Khamis, 13 Januari 2011

U - Turn UMNO Kedah Bangkit

UMNO Kedah mampu bangkit dan akan membuat kejutan dalam PRU 13 nanti. Tapi dengan syarat, iaitu semua pemimpin UMNO di bahagian2 meninggalkan amalan2 tidak sihat seperti mana kenyataan Tun Mahathir dibawah.

Tabiat cantas mencantas yang berlaku dalam UMNO Kedah perlu dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menawan semula negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tabiat itu memang berlaku dan ia boleh menjadi penghalang kepada cita-cita BN untuk merampas semula Kedah yang jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau berkeyakinan perubahan dalam kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Kedah seperti yang diumumkan baru-baru ini boleh membawa kemenangan kepada BN dengan syarat sesetengah pemimpin UMNO menghentikan kelakuan yang tidak baik itu.

"Insya-Allah boleh (menang) kalau tidak ada cantas mencantas, memang boleh menang (pilihan raya).

"Yang jadi masalah ialah bila orang lain naik, yang tidak naik dia cantas. Bila yang tak naik ini naik, orang lain pula cantas, jadi tidak boleh menang sampai bila-bila pun," katanya selepas merasmikan prapelancaran sambutan Jubli Perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang diumumkan baru-baru ini mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Melalui rombakan tersebut, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik sebagai Pengerusi dan Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Sudah sampai masanya bahagian2 UMNO di Kedah bersatu padu. Buang segera amalan buruk ini demi kelangsungan parti . Rakyat sedang memerhati. Jikalau pemimpim masih berperangai lama, dan menganggap UMNO sebagai hak mereka, jangan bermimpi Kedah di tawan semula. Pasti PAS memerintah selama lamanya.

BN MENANG KEDAH SENANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan