- UMNO sudah pun mengalami fasa perubahan terpenting dalam sejarah penubuhannya, iaitu dengan membuat Pindaan Perlembagaan parti, baru2 ini. Pindaan ini dilihat sebagai satu langkah yg sangat radikal dan berani oleh Presiden dan Timbalan Presiden . Menerusi pindaan tersebut jawatan tertinggi parti kini, boleh dicabar sesiapa saja yg merasakan dirinya layak. Maksudnya jawatan Presiden dan Timb Presiden, tidak lagi kebal.
- Pindaan juga bertujuan menghapuskan permainan 'politik wang', oleh pemimpin UMNO yg 'gila kuasa'. Kerana pemimpin yg dipilih melalui 'politik wang', bukanlah pemimpin sejati. Mereka tidak tahan diuji, mudah menggelabah, tiada keyakinan diri, bodoh dan tidak boleh diharap menjaga negara.
- Adat kata, UMNO sudah pun berubah selepas pindaan ini. Bagaimanapula dgn ahli UMNO? Sanggupkah kita mengubah diri kita selari dengan tuntutan perubahan yg kita laungkan dan sudah pun dipersetujui ini. Bolehkah kita berlaku jujur semasa pemilihan pemimpin nanti, dengan memilih calon yg benar2 mampu dan berkualiti serta memenuhi standard KPI sebelum memberi undi?
- Sanggupkah ahli2 parti, ketua2 cawangan, para perwakilan dan ketua2 bahagian menolak pemberian duit2 saguhati, duit kopi, duit poket, duit belanja dan tah apa2 jenis duit lagi sebagai tukar ganti undi?
- Tepuk dada tanya selera. Untuk berubah, UMNO menuntut keikhlasan ahli2nya. Hormatilah perubahan yg kita laung2kan sebelum ini. Jauhi perumpamaan 'hangat-hangat tahi ayam'. Jangan sampai parti kita dipersendakan atau masyarakat menilai semula sokongan mereka. Maka punahlah segalanya.
- Jikalau ahli UMNO sanggup meninggalkan amalan dan perbuatan lama, saya yakin UMNO akan kembali semula di persada.
Khamis, 22 Oktober 2009
Hangat-Hangat Tahi Ayam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan