- Hampir 1 dekad Parlimen Pendang dibawah penguasaan PAS, sejak itu jugalah program pembangunan hampir 'zero' disini. Persoalannya mengapa warga Pendang suka dikuasai oleh Pas? Apa istimewanya Pas, kalau dibandingkan dengan UMNO?
- Sekarang seluruh Kedah dikuasai Pas. Rakyat sepatutnya dapat menilai dan membuat perbandingan. Bagus benarkah pentadbiran Pas dinegeri Kedah? Lebih islamikkah Kedah berbanding masa2 lalu di bawah UMNO?
- Pada pemerhatian saya, Pas gagal sama sekali menjalankan tanggunjawab sebagai kerajaan di Kedah. Mereka tidak bersedia sebagai kerajaan. Pas sepatutnya menjadi parti pendesak orang Melayu Islam, iaitu berperanan sebagaimana DAP mendesak MCA dan Gerakan dalam BN. Apa saja tindakan UMNO yang tersasar dari kepentingan Melayu Islam, maka Pas lah akan berperanan mendesak dan membetulkan UMNO.
- Kegagalan Pas mentadbir Kedah sangat ketara dan makin jelas, masalah sampah pun gagal diatasi, sehinggakan Alor Setar digelar bandaraya sampah. Dato MB Kedah pun malu dengan masalah sampah di sini, sehinggakan beliau meminta maaf kepada rakyat Kedah yg pulang berhari raya tempoh hari. Kalau dulu Mahfuz Omar begitu agresif terhadap kegagalan MBAS menyelesaikan kutipan sampah dalam tempoh 2 hari, sekarang MBAS dibawah Pas lebih teruk. Sampah yg dilonggok sudah seminggu pun belum tentu dikutip. Malah rumput rampai yg tumbuh di 'divider' jalan sampai ke paras lutut pun tidak dipotong. Memang mudah mengkritik, tapi bila mereka sendiri menjadi kerajaan, mereka tidak mampu.
- Jadi bagaimana kita boleh mengharapkan Pas dan PR memerintah negara. Masalah sekecil ini pun gagal diatasi. Inikan pula masalah ekonomi negara. Tuhan menunjukkan contoh untuk dibuat perbandingan. Lihatlah negeri Kelantan yg sudah 20 tahun dibawah pemerintahan Pas. Majukah orang Islam di sana? Sudah tiadakah rakyat yg miskin di sana? Islamik sangatkah Kelantan? Layakkah ia digelar 'Serambi Mekah'? Semakin kurangkah masalah sosial di Kelantan berbanding negeri2 lain, di bawah BN? Alasan masih awal untuk menilai pemerintahan Pas, sudah tidak boleh dijadikan alasan di sana.
- Pendang sepatutnya sudah menikmati pembangunan yg lebih pesat berbanding sekarang , dengan adanya susur keluar bertol di Kokbah. Projek2 perumahan sepatutnya lebih pesat di sini, kerana laluan Pendang- A.Setar dan Pendang- Sg Petani sudah di dekatkan. Pemaju2 perumahan sepatutnya sudah berebut2 membeli tanah untuk tujuan perumahan kerana berdaya maju, strategik dan masih murah. Namun warga Pendang mensia2kan keistimewaan ini, dengan memilih calon Pas mewakili mereka ke Parlimen. Apa yg boleh dibuat oleh calon ini? Dia tidak berminat dengan pembangunan dan kemajuan. Dia tidak menerima kemajuan, malah sanggup membiarkan warga Pendang dibawah kemajuan yg sepatutnya.
- Tuan2 boleh bayangkan bagaimana Pendang akan berkembang sekirannya pemaju2 perumahan memilihnya sebagai kawasan pembinaan projek perumahan? Berdasarkan jangkaan yg mudah, bertambahnya kawasan penempatan, maka bertambahlah kegiatan perniagaan dan kegiatan2 ekonomi yg lain, seterusnya bertambahlah pendapatan rakyat. Pendapatan bertambah bermaksud kualiti kehidupan bertambah baik. Dan paling penting masyarakat Pendang tidak perlu keluar daerah lagi untuk bekerja. Disini pun pelbagai pekerjaan boleh dibuat kerana ada orang memerlukannya.
- Harapan saya kepada warga Pendang, agar mereka 'Berani Berubah'. Hijrahlah demi kehidupan yg lebih baik dan kemajuan yg lebih pesat di Pendang. Kemajuan amat penting dalam kehidupan. Maju bermaksud peningkatan pendapatan, sempurna prasarananya, berpendidikan, mudah mencari makan dan paling penting makin kurang kemiskinan.
- Oleh itu, Pendang tidak boleh lagi ketinggalan dari segi pembangunan. Kita sudah lama ditinggalkan.
- UMNO sudah pun menjanjikan perubahan, oleh itu warga Pendang, kembalilah kepada UMNO . Sebenarnya, tiada parti lain yg mampu memperjuangkan hak2 kita orang Melayu Islam selain UMNO. Usahlah terpedaya dengan tohmahan pembangkang, kononnya seluruh dunia sudah menukar kepimpinan mereka. Kenapa kita perlu menukar kepimpinan negara, kalau hidup kita selama ini cukup terbela.
Sabtu, 17 Oktober 2009
Membangun Bersama UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan