Isnin, 26 Julai 2010

Berbeza Pendapat Tidak Mengapa kan..

Posting saya bertajuk "Kewajaran Mesyuarat Perwakilan Dirasmikan KPM" telah dipertakai tanpa melalui saluran yang betul. Kata pengkritik, tulisan saya 'menghina' UMNO Pendang dan mempertikai hak Ketua Bahagian menjemput KPM merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian baru2 ini.

Pengkritik juga telah menghantar sms kepada rakan2 tertentu untuk mensensasikan tulisan saya. Benarkah begitu?

Tapi aneh, pengkritik tidak pula mahu menghantar sms kepada saya atau membuat ulasan tentang tulisan, di blog saya

Untuk makluman tuan pengantar sms, tolong fahami konsep berblog atau tuan sememangnya tidak tahu apa itu blog ? Blog saya adalah pendapat dan pandangan pribadi saya. Tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak semestinya tepat dan diterima orang lain. Mereka boleh berbeza pendapat dengan saya. Tak kan berbeza pendapat dan pandangan pun tidak boleh. Tapi yang lebih penting, saya bertanggunjawab ke atasnya.

Tuduhan saya mempertikaikan hak Dato Ketua Bahagian menjemput KPM ke Pendang, adalah pandangan remeh temeh dan tak perlu dilayan. Saya cuma confuse antara hasrat parti untuk memenagi hati penggundi muda kini dengan kehendak majoriti pemuda atas pagar dewasa ini.

Berdasarkan pengamatan saya, Dato terlalu matang untuk tidak membenarkan perbezaan pendapat dan pandangan dalam UMNO Pendang. Sebagai seorang yang professional dan berpendidikan, beliau diajar untuk menerima perbezaan pandangan dan kritikan. Beliau sendiri pernah meminta Tun Abbullah menyerah jawatan kepada Dato Seri Najib dulu. Dan yang terbaru beliau sendiri meminta Dato Seri Najib dan Dato Shafie Afdal untuk sama2 meletak jawatan sekiranya dia didesak meletak jawatan sebagai S/U BN dan Ketua Bahagian atas alasan tidak berupaya menyelesaikan permasalahan politik Negeri Kedah oleh Dato Syeb Soberi.
Bagaimana pengkritik saya, melihat situasi ini? Sebenarnya perbezaan pendapat dan pandangan penyumbang kepada kemantapan sesuatu pertubuhan.

Sekurang2nya saya berani memberi pendapat secara terbuka melalui blog umnobahagianpendang.blogspot.com. Bukannya menjadi pengecut berselindung dibelakang dengan menulis surat layang tanpa berani meletakkan nama.

Jadi janganlah cuba melaga2kan saya dengan Dato Ketua . Ianya tidak akan berjaya melemahkan semangat saya untuk menyumbang tenaga dan idea. So, biarkanlah saya menghabiskan penggal dengan satu jasa kepada bangsa, parti dan agama saya.

Saya tahu dimana kedudukan saya selaku AJK UMNO Bahagian. Hormat saya kepada Dato Ketua tidak akan berubah sampai bila2 selagi beliau menjadi ketua saya. Dan yang lebih penting beliau lebih tua dan banyak jasanya kepada kita UMNO Bahagian Pendang.

BN MENANG KEDAH SENANG


Tiada ulasan:

Catat Ulasan