Jangan le dirisaukan sangat pasal ‘hiruk-pikuk’ politik yang sedang berlaku sekarang ni. Itu cuma sementara dan ianya terjadi kerana orang politik sedang bertarung mencari pengaruh untuk parti masing-masing. Kalau tak percaya tengok aje selepas PRU-13 nanti. Semuanya akan senyap. Reda dan sepi.”
Demikian kata seorang sahabat lama yang penulis temui di majlis kenduri walimatuurus anak seorang sahabat tengah hari tadi.
Oleh kerana lama tak jumpa dengan kawan lama itu, penulis dan beberapa rakan lain mengambil tempat di satu sudut khemah tempat jamuan, sambil bertanyakan khabar masing-masing.
Biasalah.... bila geng pencen berjumpa. Macam-macam hal yang kami bualkan. Selain mengetahui khabar keluarga dan anak masing-masing. Semuanya dalam keadaan ceria dan berasa selamat berada di negara bertuah ini, sementara menunggu masa perintah menghadap Allah swt.
Sembang punya sembang, isu politik tidak pernah tertinggal untuk dibualkan. Dan tumpuan sembang kami berkaitan isu semasa – isu masa depan orang Melayu. Bila sebut soal masa depan Melayu, nama Mufti Perak, Harrussani Zakaria tidak terkecuali jadi bahan utama.
Kesimpulan kepada apa yang di sembangkan, ayat intro tulisan ini menutup perbualan yang agak serius dan panjang lebar itu.
Kata-kata: “Ya, semuanya akan berhenti kalau DS Najib adakan pilihan raya umum cepat. Semua akan tutup cerita. Yang menang akan berkuasa, sementara yang kalah tersandar mengenangkan nasib politik masing-masing. Silap hari bulan, duit habis, badan penat, apa yang dihajat tak tercapai. Kalau badan sihat tak apa, tapi kalau umur macam kita ni.... masuk wad le jawabnya, sakit jantung....”
Kata-kata itu menutup perbualan kami dan beransur meninggalkan majlis.
Memikirkan kata-kata itu, penulis rasakan ada kebenarannya pendapat rakan lama itu. Dia berkata dengan jujur dan pandangannya selamba. Dia bukan orang politik. Dia ada perniagaan sendiri selepas pencen. Kehidupannya tampak sejahtera dan aman. Badannya sihat dan rambutnya pun tetap kemas dan tidak banyak yang gugur. Kecuali telah 80% bertukar warna dari hitam kepada putih.
Bila ditegur mengenai rambutnya, sepontan dia menjawab: “Yang putih tu bukannya rambut, itu bunga rambut.”
Kalau difikir-fikirkan, yang pemimpin Pas melalak takutkan perpaduan Melayu itu kerana apa? Sudah tentu jawabnya kerana takut sokongan orang Melayu berkurangan. Begitu juga dengan PKR. Mereka takut orang Melayu tidak menyokong mereka sepertimana PRU-12 lalu.
UMNO pun serupa. Saranan supaya orang Melayu bersatu padu sangat disambut baik. Tujuannya juga sama. Mahukan sokongan bertambah dan seperti apa yang berlaku pada PRU lalu tidak berulang. Oleh kerana UMNO itu menjenamakan perjuangannya untuk orang Melayu, maka soal perpaduan Melayu dianggap memihak kepadanya. Yang sengsara dengan saranan itu ialah Pas dan PKR.
DAP, parti cauvanis kaum Cina pulak sentiasa mahu menunjukkan mereka adalah parti politik yang seratus peratus memperjuangkan naib dan masa depan kaum imigran Cina di negara ini. Kejayaan DAP menawan Pulau Pinang dan menjadi tonggak kerajaan Selangor, memberi perangsang kepadanya untuk membuktikan mereka adalah pejuang kaum imigran Cina.
Itu jugalah yang cuba DAP tonjolkan di Perak selama sebelas bulan Pakatan menerajui kerajaan negeri. Walau pun wakil Pas yang jadi MB tetapi, kuasa penentu dan tonggak kepada pakatan di Perak adalah DAP. Mereka mempunyai lebih kerusi dan sewajarnya DAP jadi tonggak. Malangnya, kerana tidak ada wakil kaum Melayu dalam DAP, parti itu terlepas peluang untuk meletakkan wakil sebagai MB.
Sekarang, BN yang ditunjangi UMNO beriya-iya menarik sokongan kaum imigran Cina dan India. BN sedar, kekalahan calon BN dari Gerakan, MCA dan MIC adalah kerana kaum berkenaan tidak lagi memberikan sokongan seperti dulu.
Pelbagai usaha dan tawaran wang ringgit diberikan kepada komuniti kaum imigran berkenaan tetapi, sokongan terhadap BN tidak seberapa. Kaum imigran Cina dengan terang-terangan menunjukkan mereka tidak menyokong BN.
Walaupun DS najib menunaikan perlbagai janji pembangunan, mereka tetap tidak menyokong BN. Duit mereka sapu, undi tetapi untuk pembangkang. Peluru habis, pelembang tak alah.
Beberapa siri pilihan raya kecil selepas PRU-12 membuktikannya. Walaupun PRK Hulu Selangor berjaya mengembalikan sokongan kepada BN, undi kaum Cina di sana semakin bertambah untuk pembangkang.
Kaum Cina masih bertekad mengekalkan sokongan kepada DAP. Dan kerana itu para pemimpin DAP terpaksalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang panas dan membakar semangat kaum Cina. Maka lahirlah dari Cina untuk Cina.
Tindakan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tony Pua dan ramai lagi, semuanya bermaksud memastikan kaum imigran Cina kekal menyokong DAP. Malah mereka berusaha dan berharap pada PRU akan datang sokongan kepada parti itu lebih meningkat lagi.
Kaedah yang digunakan adalah mengeluarkan kenyataan yang menentang kemimpin kaum Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, keutamaan agama Islam, Bahasa Melayu dan tidak ketinggalan memperlekeh institusi Raja-raja Melayu. Pendek kata mereka merncabar dan mempertikai apa yang terdapat dalam perlembagaan dengan garang dan berani sekali.
Modal kecaman dan tuntutan mereka adalah keadilan. Kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dianggap berat sebelah dan tidak menepati prinsip hak asasi manusia.
Maka bersilatlah mereka dengan kata-kata dan ucapan berapi mengenai kaum masing-masing. Yang Melayu dengan semangat Melayunya, Cina dengan semangat Cinanya dan begitu juga dengan kaum India.
Lebih menyemarakkan keadaan, PERKASA – persekutuan NGO Melayu, berjaya ditubuhkan. Dengan lantang PERKASA mengambil peranan mempertahan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Kelantangan ketuanya, Dato’ Ibrahim Ali, menjadikan isu masa depan orang Melayu di negaranya sendiri semakin panas. Panas dan terus panas.
Berdasarkan kenyataan taman lama penulis seperti tersebut di awal tadi, Ibrahim Ali juga tidak terkecuali kerana PRU akan datang. Beliau jadi MP tanpa parti. UMNO bukan, Pas pun tidak.
Entahlah.... Nampaknya PRU yang diadakan berdasar prinsip demokrasi itu telah sampai ke tahap tidak lagi menjamin kesejahteraan rakyat. Malah mencetuskan perbalahan sesama kaum dan tidak ketinggalan, antara kaum. Seolah-olah kerana sistem demokrasilah semua kekalutan politik yang melanda negara tercetus.
Nak katakan salah, ada betulnya. Terpulanglah kepada persepsi masing-masing.

Pak Sulung: Negara kita kini sedang dilanda sindrom persepsi. Dan kerana persepsi yang pelbagai, segalanya jadi bercelaru, keliru dan akhirnya jadi haru-biru.
Dipetik dari satu melayu
BN MENANG KEDAH SENANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan