skip to main |
skip to sidebar
Musim Perayaan Lebih Bahaya Dari Wabak H1N1
- Gagal. Itulah kesimpulan Ops Sikap yg dilancarkan oleh pihak polis pada setiap musim perayaan. Statistik menunjukkan terdapat peningkatan kemalangan dan kematian sebanyak 25.4 %, iaitu 261 orang berbanding ops sikap ke 17 lalu.
- Pendapat saya, Ops Sikap tidak gagal sebenarnya. Tetapi pemandu di Malaysia yg gagal. Mereka gagal, setelah berjaya mengawal hawa nafsu di bulan puasa, namun gagal mengawal nafsu memandu 'ikut suka'.
- Peliknya orang Melayu lah paling ramai terlibat dalam kemalangan maut. Sepatutnya orang Melayu yg terkenal dgn kesatunannya, mampu menunjukkan cara pemanduan berhemah dan bertimbang rasa. Sesuai dgn budaya dan cara hidup kita. Sebaliknya berlaku, bila mereka diatas jalanraya. Kebanyakkan pemandu Melayu menjadi agresif dan hilang pertimbangannya.
- Kematian yg begitu tinggi, menunjukkan kita tidak tahu menghargai nyawa. Kalau di negara lain kematian sebegini banyak mungkin disebabkan kebuluran akibat kemiskinan atau bencana alam, peperangan mempertahankan tanahair atau pun disebabkan wabak penyakit yg berbahaya. Dan kebanyakkannya berlaku di negara mundur dunia ke 3. Malaysia negara maju, aman damai serta makmur. Namun sikap pemandu di Malaysia seperti orang yg tidak bertamadun kelas 3. Tidak tahu menghargai nyawa sendiri dan pemandu lain. Susah sangatkah menjadi pemandu berhemah ?
- Jikalau pihak polis sudah mengaku Ops Sikap gagal dan penilaian masyarakat pun begitu, maka pihak polis dan masyarakat perlu sama2 mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Denda yg tinggi sahaja tidak mampu mengubah sikap pemandu di jalanraya. Atau pihak polis boleh meminta pandangan masyarakat, apkah tindakan yg sepatutnya diambil bagi mengubah SIKAP mereka semasa di jalanraya.
- Disini kita cadangkan beberapa cara untuk mengurangkan kemalangan musim raya. Antaranya:
- Mengantung lesen pemandu yg terlibat dalam kemalangan maut dalam jangka masa yg lama.
- Melarang sama sekali kenderaan berat melalui lebuhraya atau jalan persekutuan waktu malam sepanjang Ops sikap bermula.
- Meminta konsesi lebuhraya memberi laluan percuma pada waktu tertentu di semua tol lebuhraya. Terutamanya untuk kereta.
- Kerajaan perlu mengaturkan cuti yg sesuai, supaya rakyat dapat pulang berhari raya dan balik semula bekerja secara terancang dan selamat.
- Memberi cuti lebih awal dan lebih panjang kepada institusi pendidikan supaya mereka dapat pulang dahulu daripada lain2 sektor dan pulang lebih lewat. Mereka ini pengguna jalanraya terbesar jumlahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan