Khamis, 30 September 2010

UMNO Perlu Berubah

SAYA amat tertarik membaca rencana bertajuk Pemimpin UMNO perlu bangkit yang ditulis oleh Saudara Jamal Lulkhir Jaludin di muka 11 Utusan Malaysia semalam, 29 September 2010.

Apa yang tersurat serta tersirat dalam rencana ini mempunyai kebenaran yang amat saya sokong berteraskan kepada pengalaman saya bergerak di peringkat akar umbi di seluruh tanah air.

Landskap dan senario politik tanah air kita sedang mengalami satu perubahan yang cukup ketara di mana ia memerlukan satu blueprint baru pada UMNO bagi menembusi benteng 'mental block' khasnya di kalangan segelintir generasi muda yang buta sejarah politik tanah air.

UMNO perlu di overhaul secara total bagi menjaminkan agar ia terus relevan kepada segenap lapisan masyarakat Melayu. Sama ada kita suka atau tidak berteraskan kepada faktor usia UMNO yang telah mencecah lebih daripada usia 50 tahun, ia harus berhati-hati di dalam menggerakkan serta melaksanakan agenda politik hariannya.

Sejarah telah membuktikan bahawa mana-mana parti politik walaupun besar dan ternama akan mengalami zaman menurun setelah usia mencecah melebihi setengah abad. Contoh nyata adalah parti Kongres di India dan LDP di Jepun serta beberapa lagi di dunia luar.

Hakikatnya, majoriti rakyat berbangsa Melayu khasnya di kalangan generasi tua masih menyayangi UMNO berdasarkan kepada fakta sejarah perjuangan UMNO di dalam memartabatkan bangsa, agama mahupun tanah air.

Namun, persepsi generasi muda yang kurang mendalami fakta sejarah politik negara pula semakin merenggangkan diri mereka dengan UMNO.

Kalangan generasi juga dilahirkan dalam keadaan serba mewah natijah daripada perjuangan memartabatkan bangsa dan negara oleh tokoh pemimpin terdahulu UMNO.

Hidup mereka senang kerana negara sedang berada di tahap sedang membangun dengan pesat dalam suasana ekonomi yang agak makmur.

Kalangan generasi muda ini tidak pernah mengalami kesusahan seperti mana yang pernah dilalui oleh generasi terdahulu di dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Selama 22 tahun di bawah pentadbiran cemerlang Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah merancakkan persada ekonomi negara secara amat pesat yang telah memakmurkan punca pendapatan keseluruhan rakyat turut membuatkan kalangan generasi muda semakin angkuh serta lupa daratan. Ini adalah kerana mutu penghidupan mereka agak mewah.

Dari segi logiknya, UMNOlah yang telah memakmurkan ekonomi dan pembangunan negara melalui kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyaram Tun Hussein sehinggalah kepada kemuncak era kepimpinan emas Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi kenapa kini UMNO semakin dibenci oleh kalangan generasi muda dan ramai daripada mereka merenggangkan diri dengan UMNO.

Realitinya, rakyat khususnya generasi muda tidak membenci pada UMNO tetapi kepada segelintir daripada tokoh pemimpin UMNO baik dari tahap Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, tokoh-tokoh pemimpin peringkat negeri sehinggalah ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Persepsi mereka adalah pemimpin-pemimpin UMNO sombong, angkuh dan tidak mesra rakyat.

Saya banyak menjelajah di peringkat akar umbi dan mendapati ramai orang Melayu di peringkat bawahan mahukan Datuk Seri Najib membuat total political revamp.

Mereka menyatakan 60 peratus tokoh pemimpin sedia ada di seluruh negara harus digantikan dengan muka-muka baru yang lebih komited serta ikhlas di dalam perjuangan.

Suntikan idea baru untuk menjaminkan 'hak Melayu' terus terpelihara di samping bangsa lain turut diberi perhatian untuk menjaminkan negara majmuk ini berterusan aman damai sangat-sangat diperlukan bagi menjamin agar keyakinan rakyat terhadap kepimpinan masa kini pulih semula.

Bangsa Melayu adalah bangsa yang cukup baik, lembut, prihatin serta amat bertoleransi. Mereka beranggapan 'hak- hak Melayu' seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara yang telah dipersetujui secara bersama dengan bangsa asing melalui kontrak sosial sebelum menuntut kemerdekaan mesti dikekalkan, dihormati tanpa sebarang ungkitan lagi.

Sudah tiba masanya UMNO ubah paksi perjuangan dan balik kepada falsafah perjuangan lama. UMNO datang dari kampung dan kini mesti pulang ke kampung.

Jiwa pemimpin-pemimpin UMNO mesti berjiwa kampung. UMNO mesti mesra rakyat. Ideologi dan falsafah perjuangan UMNO harus berteraskan kepada memberi perhatian menangani permasalahan rakyat jelata di semua peringkat.

Jentera kepimpinan UMNO mesti rajin dan dinamis. UMNO tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan mengharapkan sokongan datang secara sendiri. Walaupun UMNO parti 'keramat' yang memerdekakan negara kita dari penjajah namun kini jasa serta fakta sejarah tidak lagi mencukupi untuk UMNO meraih kasih sayang dari akar umbi.

Kelab Veteran UMNO juga harus meletakkan diri mereka sebagai salah sebuah cabang penting kepada UMNO. Orientasi dan susunan strategi Kelab Veteran UMNO amat diperlukan.

Pengalaman pemimpin terdahulu cukup penting dan amat diperlukan UMNO. Jangan sama sekali anggap Kelab Veteran sebagai kelas ketiga.

Tokoh-tokoh veteran UMNO ramai yang masih menyengat. Tokoh-tokoh veteran UMNO seperti Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Abd Aziz Shamsuddin, Tan Sri Sabaruddin Chik, Tan Sri Abd Hamid Othman serta beberapa lagi adalah tenaga yang masih relevan untuk membantu 're-brand' UMNO ke kampung-kampung dan seluruh pelosok tanah air.

Sesungguhnya juga Tun Dr. Mahathir Mohamad harus diletakkan sebagai idola berkekalan UMNO dan dalam masa yang sama semua ahli UMNO mesti mempelajari pelbagai resipi pengetahuan daripada beliau untuk terus menjaminkan parti itu tetap relevan.

AKTIVIS POLITIK

Kuala Lumpur

Dipetik Dari Ruangan Forum Utusan Malaysia

BN MENANG KEDAH SENANG.

Rabu, 29 September 2010

Makmal Kecemerlangan SPM, Parlimen Pendang



Gambar2 Kem Kecemerlangan SPM
Parlimen Pendang. Anjuran Biro
Pendidikan & YPM
Pada 25 Sept 2010
Hari Sabtu
Jam 8.30 pg
Tempat Dewan MD Pendang
Kehadiran ; 500 orang pelajar.

Kepada semua pelajar SPM 2010
Pendang, saya sebagai Pegerusi Biro
Pendidikan Parlimen Pendang mendoakan kejayaan anda semua dlm
peperiksaan nanti.
















Selasa, 28 September 2010

Jamuan Hari Raya












Jamuah Hari Raya ini adalah untuk sahabat dan rakan taulan di Felda Sungai Tiang.

Berbuka Puasa Bersama Pak Lang Lazim





Sabtu, 25 September 2010

Makmal Kecemerlangan SPM Pendang

Makmal Kecemerlangan SPM Parlimen Pendang
Tarikh 25 September 2010
Masa 8.00 - 2.00 ptg
Tempat Dewan Majlis Daerah Pendang
Anjuran Biro Pendidikan Bahagian Pendang

Selamat bermakmal kepada 500 orang pelajar tingkatan 5 daeran Pendang.
Selamat Maju Jaya kepada anda semua.

Khamis, 16 September 2010

Masalah Hari Raya Di Sungai Tiang

Sambutan Hari Raya di Felda Sg Tiang begitu terjejas. Sehingga raya ke 6, bekalan air paip di blok 13A, terputus terus. pada siang hari. Titisan air paip hanya akan diperolehi semula pada tengah2 malam hari. Itu pun dengan kadar yg amat perlahan.

Oleh sebab terlalu marah ada individu telah menghubungi terus MB Kedah dan Dr Hayati sebagai wakil parlimen, menyatakan permasalahan yg sedang dihadapi. Namun jawapan yg diperolehi amat mengecewakan. MB memberi jaminan permasalahan ini akan diselesaikan 5 tahun lagi. Maksud disebalik jawapan MB ialah, undi Pas dalam pilihanraya 13 nanti, masalah ini pasti akan diselesaikan.

Sementara ahli parlimen Pendang pula sedang beraya di Melaka, di rumah mentua. Adilkah kepada masyarakat Pendang seorang wakil yg dipilih mewakili Pendang, beraya di tempat lain. Dia tidak pernah mahu memahami masalah yg sedang dihadapi oleh rakyat Pendang. Dan jawapan kepada individu yg menelefonnya, sudah tentu lagi mengewakan. Katanya di Melaka, dirumah mentuanya juga menghadapi masalah yg sama. Kami terpaksa menggunakan air telaga saja. Apakah kedaan di Melaka ada kena mengena dengan Felda Sg Tiang. Sepatutnya beliau mewakili kita disini dan masalah ini sudah diajukan saban tahun, kenapa tidak mahu memikirkan kaedah mengatasinya.

Saya amat2 bersimpati dengan nasib yg menimpa masyarakat saya. Dalam kegembiraan menyambut perayaan bersama anak, menantu, cucu, rakan dan taulan kemarahan pula terpaksa disemburkan. Kata2 kesat, sumpah seranah terpaksa diucapkan. Mana dia slogan Kedah Sejahtera? Sepatutnya permasalahan ini sudah lama diatasi oleh PR.

