Ahad, 16 Januari 2011

Gasak Anwar.......

Cabaran Anwar untuk berdebat dengan PM, tidak dilayan. Bagi PM cabaran itu tidak perlu disambut kerana banyak agenda lain perlu dibuat olehnya. Malah meminta rakyat menilai sendiri usaha2 kerajaan membangunkan ekonomi negera, berbanding cadangan populis Anwar iaitu janji perubahan 100 hari jika diberi peluang memrintah Malaysia.

Anwar sepatutnya merasa malu terhadap cabaran tersebut. Apakah kemampuan beliau jika dibandingkan dengan PM dalam bidang ekonomi ? Jika benar, beliau seorang yg pakar dalam ekonomi, mengapa semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan TPM dahulu, ekonomi Malaysia merudum teruk. Hampir2 dijajah semula, apabila cuba meminta bantuan Bank Dunia dan IMF bagi memulihkan ekonomi Malaysia. Mujur Malaysia diselamatkan oleh Tun Mahathir yang menggunakan 'otak buatan' Malaysia menggelak bahana menimpa negara kita. Seterusnya memulih semula ekonomi Malaysia.

Anwar sepatutnya menerima jemputan Ummi Hafilda untuk berdebat bagi menyelesaikan masalah lama mereka.Atau mengajak Saiful Bahari berdebat, tentang laporan yang telah dibuatnya. Lebih bagus lagi jika mengajak Ummi dan Saiful ke mana2 masjid pilihan Anwar untuk melakukan sumpah lahanat bagi membersihkan imej beliau. Habis cerita.

Rakyat sudah makin sedar taktik Anwar untuk mengalih isu dan tumpuan rakyat terhadap kes liwat yang bakal disambung semula mulai 16 Jan nanti. Kerana mulai tarikh itu, perbicaraan akan menumpu kepada kes sebenar, iaitu 'tudahan liwat' oleh Saiful Bahari.

Dalam keadaan serba kacau Anwar ini, saya ternanti-nanti kalau2 ada wartawan yang berani mengasak soalan2 yang 'membunuh' kepada Anwar, seperti mana yang berlaku kepada Ostat azizan, MB kedah baru2 ini.

Mental Anwar tidak sekuat mana, jika diasak bertalu2, kita akan dengar jawapan merapu dengan tuduhan yang bukan2 keatas wartawan. Cuba la. Mana tahu wartawan akan menyimpan satu lagi koleksi lawak jawapan merapu oleh seorang lagi pemimpin pembangkang yg bakal menduduki Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Itulah kualiti pemimpin pembangkang yang diangkat dan dijulang.

BN MENANG KEDAH SENANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan