Sudah lama diperhatikan, ketua2 cawangan jarang diberi peranan dalam program yg dianjurkan oleh Bahagian. Mereka hanya diminta utk meramaikan majlis sahaja. Kesannya, ketua2 cawangan tidak tahu cara menganjurkan program di cawangan sendiri, malah lebih dasyat ada dikalangan ketua cawangan tidak tahu cara menulis minit mesyuarat dan laporan kewangan utk dibentang dlm setiap kali mesyuarat cawangan berlangsung. Semuanya mengharapkan Bahagian. Ini cara didikan yg salah.
- Bahagian dilihat begitu dominan dan terlalu mengawal aktiviti cawangan. Kenapa begitu? Semuanya kerana 'wang'. Wang perbelanjaan dikawal oleh Bahagian. Oleh itu Bahagian hanya akan mengeluarkan perbelanjaan kalau sesuatu program itu, menepati citarasa. Maksudnya cawangan yg 'sebulu' sahaja yg selalu mendapat pertimbangan, yg lain jarang mendapat perhatian. Kesannya ketua2 cawangan tidak bebas menganjur program yg diperlukan oleh masyarakat setempat. Semuanya perlu kelulusan Bahagian. Tindakan seperti ini tidak membantu pertambahan ahli UMNO. Ternampak seolah2 menyekat perkembangan cawangan. Sepatutnya kita akui perbezaan pandangan dan kehendak cawangan dan bahagian. Sebenarnya, cawangan lebih mengetahui apa yg dimahukan oleh masyarakat setempat.
- Sudah sampai masa UMNO Malaysia menyalurkan terus wang perbelanjaan mengurus cawangan ke akaun cawangan2. Maksudnya tidak lagi melalui Bahagian. Bahagian hanya diberi tugas memastikan wang yg disalurkan itu dibelanjakan dengan cara yg betul dan memanafaatkan ahli UMNO di cawangan masing2. Caranya Bahagian boleh meminta laporan program yg akan dibuat disamping menghantar wakil Bahagian utk mengesahkan setiap program yg dianjurkan itu benar2 berjalan pada masa yg ditetapkan.
Khamis, 8 Oktober 2009
Aktifkan Semula Cawangan2 UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jemput ke blog saya http://teknikmemorimohaf.blogspot.com/.
BalasPadamMungkin ini satu penemuan baru.
Kalau tak untuk saudara, mungkin untuk anak, anak saudara, jiran. kawan rakan...
Terima kasih.