Sudah 2 penggal Dr Hayati menjadi YB. Mana dia kebijaksanaan tuan? Mengata orang memang mudah, tapi apa tindakan tuan mengatasi permasalahan rakyat. Sepatutnya dalam keadaan sekarang hasrat tuan membantu rakyat, lebih mudah kerana kerajaan negeri juga di perintah parti tuan.

Jelas pemimpin Pas, hanya pandai berjanji. Membela rakyat konon. Apa yg dapat mereka buat. Sedang rakyat beraya dalam kesusahan, pemimpin yg dipilih membantu rakyat melarikan diri ketempat lain.

Fikir-fikirkanlah, wahai rakyat Pendang. Apa yg patut tuan2 lakukan dalam PRU13 nanti. Patutkah dikekalkan pemimpin sebegini atau kita sama2 gantikan dengan pemimpin lain yg lebih berkemampuan membantu dan mendekati kita.

BN MENANG KEDAH SENANG

Pecutan Akhir SPM Anjuran Biro Pendidikan & Yayasan Pelajaran Mara

Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pendang bersama Yayasan Pelajaran Mara akan menganjurkan satu program yang bertajuk PECUTAN AKHIR SPM, seperti ketetapan berikut.

Tarikh Sept 2010,
Tempat di DEWAN MDP
Masa 8.30 pg - 2.00 ptg

Program ini adalah percuma. Pelajar2 yg berminat menyertainya, boleh menyemak dengan pihak sekolah mulai 19 sept 2010. Atau menelefon saya KU AZIZAN KU BAHAROM Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pendang. 019 4756120.


BN MENANG KEDAH SENANG

Ahad, 5 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


Salam Aidil Fitri
1 Syawal 1431H
kepada seluruh umat Islam warga Pendang dan seluruh Malaysia.
Maaf Zahir Batin.

Sabtu, 4 September 2010

Cyber War

  1. Strategi peperangan dalam pilihanraya, sudah berubah. Sebelum 2004, media utama p.raya adalah seperti poster, bannner, bahan bercetak kertas dan sudah tentu ceramah. Jadi penggundi zaman dahulu terpaksa keluar, untuk mendengar apa-apa penjelasan tentang sesuatu isu yang dibangkitkan oleh parti-parti yang bertanding.
  2. Sekarang, peperangan cara ini tidak lagi digunakan. Terutamannya parti pembangkang. Penggundi tidak perlu kemana-mana. Mereka boleh dikempen walaupun di bilik tidur. Peperangan ini dinamakan Cyber-War atau peperangan maya. Parti-parti yang bertanding tidak perlu lagi menggunakan medium lama, yang membazir. Sebaliknya mereka hanya menggunakan sebuah komputer. Dengan komputer dan laluan internet pelobi parti-parti yang bertanding boleh berhujah dan memberi maklumat kepada penggundi secara terus melalui blog atau website.
  3. Cyber-War, sebenarnya lebih kepada peperangan psaikologi, dimana penggundi akan di momokkan dengan artikel, gambar dan audio yang boleh dipertikai kebenarannya.
  4. Pilihanraya umum 2004, cyber-war menjadi senjata penting parti pembangkang. Mereka mengambil kesempatan kemajuan rakyat Malaysia dalam bidang ICT untuk berkempen. Sekarang lebih 18 juta rakyat Malaysia mempunyai komputer dan boleh mengakses internet. Ini bermakna parti pembangkang mengambil kesempatan berkempen kepada 18 juta orang rakyat Malaysia dengan cara yang murah dan mudah. Tapi berkesan.
  5. Kita juga tahu kumpulan yang mahir dalam penggunaan internet dan komputer ialah golongan muda. Mereka ini sudah lama terdedah dengan komputer dan internet oleh dasar pendidikan kerajaan. Rata-rata mereka ini, adalah penggundi pertama kali di saluran 3&4. Oleh itu, kita boleh bayangkan kenapa, dalam p.raya 2008, saluran 3 & 4 kebanyakkannya menggundi parti pembangkang.
  6. Di Pendang, pemimpin-pemimpin di Bahagian masih belum memikirkan kepentingan peperangan-maya ini. Bilangan golongan muda yang semakin membesar dalam piramid penduduk seolah-olah bukan ancaman dan cabaran kepada UMNO.
  7. Malah kita lupa, bahawa mereka adalah penggundi utama dalam Pru 13 nanti
  8. Sepatutnya pemimpin UMNO Bahagian mengambil kesempatan ini untuk merekrut seramai mungkin anak muda yang mahir dalam komputer dan internet. Melatih mereka, menjadi penulis-penulis blog atau bloggers yang menyokong parti UMNO. Dan kalau boleh, mereka ini dibekal dengan maklumat terkini, dan sahih supaya mereka dapat membalas hujahan salah oleh parti pembangkang.
  9. Oleh itu, saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Pendang, jangan lena, bangunlah, buka mata, lihatlah sekeliling, apakah aset penting dalam percaturan politik kita. Pembangkang suda lama sedar peranan golongan muda. Kita masih menutup mata dan berpegang dengan retorik lama. Tepuk dada tanya selera.